Lori Surat Khabar Lama

28 November 2012

Soalan Rawak

Salam dan hai

Biasanya, soalan paling menjengkelkan ibubapa adalah bila ditanya tentang perkembangan anak.


"Dah boleh buat apa dah?"
"Meniarap aje? Eh anak akak masa baya anak ko, dah boleh bertatih dah"
"Lambat ni tumbesaran anak ko"
"Keciknya anak ko, tak macam budak 7 bulan pun"
"Ko tengok anak aku, lebih muda daripada anak ko, tapi dah lebih berat daripada anak ko"

Tapi untuk saya dan D, soalan ni tidak pernah diajukan pada kami. Syukur pasal Dyzhwar semuanya cepat. Berjalan pun lebih cepat daripada saya masa kecik, 9 bulan sudah berjalan. Berat dan tinggi semuanya bagus. Sudah mula nak bercakap. Faham arahan yang mudah. Dah boleh tolong isi baju dalam mesin basuh. dah boleh diharap bawakan makanan ke meja makan. Dah boleh berdikari suap makanan sendiri..

Tapi Allah tu Maha adil. Dia tak bagi kita semua.



Soalan yang saya selalu terima

27 November 2012

Tips Kalau Memborong di Pureen Warehouse Sale

Salam dan hai

Rasanya, rata-rata ibu tau yang Pureen Warehouse sale berjalan sekitar minggu lepas, pada 24 dan 25 November. Ini adalah kali ke 3 saya ke Warehouse sale ni. 

Kali pertama, saya tak sempat berkongsi dalam blog ini, tapi kali kedua, saya  ada kongsikan pengalaman di post ini dan ini

Kami borong baju basahan Dyzhwar memang setahun dua kali sahaja biasanya, semuanya pun di warehouse sales pureen. Kesian Dyzhwar. Tapi pasal barang murah dan cantik, jadi sanggup juga la menunggu.

Memandangkan ini kali ketiga shopping, jadi sedikit sebanyak sudah tahu apa yang boleh dijangkakan daripada sales macam ni. Yang pasti, ibu-ibu dan ayah-ayah memang sangat rakus memilih baju. Kadang-kadang memang naik ngeri juga tengok.

Jadi kali ni, saya nak kongsikan tips serba sedikit apa yang perlu dijangkakan dan apa yang perlu dibuat jika mahu join warehouse sales Pureen ni

22 November 2012

Idea untuk Blackboard Wall Decal

Salam dan hai

Semalam saya ada update tentang projek signage bilik permainan Dyzhwar menggunakan Blackboard Wall Decal.

Patutnya malam tadi, saya dah mulakan dengan projek labeling untuk barang-barang dalam stor ni

Sumber

21 November 2012

Blackboard Wall Decal

Salam dan hai


Dah lama sebenarnya saya tunggu penghantaran blackboard wall decal ni. Saya beli di Groupon. Memang dah lama mencari.Bila ada sahaja tawaran kat Groupon, terus saje rembat.


20 November 2012

Cuba Menghadam

Salam dan hai

Mood dekorasi rumah mendatar sikit, pasal kena tunggu duit gaji masuk dulu. Begini la hidup orang makan gaji kan?

Cuti umum minggu lepas, sempat letakkan karpet beli kat Ikea ni. Tak sangka, kami berdua boleh alihkan meja berat tu. Tapi D la lebih banyak buat kerja pasal saya tak larat sangat nak angkat meja tu. Angkat kerusi tu saya boleh buat.

Maka ini la hasilnya

14 November 2012

Dyzhwar Gone Wild

Salam dan hai

Semalam cuti Deepavali, kami duduk-duduk sahaja di rumah. Esok cuti Awal Muharam pun sama, cuma duduk-duduk rehat-rehat sahaja. Siapkan apa-apa kerja rumah yang boleh dibuat. Kalau tunggu hujung minggu, takut ada jemputan kahwin ke, family gathering ke, kang tak sempat nak buat apa.

Selasa malam rabu, saya sempat lapkan kabinet dapur. Kali terakhir di lap saya rasa masa saya mengandung dulu. Tu pun D yang buatkan. Kiranya Dyzhwar dah setahun 2 bulan, maka hampir setahun juga la saya tak mengelap kabinet dapur. Patut la warna putihnya nampak malap.

Saya tak gunakan bahan pengilap khas pun, sekadar pakai satu bahan yang sekarang saya lupa apa namanya. Beli bahan cecair ni pasal orang kabinet yang cadangkan, berkesan untuk bersihkan kabinet bewarna putih. Tapi sekarang lupa apa nama cecair tu. Tapi nanti kalau ingat, saya edit kemudian.

Gambar tiada pasal masa tu, tak terfikir pulak akan nampak perubahan sebelum dan selepas yang ketara. Haih

Tapi ada gambar lain.

Gambar nasi jagung+ayam bakar+ salad sayur, menu makan tengah hari semalam. Tangan kecik tiada dalam menu.


12 November 2012

Colour Scheme

Salam dan hai

Suka tengok susunan kombinasi warna-warna dibawah ni. SUmber daripada Pinterest. Boleh beri banyak idea


09 November 2012

Mainan daripada Cardboard

Salam dan hai

Masa kemas stor tempoh hari (post) saya banyak kotak kosong yang tak digunakan lagi. Saya ketepikan siap-siap untuk hantar ke pusat kitar semula.

Tapi lepas tengok idea-idea di bawah ni, tiba-tiba berbelah bagi. Rasa macam nak cuba buat satu projek DIY gunakan cardboard ni. Walaupun saya tahu, daya tahannya tidak tinggi, tapi rasa macam seronok nak cuba sesuatu yang belum pernah saya cuba.

Dapur mainan daripada cardboard (ye walaupun Dyzhwar lelaki, tapi dia perlu tahu, umi dia akan pastikan dia kena belajar memasak. Noktah. Takde tolak ansur tentang itu)



08 November 2012

Merah Menyala



Salam dan hai

Walaupun tuan punya badan belum lagi boleh dipisahkan daripada kami, tapi saya tetap nak hiaskan bilik tidur Dyzhwar serba sedikit. Saya nak biasakan dia dengan bilik tu, takde la dia rasa bilik tu menakutkan dia. Buat masa sekarang, saya dah latih dia salin baju di biliknya. 

Rancangannya, perabot saya nak kekalkan warna putih. Senang nak masuk dengan semua warna. Tak perlu la untuk kerap tukar perabot. 

Langsir untuk bakal bilik tidur Dyzhwar baru dibeli masa ke Ikea hari tu.  Itu yang paling asas dan keperluan utama pasal kalau pasang lampu bilik tu, boleh nampak terus tembus daripada luar.   Kami dah duduk rumah ni hampir setahun lebih dan sebelum ni pintu bilik tu kami sentiasa tutup untuk elakkan pandangan terus ke dalam bilik. Baru la sekarang nak letak langsir. 

Rancangnya bilik ni nak gunakan tema warna merah. Sebabnya Dyzhwar suka warna merah dan warna merah belum digunakan di mana-mana bahagian rumah kami sebagai warna tema. 
Ni langsir bilik Dyzhwar daripadSumber ini

07 November 2012

Kali ni, Dyzhwar yang Tenang

Salam dan hai


Saya dan D amik cuti semalam dan kelmarin. Saje mak Dyzhwar nak shopping macam orang gila kat Ikea nak luang masa dengan Dyzhwar. 

Hujung minggu hari tu pun masih luangkan masa dengan dia, cuma agak terhad kerana kami ada jemputan kahwin kawan rapat kami. Memang perkahwinan yang ditunggu-tunggu oleh D, memandangkan kawan dia ni kiranya penutup majlis kahwin untuk geng tiga serangkai D daripada zaman sekolah. 


Kami di rumah pengantin sebelum konvoi
Muka suci kan Dyzhwar? Jangan percaya...

02 November 2012

Menu Berpantang Saya

Salam dan hai

Topik yang memang tak sesuai tiba-tiba dimasukkan ke dalam blog rumah ni. Tengah sedap-sedap cerita pasa deko rumah, tiba-tiba ada topik pelik camni.



Semalam, masa tengah kemas kini koleksi gambar-gambar Dyzhwar, buang mana-mana gambar yang kabur dan duplicate, tiba-tiba baru perasan ada terselit gambar dibawah ni



01 November 2012

Rak Buku

Salam dan hai

Kan bagus kalau kat sini ada jual rak buku seakan-akan dahan pokok ni.