Lori Surat Khabar Lama

10 Jun 2014

Tema Avengers

Salam dan hai

Bilik tidur Dyzhwar ni memang tidak pernah saya terfikir nak bertema. Cuma yang saya pasti, saya nak perabotnya semua putih. Jadi kalau nak tukar cadar atau sebagainya, mudah sikit pasal semua pun masuk dengan warna putih.

Macam langsir ni pun takde tema. Sekadar berkenan pada warnanya sahaja dan set ni antara yang paling murah di Ikea.

Secara kebetulan pula, saya ada beli sticker keretapi ni dan saya letakkan di almari baju dia pasal tak tau nak letak mana.


Masa kami beli katil Imans, pun beli comforter set keretapi bukan pasal ikut tema, tapi pasal warna comforter tu paling menonjol antara semua



Jadinya secara tak langsung, bilik tidur Imans dah bertemakan keretapi-- sehinggalah Dyzhwar sudah mula pandai memanipulasi saya dan D untuk mengikut kehendak dia.

Ye anak-anak adalah pemanipulasi paling licik.