Lori Surat Khabar Lama

23 Januari 2013

Idea Bilik Tidur Bujang Cilik

Salam dan hai

Mengikut perancangan kami, projek bilik tidur Dyzhwar hanya akan bermula selepas dia 2 tahun lebih-lebih nak masuk 3 tahun--bak kata babahnya. Babahnya yang minta begitu. Ikutkan hati saya, genap sahaja dua tahun, pisahkan terus. Dyzhwar pun semakin bermaharajalela di atas katil kami ni. Setakat kaki dia kat muka kami, tu adalah perkara biasa. 



Tapi ye la, Dyzhwar masih menyusu badan, jadi kena la ikut rentak dia dulu.

Tapi tu tak menghalang saya daripada cuci mata tengok bilik-bilik anak bujang cilik ni. Memandangkan mainannya semua memang dikhaskan dalam satu bilik lain, jadi bilik tidur ni memang hanya untuk tidur dan salin baju. 

Saya lebih suka takde katil pasal saya tahu Dyzhwar suka lompat atas katil. Lebih jimat ruang dan wang.

21 Januari 2013

Rancangan Awal untuk Bilik Serba Guna

Salam dan hai


Bilik tidur kami ada 4. Yang pasti sekarang 1 bilik master bedroom dan 1 bilik permainan Dyzhwar dah dicop. Bilik sebelah bilik permainan tu memang untuk dijadikan bilik tidur Dyzhwar (.. dan adik-adik lelakinya--eh?) walaupun buat masa sekarang, kami tumpang sidai seluar jeans dan board sterika kat situ. Mungkin masa umur dia dua tahun lebih baru boleh mula nak hias bilik tu. Babahnya tak kasi pisahkan bilik tidur, babahnya hadap sangat bau masam kepala anak bujangnye tu agaknya.

Jadi sekarang, yang belum pasti adalah bilik bawah a.k.a bilik maid. Masa mula-mula masuk dulu, ada juga yang cadangkan bilik bawah tu*semorang sebut bilik maid untuk bilik yang dekat dengan dapur tu. tapi kami panggil bilik bawah* dijadikan bilik tetamu.

14 Januari 2013

Projek DIY Lain

Salam dan hai

Sedikit senyap daripada cerita kisah rumah. 

Tiada apa sangat updates yang boleh dikongsi. Masih menunggu hasil siap langsir Macy. Pekerja Macy dah datang ukur tingkap setiap bilik kat rumah ni, kira-kira dua minggu sudah. Jadi sekarang cuma tunggu panggilan daripada mereka sahaja untuk ambil langsir.

Memandangkan ni blog pasal rumah dan bukannya macam blog kahwin saya yang perlu disimpan keterujaannya sehingga ke hari majlis, jadi saya kongsi la fabrik pilihan kami untuk dijadikan langsir ruang tamu.


pencahayaan  yang tidak adil untuk menonjolkan warna sebenarnya fabrik

11 Januari 2013

Pengaruh Ibubapa Dalam Proses Pembelajaran Anak

Salam dan hai

Tajuk fancy gile. 

Sebenarnya, saya cuma nak kongsikan perkembangan Dyzhwar yang sudah  nak masuk setahun 5 bulan ni. Dalam peringkat usia Dyzhwar sekarang, proses pembelajaran dia adalah melalui peniruan perbuatan orang sekelilingnya dan individu yang paling kuat pengaruhnya, adalah umi dan babahnya.

Saya tak suka senjata-senjata atau video gaduh-gaduh, jadi Dyzhwar kalau tengok orang gaduh, even persembahan silat majlis perkahwinan, dia akan nangis ketakutan. Tengok cerita Boboi boy tu pun dia boleh nangis kalau ada adengan pergaduhan. 

Sentap lebih.

Sekarang, setiap kali balik, dia akan terus ke dapur, keluarkan 'pan' dia, skali dengan bekas penyukat dan sudip, dia akan terus 'masak'. Dia meniru apa yang saya selalu buat. Balik rumah terus masak. Nasib baik la Dyzhwar tidak menunjukkan minat main video game cam babahnya --belum menunjukkan minat main video game dan harap dia takde minat nak main video game.

Minat bersukan sedang cuba diterap.

Babahnya penyokong real madrid, maka kena pakai jersi RM



08 Januari 2013

Ruang Famili

Salam dan hai

Ruang Famili adalah satu-satunya ruang yang hidup segan, mati tak mahu dalam rumah saya. Memang tiada usaha langsung dijalankan untuk menaikkan seri ruang ni. Mungkin sebab ruang famili ni berada di tingkat atas dan kurang potensi untuk dijenguk oleh tetamu, jadi saya selalu abaikan ruang ni.

Ruang famili kami amat simple dan tidakla terlalu luas. Lebih kurang 8 kaki x 12 kaki (*kot). Muat untuk 3 orang dewasa baring kejung tengok tv kat situ

Ni rupa awal ruang famili kami masa baru pindah dulu.
















Ni daripada depan




Ni pula rupanya yang paling terkini

07 Januari 2013

Wall of Fame

Salam dan hai


Saya berkenan dengan idea jadikan ruang tangga sebagai satu tempat display gambar-gambar. Saya suka dengan idea sediakan satu tempat khas untuk abadikan gambar-gambar ini. Kurang suka kalau gambar diletak di setiap sudut bilik.