Lori Surat Khabar Lama

27 Mei 2011

Wall Sticker

Salam dan hai

Memandangkan D membangkang usul untuk menjalankan sebarang aktiviti mengecat rumah dalam apa bentuk sekalipun, adakah dia akan setuju ye kalau saya nak macam ni untuk letak kat dapur?



Stylo~

18 Mei 2011

D dan Rukun Tetangga

Salam dan hai

Memandangkan Faisal Zakaria sudah hantar komen mengkritik saya dah lama tak kemaskini blog, maka kena tulis juga sikit kat sini--even tiada gambar.

Kelmarin, Isnin malam Selasa, D sekali lagi bertugas mengawal rukun tetangga. Rasanya ini dah kali ke empat D jalankan tugas. Kali ni lebih sistematik dan sekurang-kurangnya, jarak hari bertugas lebih lama daripada kali pertama dan kedua D bertugas. Bayangkan, masa tu, hari sabtu tugas 1pagi-3 pagi, ahad esoknya 3 pagi-5 pagi.

Hasilnya: D jadi penat dan moody :P

Saya tak tahu nak tolong dia macam mana bila tiap kali hari bertugas dia. Saya pilih untuk tidur--itu sudah pasti, tiada kompromi disitu :P Cuma kalau ada apa-apa yang saya boleh tolong, saya cuma boleh paksa dia masuk tidur awal sahaja dan setkan alarm saya untuk kejutkan dia. *even kesudahannya dengan saya-saya pun tak bangkit dan abang jiran sebelah call Dzulq kejutkan hahah :P

Hantar dia ke depan pintu dengan rambut saya menggerbang, then saya naik atas balik dan tidur. Terjaga bila dia dah balik rumah dan ketuk pintu bilik tidur pasal saya dah kunci *takut. Mesti saya akan tanya "D ke?" --stupid* Ko ingat kalau perompak nak masuk, dia nak ketuk pintu bilik ko ke??!! Baik dia sepak aje..

Pagi tu confirm dia penat. Saya lebih suka D bertugas malam hari minggu daripada hari kerja. Rasa kesian pulak. Harap dengan semakin ramai penduduk masuk, pusingan tugasan akan semakin jarak-jarak. Kalau dapat dua minggu sekali pun ok sikit.

Sebenarnya 2 minggu sudah ada buat perjumpaan penduduk.Tapi tak amik gambar pasal excited, tak pernah terlibat dengan perjumpaan penduduk. Borak-borak dengan wanita-wanita disana. Majoritinya semua lebih tua daripada saya. Rasanya kami paling muda dikawasan tu. Atas daripada kami, ada pasangan 29 tahun. Erm, takkan nak buat kelab Puteri Seksyen 15 dua orang ahli sahaja~~

Perjumpaan itu dilangsungkan untuk makan percuma ehem ehem dan juga untuk melantik ahli jawatankuasa taman sementara. AJK ni berfungsi untuk menggerakkan tugas pengawalan dimalam hari memandangkan kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi di kawasan kami. Al maklum, kawasan baru memang menjadi sasaran!

Sabtu malam Ahad minggu ni ada jemputan doa selamat jiran dua belah rumah kami. Teruja --pasal masa ni aje boleh tengok rumah orang macam mana. Kami memang memerlukan idea untuk pembahagi ruang antara ruang makan dan ruang tamu.