Hari tu saya dah cerita tentang meja makan kami (post). Tapi belum berkesempatan nak menulis tentang ruang khas untuk Dyzhwar.
Kerusi makan kami memang tinggi. Memang menjadi masalah kalau nak beli kerusi makan untuk baby pasal rata-rata memang rendah dan menenggelam Dyzhwar.
Dyzhwar memang suka duduk kat kerusi makan untuk baby. Mungkin dia rasa, dia sudah 'orang' untuk duduk bersama-sama, walaupun kami takkan kasi dia makanan kami. Untuk rekod, gambar-gambar Dyzhwar yang amat selesa duduk di kerusi baby kat kedai makan.
Memang sengaja kami latih Dyzhwar duduk di kerusi makan dia sendiri sejak dia dah boleh didudukkan. Tak mahu dia biasa nak berkepit di ribaan. Lagipun, letak dia di kerusinya menyelamatkan makanan kami daripada disambar oleh si 'helang kecik' ni
Dah lama kami cari kerusi makan untuk baby. Daripada kedai perabot biasa-biasa, sehinggalah ke Ikea. Semua D tak luluskan. Faktor utamanya, pasal kerusi tu rendah, tak sesuai untuk meja makan kami.
Entah macam mana, satu hari saya terjumpa satu profile di Facebook yang jual portable baby dining chair.
Terus hantar proposal pada D. D agak skeptikal, tapi pasal saya sudah bersungguh nak beli, jadi dia beri.
Saya berkenan pasal satu design ni boleh disesuaikan dengan berjenis bentuk kerusi. Jadi, kalau saya ke kedai makan yang tiada kerusi makan untuk baby sekalipun, saya boleh gunakan seat ni untuk letakkan Dyzhwar.
Sangat mudah dipasang dan sangat mudah nak dibawa bersama ke mana-mana sahaja
Mula-mula, Dyzhwar tak mahu juga duduk dalam tu, pasal selama ni makan kat rumah, dibawa berjalan. Tapi pasal nak ajar dia adab makan, kena la dudukan dia kat dalam sarung kerusi ni.
Dan yang paling Dyzhwar suka, dia masih boleh tepuk meja sambil makan. Memang tu kegiatan wajib dia buat kat meja makan di mana-mana sahaja.
Harus la beli warna hijau, untuk sesuaikan dengan warna tema meja makan ni hehe
1 ulasan:
ijaaaaaaaaaa~~silalah kasi link utk beli ini brg~~berkenan plak haku~
p/s:najwa duduk pon belom, ibunya meroyan dulu.
Catat Ulasan