Lori Surat Khabar Lama

31 Mei 2012

Penguasaan Playmat

Salam dan hai


Semalam sempat singgah ke Cosway di Serdang, nak beli playmat puzzle dan rak plastik untuk bilik air. Berkenan pulak dengan tray tu masa tengok catalog Cosway. Tapi nanti kita cerita dalam perenggan lain.

Kita cerita pasal play mat untuk bilik permainan Dyzhwar ni. Masa saya pergi ke Cosway cawangan Serdang, yang tinggal cuma 4 set puzzle mats ni sahaja. Saya nak beli 6 tapi memandangkan stok cuma ada 4, jadi saya amik dulu. Mungkin nak pergi ke cawangan lain nak cari mat ni.




Ni pemandangan bilik permainan Dyzhwar dulu. Playmat cuma mengisi suku daripada keseluruhan bilik ni. Jadi permainan memang semua saya tumpukan ke ruang tu, pasal kalau Dyzhwar terjatuh pun, dia tak sakit sangat, cuma dia malu la kalau kami ternampak dia jatuh. Jadi mesti dia nangis untuk cover malu.





Almari baju tu weekend ni akan dikeluarkan daripada bilik ni.


Ni setelah siap pasang playmat kesukaan umi. Kedudukan kerusi meja pun saya ubah untuk beri lebih ruang untuk dyzhwar golek-golek dan main.



Nampak macam luas playmat dah tutupi lantai bilik permainan ni, tapi sebenarnya belum siap-- masih banyak ruang lantai yang belum ditutupi playmat ni. 4 set playmat memang tak cukup. Memang kena beli lagi 2 set. Jadi sehingga nak tunggu restock playmat ni, berpuas hati dulu dengan hasil sekarang.




Ni kotak storage mainan Dyzhwar yang baru. Saya tak beli, saya redeem pakai point di Bonus Link. Kalau beli, tak silap saya tengok harganya dijual dalam RM20-RM26. Ni dapat FOC so saya suka :D tema  binatang plak tu.





Mainan Dyzhwar saya keluarkan daripada kotak peti harta karun dia tu, masuk ke dalam kotak-kotak kecil ni. Nanti boleh rotate mainan sentiasa, takde la Dyzhwar bosan main permainan yang sama. Permainan lain, semua saya letak dulu dalam peti harta karun biru dia tu. Lagipun Dyzhwar belum pandai dan kuat nak buka penutup peti tu, jadi letak mainan ni dalam bekas yang senang dia capai dan lihat.

Bekas ni ada pelekat ditepinya jadi boleh dilekatkan antara satu sama lain

Saya asingkan mainan ikut kategori. Walaupun Dyzhwar belum pandai mengemas, tapi saya buat sistem ni untuk memudahkan saya yang mengemas nanti



Masih ada dua perkara yang belum ada dalam bilik permainan ini: Playmat dan wall deco. Tak sabar nak gunakan voucher untuk beli wall deco. Lepas ni, bilik permainan dyzhwar akan lengkap insyaAllah. Memenuhi impian umi yang tak dapat bilik permainan masa kecil dulu. Hehe

4 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

aku beli batu. ko beli playmat :)

sweetluvardini berkata...

sangat seronok bila berhabis utk anak2 :)

aNis LeMoN aBu berkata...

Xora, satu benda i terfikir. Depan pintu toilet u letak playmat jugak ke? Tak kembang ke kalau kena air selalu?

Xora berkata...

bilik air ni jarang guna, yg guna pun anak saya yg sorang ni, time dia mandi. tapi tu pun, keluar melalui pintu bilik air lagi satu. tapi so far, saya tengok bila kena air, tak kembang plak. tak tau la kot kena lalu air byk kali baru kembang kot.