Lori Surat Khabar Lama

07 November 2012

Kali ni, Dyzhwar yang Tenang

Salam dan hai


Saya dan D amik cuti semalam dan kelmarin. Saje mak Dyzhwar nak shopping macam orang gila kat Ikea nak luang masa dengan Dyzhwar. 

Hujung minggu hari tu pun masih luangkan masa dengan dia, cuma agak terhad kerana kami ada jemputan kahwin kawan rapat kami. Memang perkahwinan yang ditunggu-tunggu oleh D, memandangkan kawan dia ni kiranya penutup majlis kahwin untuk geng tiga serangkai D daripada zaman sekolah. 


Kami di rumah pengantin sebelum konvoi
Muka suci kan Dyzhwar? Jangan percaya...
Majlis yang unik, memartabatkan budaya dan adat. Kali pertama ke majlis perkahwinan, yang mana pengantin perempuannya yang tentera. 



Cerita lebih lanjut tentang majlis tu, saya akan kongsikan dalam blog kahwin saya tu nanti InsyaAllah


Kami ke Ikea kelmarin dengan harapan, Dyzhwar tak ulang perangai bossy dia macam hari tu. Hari kerja, belum cuti sekolah, memang Ikea amat menyelesakan. Dyzhwar berperangai amat positif, mungkin tak ramai orang dan dia ada banyak ruang nak bergerak dan bermain dengan perabot, terutama di ruang kanak-kanak

Lihat senyuman manis beliau *rambut naif

 Tak perlu nak berkejar-kejar ke kafe nye pun. 


Buat ganti tak sempat makan masa trip terakhir ke sini yang Dyzhwar merngamuk


Memandangkan saya ni mak yang cerewet, jadi saya bawa bekal Dyzhwar ke sini. Masak couscous, kali pertama. Dyzhwar suka, mungkin makanan baru bagi dia, jadi semangat dia nak makan lebih sikit, tambah plak kali pertama dia merasa ikan salmon. Memang makan beria sikit.


Ni couscous, cari di Cold Storage. Cara memasak yang sungguh mudah
dan cepat. Rasa macam makaroni juga, cuma saiznya sebesar biji sawi

Kami luang hampir 3 jam kat sana, dengan peratusan buat peel Dyzhwar yang rendah. Sebelum nak keluar sahaja yang Dyzhwar mula buat perangai pasal kami tak beri dia tolak troli pengunjung lain. 



Hasil rembatan

Berjaya beli rak Albert yang tempoh hari dah habis stok. Kali ni, konon nak belajar pasang sendiri rak ni. Hampir 2 jam juga la saya godek benda ni. Lepas ni, taknak dah buat sendiri, minta D yang pasangkan. Penat oo~!!


Menggigil ketatkan skru-skrunya. 

Ingat tak post tentang stor saya yang saya kemaskan kali terakhir dulu?


Gambar cuma bahagian depan sahaja yang kongsikan, kan?


Sebabnya bahagian dalam masih tunggang langgang macam ni




Ye, setiap gambar ada maksudnya haha

Sebelum saya ke Ikea ni, saya dah beli dahulu bekas plastik besar ni di Pasar Borong Selangor. Takdenya la kan nak beli bekas plastik Ikea cantik-cantik kalau tempatnya sekadar di stor.




Saya dah rancang nak gunakan bekas yang besar tu untuk letak barang-barang majlis macam balang biskut raya, tray, tisu dan segala apa barang yang cuma digunakan ketika majlis makan-makan, semua saya sumbat ke dalam bekas yang besar.

Bekas yang keci tu, saya letak segala tipuware yang boleh digunakan untuk tapau makanan nak kasi kat orang ke, nak buat derma ke, senang semua dalam satu bekas.

Tapi nak mengemasnya agak jenuh pasal kena keluarkan semuanya dan susun sikit demi sikit


Susun ikut saiz dan kategori


Kemudian terus sumbat dalam bekasnya, padat-padat, tak kasi chance~!



Siap dah


Sebelum..

Sesudah






Lepas siap pasang rak Albert Ikea tu, terus saya kemas sikit demi sikit. Memang amik masa hampir 3 jam gak. Pasal tu buat waktu malam, bila Dyzhwar dah tidur. Kalau siang, memang takkan dapat buat, tambah-tambah lagi kalau Dyzhwar nak 'menolong'.

Perkara pertama, minta tolong D keluarkan barang daripada stor. Pasal banyak sangat, saya tak larat nak angkat berkotak-kotak sorang-sorang. 



Ni pasti jadi syurga mainan Dyzhwar kalau dia ada.
Objektif saya mengemas adalah untuk buang benda yang tak diperlukan. Tak mudah sebenarnya, terutama kalau kita ada perasan, "mana la tau, akan datang nak guna". 

Tapi saya bulatkan aje azam diri. Kebelakangan ni, asyik tengok cerita tv Clean House, terus jadi semangat nak kemaskan barang. 

Sikit demi sikit, nampak juga la progres kerja

Kotak dah semakin kurang

Mana yang penting, masih saya kekalkan
Di rak Albert ni, saya letakkan tisu, kertas serap minyak dan koleksi beg kertas saya dibahagian paling atas. Bekas nasi dan tupperware serbaguna saya di rak kedua. Tepi rak ni, saya gunakan hook S untuk sangkutkan raket badminton d dan pam angin untuk kereta angin Dyzhwar.


Rak ketiga saya jadikan tempat letak penyidai baju dan sepit baju. Mudah nak capai. Dah ada tempat khas sendiri. Tingkat bawah sekali, letak barang-barang hadiah.

Ni rak kasut yang lama. Nak buang sayang pasal rasanya masih ada gunanya. Jadi saya jadikan tempat letak beg kerja D dan helmetnya. Ada kasut Clarks D pun letak kat para yang bawah.


Kerja yang disiapkan hampir tengah malam.

Daripada rupa asal begini


Kepada lebih tersusun begini



Selesai. Penat memang penat, tapi bila tengok semua barang lebih tersusun, hati jadi senang. 

Perkara menarik masa saya tengah sibuk-sibuk mengemas, saya banyak terjumpa barang-barang hadiah kahwin yang saya dah tak ingat saya ada dan boleh pula digunakan sekarang.

Macam sarung bantal hijau ni.

Kena tukar warna sofa ni. 


Dan cawan kecil ni, buah tangan kenduri kahwin, yang akhirnya kami gunakan sebagai cawan Dyzhwar. Dyzhwar pun nak cawan sendiri pasal dia rasa dia dah besar sangat.

Saya sempat rembat satulagi gelas Skoja pasal warnanya hitam.
 Buat tambah koleksi

Siap ada piring lagi.

Tak banyak beli barang penting pun Ikea, kecuali rak Albert tadi tu dengan ambal hijau ni. Masa trip terakhir ke sini, nak beli dah tapi Dyzhwar tengah buat perangai, dan dah la ada orang sebelah yang sama belek kata tak sesuai, terus mati mood nak belek ambal ni. Tapi pasal asyik teringat-ingat ambal ni, jadi beli la juga. 

Sumber
Bila saya tengok gambar ruang makan saya, saya rasa semuanya satu ton warna. Coklat semuanya. Nak pakai lapik buluh, kebanyakkannya pun warna coklat atau warna-warna tanah. Nak cat dinding, D tak kasi lagi. Jadi ambal baru sahaja la yang boleh naikkan sikit penggunaan warna untuk ruang makan kami



Bila keluar sahaja rekaan ambal yang ini, terus berkenan. Besarnya pun lebih kurang dengan karpet ruang tamu, jadi dah ok sangat dah. Cuma permukaannya sahaja yang kasar, tidak la macam karpet. Tapi saya fikir, lebih elok begitu pasal tak de la terselit sisa makanan yang terjatuh.

Saya beli pelapik gelas ini. Coraknya comel dan harganya pun boleh dikatakan murah, kebetulan ternampak di bahagian balang-balang kaca Ikea. untuk 1 set, ada 6 helai, harga dalam RM 4.90. Tapi kat dalam website Ikea, takde link untuk produk ini. Mungkin produk keluar untuk Christmas, belum sempat kemas kini kot. Ada banyak corak, tapi corak ini sahaja yang tak nampak macam Christmas. 

Sebelum ni, saya gunakan pelapik drawer ikea di bawah ni, yang saya guntingkan mengikut saiz yang dikehendaki. Tapi lepas ada lapik gelas yang baru ni, merasa juga la perubahan.



Itu la aktiviti kami di Ikea. Lepas ni harap dapat jauhkan diri daripada ikea sebulan dua -- kata saya~~! Hehe.



7 ulasan:

Puan T berkata...

siyes dyzhwar senyum potostat laki ko.

Aida Deq Su berkata...

assalammualaikum..
nak tanya rak tu boleh tampung benda berat tak? macam pinggan mangkuk?

Xora berkata...

sentap la aku camni kaaan

Xora berkata...

waalaikumussalam. boleh tampung benda berat dgn syarat 25k per para, mengikut description produk http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/00111994/?query=albert

Lovely Love.. berkata...

encemnya hero ni..geram tgk dia menyengeh..sengeh sungguh² tu..eee...geram..
xora, awak dah hampir jadi promoter ikea..hehehe

Xora berkata...

Itu la.. Dah macam obses dgn Ikea pun ada ni.. :P Sengeh si Dyzhwar tu, ada maksud tu.. jgn percaya. tu dah sejam saya duduk luar rumah pengantin pasal bos kecik takmo masuk rumah.

Siti Rohayah berkata...

serius... Hafiz tuh classmate i kat UPM dolu :)
kecil je dunia nih kan.. nice..