Lori Surat Khabar Lama

21 Mei 2012

Rak Kasut Pilihan Kedua

Salam dan hai

Ingat tak rak kasut idaman saya dalam (post) ini?



Gigih ok saya sekeluarga pergi Ikea semata-mata nak beli rak kasut ni. Malangnya. -- Nanti saya ceritakan daripada mula


Awal pagi, menuju ke Ikea. Dyzhwar boleh sambung tidur sampai pukul 10 pagi, jadi kena kasi dia sarapan dalam kereta. Nak kejar masa. 


Home made puding roti susu umi
Dah sampai Ikea, kami ke Curve dulu pasal saya teringin sangat nak pergi kedai Daiso. Tak penah pergi tapi selalu dengar nama kedai ni disebut-sebut. masa sampai kat sana, memang best sangat barang-barangnya, terutama barang-barang comel dan bekas-bekas plastik. Tapi pasal mengejar waktu, tak dapat pun terapi dalam kedai Daiso. 

Sebelum ke Ikea semula, kami makan tengah hari dulu di Subway.

Bagi Dyzhwar salad untuk ambil hati dia


Kisah rak kasut tu.. Begini la kisah bila kemampuan mengatasi segalanya. Bukan kemampuan kewangan tapi kemampuan rumah kami sendiri.

Bila diukur, rupanya rak kasut tu panjang dan tak muat untuk letak dalam grill rumah. Lebarnya dalam 79cm, tapi ruang yang kami ada tak cukup. 

Jadi kami amik pilihan yang kedua ini


Kasut lelaki muat masuk 4 pasang dalam 1 laci


Kami beli dua set. Kiranya "hers" dan "his"








Dah cuba macam-macam posisi untuk letakkan rak ni, akhirnya kami biarkan macam ni dulu. Nanti kalau dapat ilham baru, kami adjust lagi. Bahagian belakang tu ada ruang, boleh sangkut barang. Tapi takut pulak semak. Takpe, kita letak sebagai projek tentatif


Patut saya tangkap gambar rak kasut sebelum ni macam mana. Lupa sangat-sangat!




Kemudian saya terfikir, kalau dah macam ni, baik sahaja saya beli rak kasut pilihan pertama tu, sama aje rupanya macam ni...!

Tapi bila fikir semula, mungkin rak idaman tu tak sesuai pasal kena drill kan ke dinding, jadi dah jadi masalah pasal cuma satu bahagian aje dapat di drill. Lagipun D kurang berkenan pasal kaki rak cuma ada di bahagian depan sahaja. Harganya pula menambah faktor ianya direject. Hehe

Mungkin ada hikmahnya.

Tapi saya boleh terima rak kasut kami ni.Lagipun, kasut saya muat masuk 6 pasang 1 rak. Hehe.

Oh ya, dalam post saya dulu kan saya ada cerita, laci bawah meja makan, masih belum siap habis pasal takde 'rumah' untuk stok sudu garfu, tu yang rak atas belah kanan.





Saya dah jumpa bekas 3 tempat ni. Lama dah cari, baru semalam perasan kedudukannya di mana. Bila dah susun, baru la nampak lebih kemas. Bekas paling besar saya simpan sudu garfu, yang lain-lain simpan kulinari yang lain. Dah puas hati, semuanya dah ada rumah masing-masing







Post akan datang, nanti saya cerita aktiviti mengemas bilik stor yang bersepah dengan dasyat. Begini la jadinya kalau mind set dah set "out of sight, our of mind"

Daripada begini...
Pemandangan dengan separuh barang masih di dalam

Separuh dah dibawa keluar oleh D


TINGGG!! Kepada ini..









3 jam punya projek. Terima kasih pada D @Babah yang tolong layan Dyzhwar sepanjang umi uruskan projek ni dan kasi sokongan pada umi, termasuk jadi cheerleader.

Terima kasih juga pada Dyzhwar yang tak buat perangai malam tadi. Budak baik. Bagus. nanti umi upah susu lagi sampai Dyzhwar over dose.











9 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

bersungguh2 dyzhwar tido :) mcm die plak jadi kontraktor stor tu :)

HANI IZWAN berkata...

hai xora,

kat sini rupanya awak banyak ber-blog. ^_^. best baca macamana awk hias rumah.by the way, check out this link, http://www.shoppingnsales.com/2012/05/15/18-27-may-2012-bathroomware-sale/ . kut2 lah berkenan nak pergi.

saya nak pergi sale tu pon, tak bertujuan. nanti dah ada rumah sendiri lah baru dapat pergi tempat2 camtu. T_T

(*saya pernah sewa bantal nikah dengan xora dulu, yang rumah saya kat taman sri serdang tu)

Aisyuhada berkata...

kemasnya store awak. automatik rasa macam nak keluarkan semua barang dalam store and susun kemas macam ni. hazab betul bila tengok store sekarang, bersepah. huhu. sejak saya baca blog ni, inspired nak susun barang2 dlm rumah elok2 supaya nampak kemas.

Xora berkata...

nnt aku post gambar dia pasang kabinet ni --perasaan dia aje.

Xora berkata...

saya igt awak, rumah kat area tadika perpaduan tu kan? hias tak hias sgt hani, lebih kpd mengemas. hias kena pakai duit, mengemas takyah. guna tenaga. harap2 leh kurus haha

Xora berkata...

tu sebelum dikemas aisyuhada. saya nye hazab gak dulu, smp kalau buka store, muat masuk 1 kaki aje dalam tu. then takleh nak gerak2 dah.. semua dihumban dalam tu,

Tanpa Nama berkata...

Hi :-) suka baca bolg awak ni, byk crta pasal idea kemas mengemas. Rak kasut IKEA tu brpa kos nya? Cantik! Syg xda kat M'sia Tmur ni. Agak2 la klu kita ode rak tu & pos ke sni (EM) mhl x kos dia?

Xora berkata...

salam. rak kasut tu rasanya dm rm99 tak silap. tapi Ikea ada buat servis penghantaran. boleh klik kat sini

http://www.ikea.com/ms/en_MY/customer_service/ikea_services/home_delivery/index.html

cuma kena tanya sendiri pada staff dia berapa kos terlibat

Tanpa Nama berkata...

Tq :-)