Lori Surat Khabar Lama

23 Februari 2011

Suis yang Mana Satu?


Salam dan hai

kat rumah ibu, masalah ni selalu ada. Masalah nak tutup suis komputer, tertutup suis tv. nak pasang suis internet, terpasang suis printer.

Semuanya pasal kongsi sumber elektrik tapi tak dilabel.

Bila jumpa gambar dibawah ni, terus --AHAA!!! boleh praktikkan nanti kat rumah sendiri

22 Februari 2011

Ruang Dobi Idamanku


Salam dan hai

Ini memang post saiko.

Siapa nak heran tentang ruang dobi kat rumah orang melayu??
Tapi pasal pengaruh internet dan didikan ibu, maka saya dengan ini mengumumkan saya ada seidkit obsesi dengan ruang dobi/ laundry area. Memandangkan rumah kitorang takde bilik khas untuk buat kerja membasuh baju, maka saya telah menakluk kawasan belakang rumah untuk dijadikan tempat ruang dobi. Lagipun saluran paip memang dah disediakan disitu. Memang rumah tu rekaannya tempat basuh baju di belakang rumah. Bagus juga, nanti jemur belakang rumah. Takde la tetamu datang disambut dengan jemuran baju dalam, seluar dalam dan segala benda yang dalam-dalam. Hoho

Berbalik pada obsesi terbaru saya, memandangkan D tak faham kenapa saya saiko dengan ruang dobi, maka saya telah menggunakan kuasa veto saya, memilih apa yang saya nak untuk ruang dobi saya :P

Tapi tetap kena buat kajian daripada internet. Tengok idea-idea, gambar-gambar, pendapat-pendapat tentang bagaimana nak sediakan ruang dobi diruang yang terhad.

Gambar-gambar kat bawah ni memang tak dapat la kot kalau saya nak buat pasal kat tepi ruang dobi ni ada tingkap, jadi kalau buat kabinet atas mesin basuh, tingkap tak boleh dibuka.





Saya suka deko simple ni. Boleh dipertimbangkan nanti.




Tengah berkira-kira nak letak tempat gantung alatan membersih di sini, tapi masih ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan.



Suka gambar no 11 tu pasal D memang selalu tertinggal sikat dan duit siling dalam koeck seluar dia.


Yang ini pun suka! Tapi adakah mungkin pendedahan sabun kepada cahaya matahari boleh mengurangkan keberkesanan sabun pada kotoran?? ---teori.



Tapi yang pasti, dalam minggu ini mahu beli ini di Cosway. Katalog baru keluar ada bekas beroda macam ni, sesuai untuk ruang dobi yang sempit macam kami

21 Februari 2011

Perkembangan Terkini

Salam dan hai

Perkembangan terkini tentang rumah kami

Dah siap

1. Pasang langsir bilik tidur utama
2. Bayar 50% kabinet dapur
3. Hadiah kahwin bawa balik ke bangi, kecuali barangan elektrik
4. Pasang lampu-lampu
5. Gantung bingkai Allah -Muhamad

Belum selesai
1. Telefon orang kedai perabot dan elektrik untuk beritahu nak tundakan penghantaran. Nak beri laluan kabinet dapur dipasang dahulu, baru perabot masuk pasal pemasangan kabinet dapur akan menyebabkan ruang bawah rumah super berhabuk. Maka, rasanya dalam 19 Mac baru perabot dan barang elektrik masuk.
2. Sediakan baki duit untuk barang perabot, elektrik dan kabinet dapur.
3. Cari langsir ruang tamu dan tingkap tepi tangga
4. Cari bidai untuk tingkap dapur
5. Bawa hadiah barang elektrik
6. Cuci rumah kali kedua --memandangkan lepas masuk kabinet rumah berhabuk
7. Cadar katil saiz King --ngapa kita beli katil king sayang??!!!!
8. Rak TV
9. Keperluan Ilmiah dan rohani
10. Banyak lagi kot!!!!

Tak berapa penting tapi gatal nak adakan
1. Beli beberapa stok bekas plastik tupperware yg bukan daripada brand tupperware, tapi rupa cam tupperware (kenapa aku perlu jelaskan disini?) supaya susun barang dalam kabinet cantik. heheh. Macam kat bawah ni!


2. Microwave
3. Teko putih (masuk dengan semua set cawan yang kami dapat), tempat gantung barang warna warni kat Ikea (nak letak kat bilik air), barang keperluan tak berapa perlu dari Cosway --aku bab membazir memang pandai kan..
4. Digital Photo Frame (pasal kami tak mahu letak gambar kami kat dinding pasal takmo rosakkan dinding, maka digital photo frame alternatif terbaik, selain daripada album kahwin)


Tapi pasti perlu ke tak sekarang
1. Kena ada carpet kah?
2. Meja makan

Yang pasti, bulan 3 ni memang akan teramat sibuk setiap hujung minggu. Dateline kami mahukan, sebelum akhir bulan 3, dah pindah masuk ke rumah Bangi!

15 Februari 2011

Langsir Idaman


Salam dan hai
Episod Tiga: Langsir Berjaya Dikesan
Ingat tak corak idaman langsir bilik kami (Ok, aku aje) post dulu ni {
post}?

Berjaya dapat yang sebenar-benarnya yang saya nak! Walau rancangnya warna merah, tapi yang ungu ni pun cantik! Ungu dikahwinkan dengan warna hitam dan silver == Reaksi suka amat!


Langsir ni kami jumpa di Nilai! Memang bahaya tau beli barang di Nilai kalau takde tawar menawar. Bayangkan kedai pertama kami pergi, kain yang sama harga RM38 semeter, kemudian tawar, dia cuma bagi sampai RM22/m, terus aje keluar.

Entah berapa banyak kedai dah masuk, sampai jumpa kedai yang dapat tawar sampai belasan ringgit. Suka-suka. Cukup la, dah penat, malas nak bandingkan harga sangat.

Kami terus amik, siap hantar untuk dijahit. Kami beli hampir 10 meter untuk bilik tidur utama. Beli skali kayu untuk sangkutkan langsir ni.

Balik terus ke Bangi, campak dulu barang kat sana. Hujung minggu baru mulakan kerja semula. Ni D tengah cuba-cuba tengok betul ke tak orang tu jahit ikut ukuran yang kami minta.


Lega..

Tapi masih kena teruskan ekpedisi cari langsir ruang tamu pula. Mungkin hujung minggu ni kena redah ke Kamdar KL. Tengok la D larat ke tak.

Ukur Kabinet Dapur

Salam dan hai

Sambungan --- Maulidurrasul

Episod Kedua: Kabinet Dapur
Kami dah set appointment dengan orang Welco untuk ukur kabinet. Sebenarnya, sudah malas nak cari orang kabinet lagi, dah survey tapi semuanya lebih kurang aje, jadi kami amik yang mana kami rasa ok dan kami boleh serang pejabat dia kalau rasa tak ok :P

Kami dah bayar deposit pada hari Sabtu lepas. Jadi kami tetapkan ukur rumah hari Selasa, memandangkan kami nak dia siapkan awal bulan 3.


Tengok la nanti macam mana. Ada sedikit perubahan (membawa maksud pertambahan kos) untuk saluran air di paip. Tu gambar kat atas tu, orang Welco cuba terangkan isu paip kami.

Cepat la siap. Tak sabar nak susun barang hadiah dalam kabinet. Nak kasi lapang bilik kerja tu.

Seri Kembangan ke Bangi ke Nilai ke Bangi



Salam dan hai

Hari ni Maulidiurasul.

Setiap cuti awam memang kami kena gunakan sebaik mungkin memandangkan kami cuma ada hujung minggu sahaja nak buat urusan rumah, tu tak dikira kalau-kalau ada urusan keluarga macam kenduri. Lagi la tak boleh teruskan apa-apa. Jadi, cuti awam ni dah macam bonus la, semuanya nak dibuat hari tu!

Takkan percaya apa yang kami dapat selesaikan satu hari ini!!

Episod pertama: TV, Mesin Basuh, dan aircond

Kami survey di area Seri Kembangan dan Serdang. Memudahkan urusan dan penghantaran. Mula-mula nak amik di kedai Wei yoong dekat dengan rumah ibu, tapi bila survey di Seri Kembangan, teramik kedai lain pulak. hehe.

Harga antara dua kedai ni pun lebih kurang sahaja. Memandangkan kami dah penat jalan dan memang tak jangka D nak terus deal, maka akhirnya kami pun terbeli TV, mesin basuh dan aircond.

TV kami amik Sharp pasal mata kami berdua suka dengan imej tv Sharp. Amik LCD, 40 inci, nak amik LED harus la pengsan tak bergaji 2 bulan. Yang best, kami amik warna putih badannya. Hehe. Tak tau ngapa amik. Ni tiada alasan. Keputusan dibuat tanpa fikir hahah.

Mesin Basuh amik Daewoo. Tak tahu macam mana, tapi so far saya dengar mana-mana komen orang, orang selalu kata, yang merosakkan barang, bukan jenama, tapi cara penggunaan tuan punya barang. Setelah fikir-fikir, kami amik 10kg, memandangkan saya rasa cuma hujung minggu sahaja saya dapat mencuci baju. Ada terjumpa mesin basuh inverter, tapi bila tanya kawan-kawan, diorang kata kecuali saya ada anak 6 orang bersekolah dan saya basuh baju 8 juta kali sehari, baru berbaloi nak beli. Maka, kami amik mesin basuh biasa automatik, 10kg.

Aircond amik Inverter Daikin. Sebab--tanya D pasal dia yang bincang dengan bos kedai. Saya tengah tengok vacuum. Kami cuma pasang aircond di bilik tidur utama sahaja. Mungkin pada masa akan datang, baru pasang di ruang tamu.

Kami minta tarikh penghantaran serentak dengan set sofa dan meja kopi, katil bilik tidur utama, dan mungkin kalau sempat, sekali dengan kabinet dapur.



Biar la berkampung di Bangi. ..! :p

12 Februari 2011

Sikit-sikit Sampai Habis

Salam dan hai

Hadiah kawin kami letakkan semuanya di rumah makayah D memandangkan upacara buka hadiah berlangsung di sana.

Dah dekat 3 bulan kot barang-barang tu bertapa kat sana! Sampai kotak berhabuk-habuk!

Tapi hari ni dah pindahkan ke rumah di Bangi.. Cuma barangan elektrik sahaja tak dibawa. Kami letakkan dulu hadiah ni semua di bilik kerja sementara kabinet belum dibuat. Nanti dah siap kabinet, baru boleh susun kat mana nak letak barang-barang ni.

Ni sebahagian hadiah di satu sudut. Saya susun ikut kategori - campuran; mangkuk; set pinggan; set cawan; barang hiasan rumah; barang-barang memasak kat satu sudut lagi.


Saya dah buat senarai barang-barang apa yang perlu dibeli. Yang tu kena beli secara berperingkat la nampaknya memandangkan belanjawan ketat macam kebaya zaman P.Ramlee dulu

Barang-barang elektrik yang masih ada di rumah makayah, mungkin awal bulan 3 ni nanti, kami akan bawa masuk.

07 Februari 2011

Peti Ais dan Oven

Salam dan hai

Mak ayah D beri peti ais ni sebagai hadiah kahwin kami! Alhamdulillah, tak perlu pening fikir belanjawan nak beli peti ais.



Ada cerita disebalik roda di bawah peti ais tu dan penghantaran yang menyakitkan hati dan membuang masa! Pada hari dijanjikan, 6 Februari lepas, ikutkan masa kami telefon sehari sebelumnya, pekerja tu kata nak hantar pukul 1pm hari Ahad.

Memandangkan kronologi penghantaran ni menyakitkan hati, baik daripada segi servis penghantaran, kepada masalah komunikasi, sampai la perkhidmatan selepas jualan yang macam sampah, maka saya sendiri pun tak ingat apa berlaku. Tapi yang pasti, kami terpaksa berulang alik ke Bangi hampir 3 kali disebabkan orang kedai yang tak dapat nak tepati waktu penghantaran. Nasib dia bercakap dengan D, kalau dengan saya, harus la saya basuh sebaldi dua!

Tapi tak apa. Memandangkan saya jahat, saya tetap fikir cara nak balas "budi baik" mereka yang memberikan perkhidmatan tahap sampah. Nasib la sebangsa, jadi tak sampai hati nak marah depan-depan, tapi tetap saya nak kasi pengajaran sikit.

Pukul 6 lebih dia telefon lagi sekali, bagitau dah dalam perjalanan nak hantar peti ais. Tapi saya sengaja lengah-lengahkan masa nak keluar rumah. Siap gi singgah rumah mentua hantar bubur lambuk, amik hadiah bingkai nak bawa ke rumah Bangi, bawa kete pun rilek aje.

Dan hasilnya, orang penghantaran kena tunggu 30 minit. Padan la dengan muka dia yang telah menyebabkan suami dan saya berulang alik ke Bangi 3 kali! tak kira lagi masa 45 minit yang dibazirkan tunggu mereka di sana, yang rupanya mereka tak jadi hantar barang kat rumah kami dulu tanpa ada sedikit pun usaha nak telefon memaklumkan.

Tiada yang lebih indah daripada melihat mereka terpacul kat depan pagar menunggu..

Sudah la tu, takde ajar cara nak jaga peti ais ni ke apa! Serius, kalau la bukan disebabkan ini hadiah, memang saya dan suami batalkan aje semuanya! Memang tu la kali terakhir kami nak berurusan dengan kedai elektrik melayu di Bangi yang kononnya jimat sangat --get the hint?

Haih.. Nasib baik la jumpa uncle nak jual roda bawah peti ais ni. Uncle tu yang ajar kami cara-cara jaga peti ais dengan betul, cara nak kilatkan badan peti ais dan perkara yang perlu dielakkan. Uncle tu objektifnya cuma nak jual roda tu aje, tapi pasal nak jual, dia siap la kasi tips jaga peti ais. Kami beli roda ni dah tak ingat berapa tapi ratus juga, tak lebih RM150, tapi dapat diskaun pasal uncle tu orang Serdang. Hehe.

Nasib baik ada uncle penyelamat emosi dan mood kami petang tu!

Kemudian... tada!! dapat hadiah ni daripada ibu! Oven..


Boleh buat biskut!!!

Ibu simpan duit karipap dia dan upah sewaan barang kahwin sampai la dapat beli oven ni! Suka sangat!!! Tak guna lagi, tapi dah suka awal-awal

Oh I'm in love...

05 Februari 2011

Penat Jalan Aje


Salam dan hai

Mencari langsir merupakan misi kami pada 5 Februari!

Mencari di Teewah, Mines memandangkan kami dapat banyak feedback positif daripada kawan-kawan tentang servis disini.

Tapi sebelum ke TeeWah, kami ke Kamdar Cheras Perdana.Malangnya takde yang berkenan. Tapi saya dapat idea langsir macam mana yang saya nak!

Saya nak corak damask, macam kad kahwin kami dulu!


Tapi tak jumpa yang berkenan warnanya di Kamdar tu, jadi ke TeeWah. Tapi sebelum tu sempat ke rumah abang saya yang sulung tengok progress rumah dia. Takde gambar pasal terlupa .. benci!!

Di Teewah, saya memang dah berkenan dengan langsir yang ada motif pokok buluh ni. Warna tanahnya hijau muda, lembut sahaja. Tapi tengah cuba yakinkan D yang tak berapa nak yakin dengan pemilihan saya.


Jumpa kain yang ada corak damask!! Tapi kureeeng sikit cantiknya daripada segi warna.


Memandangkan ini yang terbaik kami ada buat masa ini, mungkin akan pilih ini sebagai pilihan terakhir.

Ikutka nafsu, nak gi berjalan lagi ke Kamdar KL atau Nilai, tapi tak tau la D larat ke tak pasal D ni bukan seorang yang suka survey.

Kesudahan misi hari ni: penat berjalan tanpa hasil. Adakah membakar kalori dikira hasil??



04 Februari 2011

Cuci Rumah

Salam dan hai

Operasi cuci rumah!!!! Ibu ayah tak dapat nak tolong pasal dah ada aktiviti lain, jadi mak ayah dan dua orang adik lelaki D yang datang tolong.

Saya tak buat apa sangat, sekadar lap tingkap aje.

Tapi yang saya suka, pasal saya dah tetapkan, kelengkapan kebersihan rumah kena warna biru. Haha. Ok, sedikit saiko disitu tapi saya memang dah lama inginkan satu sistem dimana dikategorikan mengikut warna. Maka, saya dan D pun gi depan Bansoon yang ada jualan tu, beli penyapu, baldi, gayung, penyeduk sampah dan pembersih tingkap, semuanya warna biru. Tapi mop yang kami beli takde warna biru! Takpe, pasal nanti kayu tu boleh diganti hehehe.. Tukar saja dengan warna biru!

Dalam gambar dibawah kelihatan encik suami sedang menggunakan vacuum pinjam memandangkan kami belum berkesempatan nak beli yang kami punya.



Kesudahannya-- selepas berkemas hampir 2 jam lebih, dengan tenaga kerja 4 orang+setengah (Setengah tu saya pasal saya tak buat apa sangat), maka rumah pun sudah sedap diduduki. Tapi ada gak kawasan yang masih perlu dibersihkan seperti ruang belakang tempat yang saya nak bercucuk tanam tu. Tak sempat nak teruskan pasal hari dah gelap.

Saya tengah fikirkan ruang dimana nak letak barang-barang kebersihan ni. Kena letak ditempat terbuka, kalau bertutup cam stor, hapak lak baunya. Lagi, kena beli barang-barang lain seperti berus lantai, baldi kecil, tong sampah dan banyak lagi. Takpe, buat sikit-sikit dulu. Yang penting, kena dalam warna biru!

03 Februari 2011

Kontraktor Melayu


Salam dan hai

Hari ni, kena teruskan kerja pemasangan lampu rumah. buat masa sekarang, cuma bahagian dapur dan luar sahaja yang lampunya dah siap dipasang, dengan bantuan Yazid. Kipas kat ruang tamu pun dah pasang. Tapi D kata, lampu tak boleh pasang kat bilik tidur utama dengan bilik air pasal silingnya siling kapur. Saya pun tak tau apa-apa pasal tak faham :P

Kali ni, minta tolong ayah ajar D. Nasib ayah memang reti bab pasang lampu ni, jadi tak perlu la nak upah orang pasangkan. Tapi ayah tak tau bila sampai kat bahagian lampu siling. Nampaknya yang tu kena upah orang kot.


D bersama mentornya


Mereka berdua mulakan pemasangan lampu di ruang tamu dulu. Saya pun menyumbangkan jasa gak dengan memasang bahagian-bahagian lampu tu.


Lama gak nak pasangkan bahagian-bahagian lampu tu (atau pasal saya lambat belajar??) tapi berjaya juga siapkan lampu di ruang tamu!

Ni sebelum pasang. Yang satu solo tu lampu kat ruang makan. Abaikan pasal buat masa pasal saya dan D rancang akan beli lampu selepas kami dah ada set meja makan.


Tada.. dah siap pasang!


Ni pula bila dah siap pasang lampu. Kami pilih warna lampu sedikit kuning atas syor orang kedai. Tapi dalam gambar tak berapa nampak. Hehe


Seterusnya, pasang lampu kat tangga pulak!

Tapi masih tak tau cara nak pasang lampu kat bilik air dan ruang bilik tidur utama. Nasib D panjang akal, gi telefon orang yang buatkan grill kitorang, tanya kalau dia ada kenal sapa-sapa yang boleh buat lampu untuk bilik tidur. Nasib dia kenal. Selesai satu masalah! Dia panggilkan kawan dia, pasangkan lampu untuk bilik air bawah dan bilik air di bilik tidur utama. Kemudian pasang sekali lampu bilik tidur utama!

Siling bilik utama.


TINGG!!!




Belanjawan dan praktikaliti tidak membolehkan kami pasang lampu di dua bilik atas, bilik kerja, bilik stor, ruang makan dan laundry area. Tapi rancangnya, kami cuma guna lampu kalimantang sahaja untuk stor dan laundry area. D nak pasang juga lampu kalimantang untuk bilik kerja, tapi rasa macam nak bangkang. Takpe, nanti boleh buat hujahan. Kat ruang famili di atas, tak tau nak buat macam mana memandangkan siling amatlah tinggi. Kena fikir.