Lori Surat Khabar Lama

26 Disember 2012

Bean Bag Junior

Salam dan hai


Walaupun saya demam daripada hari Isnin, tapi mungkin semangat nak pergi Macy agak kuat, petang semalam  saya gagahkan diri ke sana juga lepas demam dah kebah. Minggu lepas dah melawat ke sana masa cari langsir, jadi kali ni pergi untuk memuktamadkan pilihan langsir kami.

Tapi seperti biasa, Dyzhwar buat perangai kat Macy. Tiap kali ke sana, mesti dia buat perangai. Saya syak, disebabkan Macy ni banyak perabot, dia ingat ni macam rumah. Jadi dia selamba sahaja henyak sofa, main panjat-panjat, jadi kena monitor pergerakan dia sentiasa, sementara D pergi uruskan dengan staff Macy.


Walaupun kami ada ukuran yang kami ambil, tapi atas nasihat staff Macy, kami gunakan juga khidmat ukur mereka. Staff tu juga syorkan, buat ukuran untuk semua tingkap di dalam rumah, untuk rekod dan memudahkan kalau nak buat langsir di masa akan datang pasal perkhidmatan mengukur percuma ni cuma untuk kali pertama. 

20 Disember 2012

Jam Dinding 3D

Salam dan hai

Dulu, saya pernah tulis tentang jam dinding, di post sini


Banyak lagi gaya jam dinding yang menarik bagi saya,tapi saya suka dua gambar di bawah ni, sesuai untuk D yang selalu tak punctual 




Baru-baru ni ada promosi di GroupOn



19 Disember 2012

Niat di Hati

Salam dan hai


Saya dan D tak banyak persamaan dalam hal hiasan rumah, tapi kami setuju yang ruang tamu kami dibuat dengan tema : Asal ada dan disebabkan itu, banyak kesilapan kami buat.

Takpe, proses pembelajaran kan?

Sebelum masuk rumah, D rancang taknak ada apa-apa kat ruang tamu sehingga jumpa yang dia berkenan. Malangnya, masa beli katil bilik tidur utama, saya ternampak set sofa dan terus merengek-rengek nak beli. D tak setuju tapi biasa la, baru kawin, mesti la semua dia akan cakap "Ikut sayang la". Cuba test sekarang, pergi Ikea amik aje perabot, mesti dia kata "Ni untuk apa? Praktikal ke?Tak semak ke?" 

Ye, manusia berubah dan kita harus pasrah haha

Ni rupa ruang tamu kami.



18 Disember 2012

Bila Opah dan Umi Tak Sependapat

Salam dan hai


Ibu kadang-kadang tak setuju dengan cara saya.  Biasa la, Opah dan cucu, lain hubungannya berbanding ibu dan anak. Ibu sekarang, tak sama dengan ibu masa kami adik beradik kecik-kecik.. atau mungkin kami bertiga masa tu terlalu nakal, jadi ibu sangat-sangat garang. Setakat kena cili mulut pasal tipu ibu tak mengaku letak sabun basuh baju banyak-banyak dalam mesin basuh, kena kurung kat luar rumah pasal ibu panggil mandi masa Maghrib, tak balik-balik, diberi parang dan pisau sorang satu bila bergaduh, dah menjadi rutin masa kami kecil. Tapi bila dengan cucu sendiri, dah lain agaknya.  







04 Disember 2012

Projek terbaru: Bilik Air Dyzhwar Pula


Salam dan hai

Sejak projek bilik mainan Dyzhwar dah selesai, saya macam tercari-cari projek apa nak buat. 

Pasal tu sengaja cari kerja, dengan mulakan projek bilik air Dyzhwar.  Dyzhwar takde masalah nak mandi, dia suka sangat main air, tak perlukan sebarang motivasi pun untuk galakkan dia manci, cuma umminya sahaja yang rasa bilik air tu perlu dideko pasal takde warna-warni.  

Satu-satunya benda yang diletakkan di bilik air ni, cuma baldi, gayung dan alas kaki mandian Dyzhwar.
Sumber

03 Disember 2012

Kemas Stor yang Tak Akan Tamat

Salam dan hai

Sejak dah ada anak ni, kadang-kadang saya rasa cuti hujung minggu berlalu begitu sahaja. Macam tak sempat nak nikmati. Sedar-sedar dah hari Isnin. Mungkin pasal hujung minggu pun, berjalan keluar, jadi tak merasa nak duduk rumah rehat-rehat. Tapi kalau kat rumah pun, takde istilah rehat pasal kena buat kerja rumah pula,

Macam minggu lepas, saya baru beli 2 bekas plastik kat Pasar Borong Selangor tu. Sebelum ni, saya dah beli 2 bekas plastik cam kat bawah ni, tapi lepas susun barang, rasanya perlukan lebih lagi bekas-bekas plastik macam ni untuk simpan barang. Kukuh berbanding kotak dan boleh dilihat isi kandungannya daripada luar.

Sumber