Lori Surat Khabar Lama

17 Mei 2012

Meja Bersantap

Salam dan hai

Nak juga guna perkataan bersantap.. Hehe.

Ok, saya rasa saya belum pernah cerita tentang ruang makan keluarga kami. Walaupun ada dalam post-post lain, saya cerita sikit demi sikit kelengkapan apa yang dibeli untuk meja makan ni, tapi saya belum pernah buat post khas untuk ruang makan keluarga ni.

Dulu, masa kami mula-mula pindah ke sini, memang takde meja makan selama berbulan-bulan. 

Awal-awal masuk rumah bulan April 2011, makan beralaskan lantai pasal takde surat khabar kat rumah masa tu.





Lepas tu, dah up sikit, beralaskan tikar.





Potong muka pasal masa ni tengah pose dengan roti sardin


Daripada saya mengandung sampai bersalin, pun masih pakai tikar ni. D nak beli meja makan rembat aje mana yang kena dengan budget pasal kesian tengok saya tengah sarat nak bangun lepas makan, tapi saya takmo selain daripada yang saya berkenan kat kedai perabot tu. Ni kedai yang sama saya beli almari baju, katil dan perabot ruang tamu. 


Memang dah aim meja makan ni daripada sebelum masuk rumah ni lagi, tapi pasal kewangan tak mengizinkan dan harganya agak mahal, simpan dulu sikit-sikit.

Lepas bersalin, terus minta D belikan meja tu. Duit dah ada pasal cuti maternity tak buat apa tapi duit masuk hehe.Rasanya meja ni sampai dalam bulan 11 tahun lepas. 


Ni la meja makan kami. 








Sebab kenapa kami pilih meja ini:





1. Meja boleh extend 

Keluarga kami tidak lah besar, tapi kalau datang singgah serentak, atleast semuanya ada tempat duduk. Garisan di tengah tu, untuk kasi buka meja ni memuatkan 8 orang tetamu makan. Ikutkan meja ni boleh extend tapi pasal saya tak reti nak bukakan, selalunya D yang bukakan, jadi saya amik gambar macam ni aje la. Kerusi diberi 8 buah, tapi yang kami letak cuma 4 sahaja. Lagi 4 simpan dalam stor. Kalau keluarga datang, baru bawa keluar.



Tapi kalau setakat saya dan D aje, memang meja ni dibiarkan dalam kedudukan macam ni. Takde la makan ruang sangat. D pun selalu buat kerja opis dia kat sini pasal ruang meja yang luas.

2. Permukaan meja yang lebar

Dalam masyarakat melayu, lauk biasanya kat depan kita. Jadi dengan lebar meja ni, pinggan lauk tidak akan mengganggu atau menyempitkan kedudukan pinggan makan tetamu. Takde la nak susun pinggan lauk dekat-dekat, semata-mata nak beri ruang untuk kedudukan pinggan makan tetamu. Biasanya saya suka hidangkan dua set lauk kalau tetamu datang ramai. Takde la kena tunggu lama sangat nak amik lauk.




3.Ruang simpan dibawah meja


Meja ni ada laci yang boleh menempatkan ruang simpanan , macam saya pernah tulis dalam post yang dulu tu

Ni rupa meja ni daripada tepi.Ada ruang sikit tengah-tengah tu, saya jadikan tempat letak tudung salji. Tudung salji moden, beli kat Cosway.






Dalam laci tu, saya simpan pinggan mangkuk untuk tetamu. Jarang guna, kecuali ada tetamu, baru saya pakai. Saya suka warna putih, rasa macam pinggan mangkuk hotel haha. Piring-piring hidangan yang besar-besar, tak muat dalam kabinet dapur, saya letakkan disini. Stok sudu garfu yang belum pernah dipakai pun, saya letak disini. Rancangnya nak beli bekas untuk simpan sudu garfu molek-molek sikit. Sementara waktu, saya biarkan sahaja dalam bekas asalnya, tak berbuka lagi.






4. Ruang letak yang mudah nak capai


Ni ruang letak dibahagian belakang daripada laci. Saya rasa, bahagian tu mungkin untuk letakkan botol wine kot, atau botol kicap. Tapi saya gunakan untuk letak lapik untuk pinggan lauk, letak bekas air tupperware. Tepi sekali saya letak tempat basuh tangan. Temanya hijau kerana tema ruang makan ni adalah hijau. 






Nampak tak ada tombol laci kat bawah tu? Kat situ saya simpankan placemat Ikea ni, rembat sampai 8 keping. Kalau tetamu ada 9, kita makan kat lantai. Baru adil. Hehe. Dulu, kami cuma beli 2 keping sahaja, jadi bila tetamu ada 3 orang, kami pakai alas lutsinar *dalam gambar ni, atas sekali tu, wrna putih tu* Lepas ada duit lebih, baru beli yang 6 keping lagi. Laci ni pun muat saya simpan dulang kecil, tu yang warna putih nampak sipi-sipi kat bawah placemat tu.




5. Kerusi makan yang tinggi.

Saya dan D tinggi orangnya (ok, saya takde la tinggi sangat, tapi untuk ketinggian 165cm, kita anggap tinggi la ye), jadi kami memang suka sangat kerusi ni pasal kaki kami tak perlu terjulur keluar. Kiranya kalau duduk atas kerusinya pun, kaki elok-elokterapung daripada lantai (untuk saya) dan cecah lantai (untuk D)




Cuma masalah sikit untuk tetamu kami yang rendang-rendang sikit pasal pernah terjadi sebelum ni, kawan saya datang, dia terpaksa mengesot ketepi sebelum berjaya menjejakkan kakinya ke lantai.

Dyzhwar pun suka main kat bawah kerusi ni, walaupun banyak kali dia tersepit tak reti nak keluar. 

 

Itu la sedikit sebanyak, 5 sebab kenapa saya berkenan dengan meja makan kami. Memang menghitung bulan juga la, nak tunggu cukup duit nak beli meja makan ni. Tapi pasal kami dah berkenan rekaan yang macam ni, tu sanggup tunggu lama sikit, sampai tabung kami cukup.

Lepas meja makan ni ada, kami tak pasang pun lagi lampu kat ruang meja makan tu, pasal nak kumpul dulu semula. Jadi selama kami makan di meja ni, kami cuma tumpang pencahayaan lampu daripada ruang tamu. 

Lepas ada duit dan sempat beli lampu (Post), baru la terang ruang meja makan kami. Tapi pasal sudah habit, kalau kami makan berdua sahaja, memang tak pasang lampu meja makan.Cuma tumpang cahaya daripada ruang tamu. Kalau tetamu datang baru kami akan pasang masa makan.




Begitu la kronologi nak menyiapkan ruang meja bersantap kami ni. 

Pendek kata, kami rancang sedikit demi sedikit, ikut kewangan kami. Saya jenis tak suka beli, asal ada, terutama kalau pembelian tu melibatkan jumlah yang besar. Dah alang-alang membeli, biarlah menang memakai. Meja makan sekurang-kurangnya nak pakai berpuluh tahun juga la dalam rumah, jadi pilih yang terbaik ikut budget kami.

Kalau tengok gambar ni semula, atas meja makan kosong sahaja kan? Memang macam tu. Saya tak suka ada tudung salji atas meja makan. Saya suka biarkan kosong. Kalau ada lauk nak simpan pun, saya simpan di dapur atau di dalam peti ais. 

Mungkin nanti kalau jumpa deko lilin ke, bekas kaca ke yang cantik dan sesuai untuk meja makan ni, saya akan hiaskan sikit. Tapi selagi belum jumpa, saya biarkan aje meja ni kosong. 


Keperluan asas untuk ruang makan ni dah ada, cuma nak tambah deko macam cermin. Karpet tu pun saya nak gantikan, pasal tu carpet rembat famili punya. Harta wakaf, jadi kena pulangkan nanti lepas dah beli carpet baru. Nak warna yang kontra daripada coklat, pasal dah cam kelam sangat pulak ruang ni. Meja ni beratnya sungguh semangat. Memang pengsan la jawabnya nak angkat meja ni nanti..







16 ulasan:

Putri Qaseh berkata...

Xora, cantik meja kamu..nampak mewah dan ekslusif.berbaloi kan dengan pengorbanan kamu sanggup duduk bawah..

ryyhan berkata...

xora, mind to share brapa rega set meja makan tu tak?

hehe klu ikut mmg suka idea meja makan extend..tp slama ni perasan ikea je..kedai perabot jrg2 pegi sbb budget perabot nan hado

QueenBz berkata...

aku penah jumpa meja yg sama kat sini.
tapi lagi mahal lah kat sini oiii.

Xora berkata...

ryy.han, boleh emel saya diaterimanikahnya@gmail.com. nnt saya kasitau :)

haah, kat ikea pun ada, byk pilihan tapi saya tak jadi beli pasal meja tu bila dilanggar, bergegar. so saya bayangkan kalau ada jug air, takut tertumpah plak air.

kdng2 kat kedai perabot pun byk pilihan dan boleh nego harga :)

Xora berkata...

ooii. nasib baik la harganya tak berubah ok. mana la tau kot org kedai tu naikan harga cam harga katering kahwin berbeza daripada tahun ke tahun ke kan.

Xora berkata...

nak beli byk kali tak mampu Qaseh, tu yg kena kumpul lama sikit, beli yg boleh bawa lama :)

!k@ berkata...

boleh share x..kat mana xora beli n berapa harganya.. :)
TIA.. :)

Xora berkata...

boleh emel saya diaterimanikahnya@gmail.com :)

aiNaSha berkata...

saya pun nak tahu harga n kat mana beli meja makan tu...sbb yang kat ikea tu macam kurang kukuh..

Reen Tart Nenas berkata...

meja makan ko tetap best. pasal ada ruang bwh tu. tp apakan daya, aku xmampu :( sob sob

zarina berkata...

saya suka idea n konsep perabut yg menjimat ruang macam tu.boleh tau kat mana beli n berapa regenya?saya dah emel..tapi tak berjwb lg..thank you.

Unknown berkata...

Dinding rumah mmg sngaja biar putih ke. Deko nmpk plain je ..kalau dgn cat lg mavleslaa

Xora berkata...

Atikah, haah mmg dibiarkan plain pasal polisi suami takmo cat dalam tempoh 2-3 tahun dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Nak tau beli dimana dan harga..tq

Unknown berkata...

SALAM SIS,JIKA TAK KEBERATAN EMAIL SY eftmaklum@gmail.com,utk harga dan tempat kedai meja makan ni...berkenan la plak....

Unknown berkata...

hye blh email saya harga dan nama kedai...tq