Lori Surat Khabar Lama

10 Jun 2014

Tema Avengers

Salam dan hai

Bilik tidur Dyzhwar ni memang tidak pernah saya terfikir nak bertema. Cuma yang saya pasti, saya nak perabotnya semua putih. Jadi kalau nak tukar cadar atau sebagainya, mudah sikit pasal semua pun masuk dengan warna putih.

Macam langsir ni pun takde tema. Sekadar berkenan pada warnanya sahaja dan set ni antara yang paling murah di Ikea.

Secara kebetulan pula, saya ada beli sticker keretapi ni dan saya letakkan di almari baju dia pasal tak tau nak letak mana.


Masa kami beli katil Imans, pun beli comforter set keretapi bukan pasal ikut tema, tapi pasal warna comforter tu paling menonjol antara semua



Jadinya secara tak langsung, bilik tidur Imans dah bertemakan keretapi-- sehinggalah Dyzhwar sudah mula pandai memanipulasi saya dan D untuk mengikut kehendak dia.

Ye anak-anak adalah pemanipulasi paling licik.

29 Mei 2014

Playroom yang Dulu Bukan Playroom yang Sekarang

Salam dan hai


Nah..




Aci tak kalau cuma letak gambar sahaja tanpa apa-apa cerita? 

24 Mac 2014

Bilik Tidur Imans

Salam dan hai

Kalah membeli, menang memakai -- ni kata jampi saya setiap kali nak pujuk D beli perabot rumah.

Gunakan peribahasa ni untuk beli meja makan: Berjaya.

Gunakan peribahasa ni juga untuk beli katil tidur: Berjaya

Terbaru, gunakan peribahasa ni lagi untuk beli katil Imans: Berjaya lagi!

Ini rupa bilik Imans pada asalnya. Dyzhwar dikerahkan untuk vacuum bilik dia setiap minggu. Bersih tak bersih, belakang kira. Yang penting, kena jadikan rutin. Ni kalau Opahnya nampak cucunya buat kerja, harus Opahnya meratap "Kesian cucu aku.."


20 Mac 2014

Iman yang Kedua

Salam dan hai


6 bulan = setengah tahun blog ni tak update. Kira ok la daripada blog lagi satu; diaterimanikahnya; ada hampir setahun kot takde dikemas kini.

Cliche, tapi tu la kebenaran = Sibuk.

sibuk dengan kehidupan realiti sampai tak sempat nak kemaskini post langsung... Atau mungkin saya memilih untuk menguruskan kehidupan realiti dan ketepikan kehidupan di alam maya. Erm, rasanya ayat kedua tu lebih tepat. 

Kena letak gambar menerangkan keadaan





Tapi tu gambar lama.