Lori Surat Khabar Lama

07 Mei 2012

Bilik Permainan: Peringkat Seterusnya

Salam dan hai

Sabtu hari tu, orang kontraktor datang untuk sudahkan tandas yang ada bocor tu. Baru nak pasang tiles. Gambar tak amik pulak, tapi nanti kalau dah amik baru boleh update.

Sekarang skip cerita tentang kontraktor tu, kita cerita tentang babah drill kan rod untuk pasang langsir kat bilik permainan D jr. 

Babah tengah bertafakur membaca arahan cara nak drill kan rod tu.

















Muka budak yang semakin hari semakin nakal. Menunggu babahnya siap pasang langsir yang beli di Ikea hari tu.















Kejap aje, dah siap. Untuk rekod, langsir ni saya beli di ikea, RM69.
BARNSLIG DJUR Pair of curtains IKEA Ready for hanging up; ties at the top and hemmed at the bottom.


Faktor pembelian: Berkenan pasal coraknya simple dan tak semak sangat. Pasal bilik permainan ni memang padat dengan warna warni.

Faktor Bonus: Senang nak pasang pasal terus ikat saja pada rod tu. Tak terlalu formal dan nampak comel.
















Ni la rupa bilik permainan D jr yang dah siap pasang langsir. Pandai babah agak-agak labuh langsir ni sampai tahap mana.
















Close up sikit bilik ni. 

Ni soft toys kesukaan Dyzhwar untuk lemparkan. Kena sentiasa letak kat lantai pasal dia suka lemparkan. Kalau letak dalam kotak, dia tak perasan kat mana soft toys dia ni.
















Ni buku-buku flash card Dyzhwar. Nak tambah lagi koleksi, nanti nak beli di gerai-gerai kat Giant Equine Park. Hari tu beli yang buku Jawi tu, murah juga la dalam rm7.90, kulit lembut. 
















Tak tahu nak susun buku-buku ni macam mana. 

Buat masa sekarang, ada dua pilihan:

Pilihan pertama: Pakai rak macam ni














Sumber: Google images


Pilihan Kedua: Pakai rak spices kat Ikea ni






















Nanti la putuskan nak yang mana. Sementara waktu, letak kat atas kerusi tu dulu.

Orang yang paling seronok bilik permainan dah siap adalah umi. Yeay! Sekarang, Umi tengah tunggu delivery wall deco beli kat group on hari tu. Dua design kat bawah ni





Nak cari yang comel-comel, gambar kartun, takde offer pulak. Mungkin kena berjalan cari kat mall kot wall deco kartun2. 

Ada tak sesiapa pernah beli wall deco online? Boleh tinggalkan link kat ruang komen tak. 

8 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

aku nak tumpang main dlm bilik boboi bleh? :p

bunga daisy berkata...

hi salam kenal,

I linked you...i ni about nak masuk rumah baru. When i see bilik your kid tu, lebih kurang sama dengan bilik rumah we all. Tile pun sama. hee

Xora berkata...

pattern rumah skrang byk yg sama aje kan? hehe. daisy tinggal di mana?

bunga daisy berkata...

Hi xora. I stay at Kajang =) Now design rumah lebih kurang sama kan. I penah pergi Melaka, and then I tgk , eh mcm rumah I beli je...color cat pun sama..

Xora berkata...

haah, mmg design umah moden skarang sederet aje samanye. tapi untungnya, boleh tukar2 idea nak hias kan? :)

azian abdullah berkata...

xora, lama menyepi. kat sini rupenye berbloging sekarang ;) btw, congrats dah masuk rumah baru...kat area mana ni? cantek!

Xora berkata...

menyepi kat blog kawin aje. pasal dah kurang ada jemputan kawin dah skrang. ada jemputan pun, majlis akikah atau house warming. fasa hidup dah berbeza heheh.. rumah kat bangi azian:)

Bazilah Azhar berkata...

Kak, byk walldeco yg cantik2 kat sini https://www.facebook.com/homeideas#!/photo.php?fbid=10151563253772597&set=a.10151479820812597.535610.269306117596&type=3&theater
design rumah pun lawa2