Lori Surat Khabar Lama

27 Februari 2013

Tak Menyempat

Salam dan hai

Saya betul-betul tak sempat nak kemas kini blog. Tak sempat satu hal, tak de cerita sangat pun satu hal yang lain. Dah hampir sebulan gak takde beli apa-apa untuk rumah. 

Langsir ruang tamu pun belum sempat nak disangkut.

Cuma nak berkongsi kisah tentang surau Seksyen 15 kami. 


Gambar-gambar ni semua diambil daripada Facebook warga Seksyen 15

05 Februari 2013

Idea Tidak Mendapat Kelulusan D

Salam dan hai

Ingat tak post yang saya kata nak beli rak ni
EXPEDIT Shelving unit IKEA Can be placed vertically or horizontally; suitable for use both as a shelving unit and as a sideboard.
Sumber
Dan di'hack' untuk dijadikan ini

04 Februari 2013

Tanjung Malim dan Tantrum Dyzhwar 48 Jam

Salam dan hai

Langsir Macy tu dah lama sampai, tapi masih belum sempat kami pasang. Pasal tu saya senyap sikit. 

Lagipun  tengah sibuk juga la merancang apa nak dibawa ke Tanjung Malim. Tempat kerja D ada buat gathering di Tanjung Malim, jadi agak teruja pasal tak pernah pergi Tanjung Malim

Dah lama juga saya tak pack beg untuk trip, jadi rasa seronok pulak. 

Kami semua berkumpul di Putrajaya dulu. Tapi Dyzhwar agak moody sepanjang pagi, tak mahu bergambar jadi semua gambar dia tak mernjadi.

Ni pun gambar dia tengah mengamuk. Ni bukan ketawa keriangan, ni menjerit tantrum namanya. Dyzhwar tantrum sepanjang 2 hari di Tanjung Malim, kecuali pada ketika dia mandi sungai. Masa tu dia molek tingkah lakunya.