Lori Surat Khabar Lama

29 Mac 2012

Rak Kasut

Salam dan hai

Nak kongsi idea best ni



Style je letak kasut camtu.. Memang la, sesetengah orang lebih suka rak kasut yang tertutup dan tak nampak dalamnya, tapi kalau untuk ruang yg terhad, idea ni boleh pakai.

Tak ingat pulak daripada mana saya save gambar ni.

Almari kasut idaman saya.



Takde la idaman sangat, tapi praktikal la kalau famili saya nak guna. Pasal kasut kerja suami pun, ada dekat 4 pasang kot. Kasut jalan ada 3 pasang. Kasut sukan 2 pasang. Jumlah dah lebih 10 pasang. Tidak termasuk selipar basahan. Belum lagi masuk koleksi saya.. Berpasang-pasang..

Pasal tengok bahagian dalam tu, ada dua ruang dalam satu bahagian. so mungkin maksimum kasut boleh letak satu rak tu dalam 4-6 pasang mungkin? So, suami amik 1 bahagian, saya amik 2 bahagian--baru adil. --eh?



Yang tak adilnya, harganya cecah RM549.

Tidak adil, bagiku~~

22 Mac 2012

Nak korbankan 'Rumah' siapa?


Salam dan hai

Ingat lagi tak gambar yang ini dalam
post ini?



Setelah hampir dua minggu meletakkan Tupperware kat rak atas, pengajaran yang saya dapat: Memang tak sesuai letak koleksi Tupperware kat atas. Pasal saya kerap gunakan Tupperware untuk simpan makanan dijadikan bekal gi pejabat, jadi susah nak terjengket-jengket.

Jadi, saya ingat nak ubah rumah koleksi Tupperware ni.

Masalahnya, tak tahu nak korbankan 'rumah' siapa.

Memandangkan kabinet bawah memang tak banyak ruang kosong lagi dan set Tupperware ni perlukan rumah yang ruang dalam. Kabinet dapur ni cuma ada dua laci ruang dalam.

Satu dah jadikan rumah untuk Ikea, Tipuware dan Tupperware Freezer mate.



Jadi, tinggal satu laci aje yang saya rasa masih boleh dikorbankan. Buat masa ini saya jadikan laci itu rumah untuk koleksi pinggan kaca warna putih. Saya suka warna putih untuk dijadikan set hidangan pasal warna makanan lebih menyerlah dalam pinggan putih, pada pendapat saya la.



Tengok 'rumah' ini. Rugi ruang kan?

Iklan: Rancangan masa depan, nak letak alas bewarna macam ni. Baru ceria nak buka kabinet. Buat masa ni, saya pakai lined drawer daripada Ikea--kalau boleh nampak daripada gambar kat atas ni la. Warna putih. Ada dua warna; putih dan kelabu


Sumber: Google images

Realitinya, kabinet dapur memang dah takde ruang kosong lagi. Jadi, alternatif ruang simpan saya buat masa sekarang, adalah ruang dibawah meja makan yang masih kosong. Rak bawah memang dah penuh, tapi rak atas, masih boleh digunakan.



Saya suka meja makan saya disebabkan ini lah. Ada laci di ruang bawah meja yang boleh digunakan untuk simpan perkakasan makanan . Rak atas tu, sebelah kanan, sudu garfu pun masih elok tersimpan dalam plastik. Nak kena cari bekas yang sesuai untuk simpan dulu, baru saya akan keluarkan sudu garfu daripada plastiknya.

Saya alihkan perkakasan hidangan ke dalam ruang bawah meja makan saya.

Siap-- dan masih ada ruang kosong untuk digunakan. Saya beli mangkuk dan piring kek tu cukup-cukup jumlahnya 5 sahaja. Nanti kalau ada rezeki, nak cukupkan 8 pasal meja makan saya cukup untuk tampung 8 orang. Kalau kedua-dua famili kami bertandang pun, masih cukup untuk tampung setiap belah. Tapi kalau datang serentak dua-dua belah, kita makan atas lantai aje la ye. Hehe



Rumah baru koleksi Tupperware saya.



Masih banyak boleh diperbaiki, tapi buat masa sekarang, ini sudah memadai. Minggu depan nak amik barang Tupperware yang baru, harap muat la nak masukkan semuanya dalam 'rumah' baru ni

20 Mac 2012

Tupperware dan Tipuware

Salam dan hai

Sama ada nak pakai Tupperware atau Tipuware, kedua-duanya memang jadi pilihan saya dalam bab menyimpan makanan. Cuma bezanya, Tupperware tidak akan keluar daripada dapur saya atau dijadikan bekas untuk tapau makanan, tapi Tipuware yang dapat percuma dari pasar malam masa beli Taufufa, akan menjadi alternatifnya. Takut nanti terngigau-ngigau bekas Tupperware yang tidak dikembalikan kepada tuannya.

Saya masih belum jatuh ke dalam kategori peminat setia Tupperware macam ibu saya. Kalau ibu, dia boleh ingat dia pinjamkan tupperware dia kepada siapa *tapi biasanya saya yang rembat dan tak pulangkan* Cuma saya beli pun pasal sudah bosan dengan kualiti Tipuware yang selalu retak kalau disimpan dalam freezer. Lagipun, orang Tupperware ni pandai cucuk pelanggan. Mesti ayat pendahuluannya "Tengok-tengok la dulu, cuci mata. Tak beli pun tak apa".

Bila dah sekali beli, sedarlah, memang akan terjebak selamanya.

Ok, kita takmo cerita tentang Tupperware. Kang saya gi beli online Tupperware lagi.

Kita cerita pasal menyimpan barang frozen dalam peti sejuk.

Saya jarang gunakan Tipuware untuk simpan barang beku pasal bila nak panaskan dalam microwave, mudah pecah atau retak. Kalau terjatuh, pun akan retak atau sumbing. Pasal sudah bosan dengan situasi ni, saya melabur (dan meleburkan duit) membeli set freezer mate Tupperware.




Kertas bulat putih di tutup Tupperware tu, label kepada barang apa di dalamnya. Walaupun isi bekas Tupperware ni boleh dilihat dari luar, tapi saya tetap letakkan label pasal sudah terbiasa. Memang cantik dan tersusun bila pakai set Freezer Mate ni.

Tetapi tidak la semua barang beku saya gunakan Tupperware. Alternatif kepada Tupperware adalah bekas IKEA ini. Ni pun saya suka pasal murah, tak lebih daripada RM20 pun untuk 17 bekas yang berbagai bentuk dan saiz. Daya tahan pun ok, lebih elok daripada Tipuware. Cuma daripada segi kedap udara, tidak lah sebagus Tupperware. Tapi daripada segi kos, memang lebih mampu milik. Kalau RM20, Tupperware cuma dapat beli midget aje kot.



Selain dua bekas plastik ni, saya guna juga beg storage yang biasanya digunakan oleh ibu menyusu untuk bekukan susu.



Ibu saya yang merangkap pengasuh anak, tak suka saya pakai beg storage pasal leceh untuk disalin-salin daripada plastik ke dalam botol. Jadi, beg storage yang ada ni saya guna pakai untuk simpan stok ayam, stok udang, sos pizza, santan dan apa-apa cecair lain. Sukatannya tak banyak, jadi mudah untuk sekali masak.





Macam gambar kat atas tadi pun, sebelah Tupperware tu, adalah beg storage yang saya isi baki sos pizza. Memang amat menjimatkan ruang, terutama kalau peti ais yang ruang bekunya kecil.

Isu yang selalunya jadi masalah adalah cara menyimpan bekas-bekas plastik ni.

Memang masalah besar kalau tak diuruskan.


Sumber: Google images

Saya search gambar-gambar yang boleh dijadikan panduan dan teknik untuk menyusun bekas plastik dengan jayanya.





Saya cuma gunakan apa yang saya ada.

Saya ada: Ruang laci yang ada ruang dalam.

Saya takda: Duit nak labur beli pembahagi dalam laci.

Jadi, apa yang saya buat, saya susun bekas-bekas plastik mengikut kesesuaian saiz dan ruang. Untuk penutup Tupperware dan Ikea, penutupnya saya simpan di ruang paling depan sebelah kiri. Bekas-bekas plastik semuanya saya simpan mengikut ketinggian, daripada paling rendah ke sederhana, ke paling tinggi. Untuk jimatkan ruang, saya masukkan setiap bekas ke dalam bekas yang lebih besar. Penutup Tipuware, saya susun dibahagian belakang kiri.


Antara sebab saya suka pakai bekas plastik dari Tupperware dan Ikea -- Penutup yang senang dipadan. Saya kurang suka Tipuware pasal walaupun saiznya bulat, tapi kadang-kadang penutupnya tak padan. Jadi dah kena cuba satu per satu, cari mana yang padan.

Walaupun saya jarang guna Tipuware, tapi saya tetap gunakan kalau nak tapau makanan untuk bawa ke rumah orang. Jadi apa yang saya buat ketika Projek kitar semula dapur saya dulu *Malangnya, tak amik gambar pulak masa tu*.

1. Saya keluarkan semua bekas-bekas plastik Tipuware yang saya ada
2. Saya periksa bekas dan penutup mana yang ada sopek, retak atau kesan degil yang tidak dapat ditanggalkan, saya ketepikan untuk dimasukkan ke dalam kotak kitar semula *jangan buang dalam tong sampah. Pergi hantar ke pusat kitar semula.
3. Bekas yang masih elok, saya akan cari padanan dengan penutup yang masih elok.
4. Bila dah cuba padanan, saya akan tandakan nombor di bawah bekas dan di atas bahagian luar penutup dengan menggunakan pen marker
5. Simpan dan susun semua bekas-bekas tu dalam kabinet


Kalau tengok gambar kat atas ni, ada nampak nombor 10 tertulis kat salah satu penutup Tipuware tu. Walaupun lepas 4-5 kali cucian, kesan nombor tu akan jadi pudar dan tak jelas, tapi masih boleh ditulis semula. Jadi, lepas ni kalau ada nak tapau makanan, saya cuma carikan padanan bekas dan penutup mengikut nombor yang telah saya tulis, berbanding cuba memadankan bekas-bekas tu satu per satu. Buang masa dan lepas 4-5 kali percubaan, sudah malas. Maka sumbatkan aje, dan paksa muat masukkan walaupun lepas tu akan pecah.

Salah satu cara saya untuk kekalkan laci simpan bekas plastik ni tersusun rapi: jangan ada terlalu banyak koleksi bekas plastik. Bekas plastik ni akan dipakai secara berulang. Jadi yang dah kosong boleh dibuat isi yang baru. Kalau banyak sangat, laci pun dah tak muat. Saya lebih suka gunakan bekas plastik ni untuk isi barang, berbanding biarkan bekas-bekas ni terperap dalam laci tu.

Saya tak tahu la orang lain ada perasaan macam saya ke tak, perasaan "Eh, sayang nak buang. Mana la tahu satu hari nanti nak guna".. Perkataan "Mana la tahu.." tu memang ayat berhantu. Ayat yang buat kita teragak-agak nak buang. Susah nak kikis perasaan tu. Kalau perasaan tu datang lagi masa mengemas bekas plastik, apa yang saya buat, saya pecahkan sikit bahagian bekas plastik Tipuware tu. So confirm la takkan nak guna lagi. So hati jadi senang. Boleh? Ye, memang sakit kronik rupanya aku ni.

Sekian, ceritera cara susunan Tupperware dan Tipuware di dapur saya.

Lepas ni nak terjah ruang rumah yang mana lagi ye?? Erm, mungkin boleh cite pasal meja makan kami pulak la.

19 Mac 2012

Susun Atur Almari Baju Anak



Salam dan hai






Saya memang tiada perancangan nak lengkapkan bilik anak serba serbi. Bagi saya, buat masa sekarang dan keadaan ekonomi keluarga kami, saya cuma mahu beli keperluan asas sahaja untuk bilik anak. Tiada nak cat dinding ke, beli karpet ke, beli permainan ke. Perkara pertama saya fikir: almari baju.






Masa mula-mula duduk semula Bangi selepas habis pantang, baju-baju anak saya letak dalam bekas macam kat bawah ni






Sumber: Ikea







Tapi saya punya bukanlah dari Ikea. Dapat free masa suami redeem point kredit kad dia dengan Maybank. Hehe






Lepas baju anak semakin lama semakin banyak, dan saya sendiri pun tak selesa gunakannya pasal nak kena selongkar untuk cari barang semua, jadi saya bincang dengan suami, nak pakai bekas plastik macam ni untuk simpan baju anak.














Tapi lepas borak-borak dengan kawan yang pun ada anak seorang, dia cadangkan saya beli almari ini.







Daripada IKEA, RM199.






Bila fikir-fikir, dah alang-alang nak simpan baju dan barang anak yang sentiasa bertambah, baik saya beli yang tahan lama sikit, sekurang-skurangnya 2-3 tahun. Lagipun, saya bukan sekadar perlu simpan baju-baju dia sahaja, stok-stok mandian dia semua pun memerlukan tempat simpanan.



Selain almari laci tu, saya beli bekas kotak dibawah pasal tengok kat laman web Ikea, produk box ni kiranya cam pelengkap kepada almari laci ni.







IKEA, RM29.







Untuk lengkapkan lagi keperluan, saya beli bakul baju kotor ni. Beli secara tiba-tiba pasal bakul ni benda pertama saya nampak masa turun escalator hehe






Saya bukanlah peminat setia Ikea, cuma memang akui la, ada kalanya, idea-idea barang idea memang boleh diterima pakai, terutama kalau bab organisasi dan susun atur barang. Ikea memang pandai bab-bab ni. Tapi daripada segi tahan barang, kadang-kadang ikut nasib gak dan ikut cara kita jaga barangnya.






Ni la rupa almari laci dan bakul baju kotor dalam bilik anak. Sengaja pilih warna putih, senang nak padangkan dengan apa-apa warna.












Bakul baju kotor ni, hanya kalau baju kotor dah sampai separuh, baru la saya basuh. Malas punya pasal.







Jom tengok kandungan almari ni, ada apa kat dalam tu







Laci pertama, saya letakkan baju-baju anak. Daripada kiri, baju tidur dia. Kotak tengah, baju basahan waktu siang, dan kanan sekali, baju jalan-jalan dia. Saya lipat dan susun begini, senang nak tengok dan nak capai. Semua seluar saya lipat sekali dengan baju. Tu yang nampak gemuk sedikit, tapi memudahkan kerja dan jimat masa daripada nak cari padanan seluar dan baju.




Memang anak punya baju jalan-jalan tak banyak pasal ummi nya rasa tak perlu. Rasanya t-shirt dia cuma ada daladm 5-6 helai sahaja, rompers dalam 3 helai. Nasib la anak lelaki, semua pakaian simple. Cukup jeans ada, padankan sahaja dengan t-shirt. Jeans tu pun beli daripada dia nak masuk 2 bulan, sampai sekarang dah 6 bulan. Satu tu aje jeans nya. Daripada labuh tak nampak kaki, sampai dah jadi tiga suku jeans tu. Hehe. Kalau anak perempuan, rasanya mahu berderet skirt berbagai warna saya beli. Ton warna pink aje rasanya mahu 10 jenis saya sediakan.







Ni pulak laci nombor dua, yang tengah-tengah. Saya letak pampers satu kotak kat sebelah kiri. Campur skali dengan cadar katil, tuala dan selimut dia. Kotak yang kecil dua buah tu, satu saya letak tuala kecil/napkin, yang lagi satu saya letak kasut dan stoking dia setempat. Senang nak cari stoking dan kasut kalau nak keluar. Kasut jalan dia cuma ada 3 pasang sahaja, satu pasang beli masa warehouse Pureen, RM5.00 je, 2 pasang lagi orang kasi. Yang kotak memanjang kanan sekali tu, baju-baju yang dia belum muat pakai tapi umi dia suka jadi beli siap-siap dulu.









Laci terakhir, saya letakkan stok-stok macam set mandian, baby wipes dan kapas. Kotak warmer pun saya letak skali pasal dalam tu ada waranti kad. Baby carrier dan beg jalan-jalan dia pun saya sumbat dalam ni.










Yang beg warna hijau epal tu, tak sepatutnya ada dalam ni, tapi saya malas nak keluarkan. Dalam tu ada baju-baju anak yang dia dah tak muat pakai. Biasanya, baju-baju yang dia dah tak muat pakai, saya simpan dalam beg kedap udara, tapi seperti biasa, malas nak panjat almari amik beg tu. Jadi tunggu sampai banyak baju yang dia tak muat, boleh buat sekali harung. Nanti boleh kongsi dalam blog ni juga.




Oh, lupa plak nak cerita atas almari saya letak apa. Ye, seperti mana-mana tipikal ibu, saya menggunakan ruang sepenuhnya. Atas almari tu, saya letakkan kotak yang dalamnya saya simpan botol susu anak, bersebelahan dengan rak susun botol yang nak dikeringkan. Saya menyusu badan dan masa mula-mula semangat menyusu badan tengah berkobar, sentiasa gatal nak beli botol susu untuk simpan susu perahan. Sekarang, masih semangat, cuma dah makin pandai nak susun jumlah botol susu yang diperlukan sehari. Saya tak pakai beg storage, ibu saya tak suka. Dia suka saya frozenkan dalam botol, jadi saya pun beli la botol banyak-banyak --apasal cite pasal botol susu plak ni.










Begitu la kisah saya sebuah almari laci. Hehe.




Ni rutin setiap minggu, kemas almari dia. Kadang-kadang, anak tolong 'kemaskan' sekali baju dia. Mungkin saya buat tak betul kot pada pandangan dia.






Post akan datang, nak cerita pasal teknik saya menyimpan bekas-bekas plastik dan mengekalkan susun aturnya, tak kisah jenama Tupperware ke, Ikea ke, atau jenama Taufufa yang dapat percuma dari pasar malam.




05 Mac 2012

Mengorganisasikan Kabinet Dapur

Salam dan hai

Dalam banyak-banyak bahagian rumah kami, saya paling berminat dan amat komited dalam menyusun atur dapur. Ada sahaja barang-barang yang saya nak beli untuk dapur. Tapi ruang tamu yang masih belum berhamparan, tidak pula saya kisah. Asyik bertangguh nak beli, tapi kalau hal dapur, minggu tu juga nak cari. Bagai tak sempat-sempat!

Ini tidak adil pada ruang tamu. Mungkin kena tunggu gaji (atau lebih baik, kalau dapat bonus) untuk beli hamparan dan bantal kecil.

Ye ye nanti kita fikirkan.

Berbalik kepada cerita dapur, cuti hujung minggu lepas, saya sempat ke IKEA. Semuanya gara-gara brochure ni


Saya berkenaan dengan dua item dibawah ni; shelf dan box.



Saya amat memerlukan kedua-dua barang ini kerana ..... (isi tidak lebih daripada 15 patah perkataan) --begitu la proposal yang saya berikan kepada suami, supaya dia sudi bawa saya ke IKEA kerana saya tak ingat jalan ke sana walaupun dah berbelas kali pergi sana.

Shelf tu datang dalam dua saiz dan dua harga yang berbeza. Saya beli dua set shelf besar dan satu set shelf kecik. Kotak tu pula, saya beli satu sahaja pasal harganya mahal la--bagi saya.

Balik rumah, terus buka balutan dan mula pasangkan shelf tu. Suami sibuk nak main game bola, jadi memandangkan dia dah bawa saya gi Ikea, saya kasi muka sikit.



Sekejap sahaja nak pasang pasal cuma perlukan empat skru kecil sahaja.

Ini kabinet dapur saya sebelum ini.



Memang nampak kemas tapi rugi ruang kerana pinggan yang berbelas tu sekadar dijadikan stok pinggan kalau tetamu datang. Meletakkan pinggan makan yang jarang digunakan di rak yang mudah dicapai memang merugikan. Jadi saya alihkan pinggan tu semua ke tempat lain *Ni nanti saya cerita.

Lepas rombak, kemudian jadi begini.


Saya letakkan barang-barang yang selalu diambil di rak bawah yang senang dicapai. Tapi nampak tak ruang kosong yang tidak digunakan sepenuhnya tu? mangkuk-mangkuk tu pun bukan pakai ruang yang banyak dan rugi sahaja dibiarkan kosong di atasnya. nak letak para lagi satu, rasa macam sempit pula. Piring dan mangkuk lauk yang sering digunakan pun, saya terpaksa letak dibahagian atas pasal tak dapat nak tindih dengan mangkuk kaca dan plastik dibahagian rak bawah.

Saya mahukan ruang kabinet yang digunakan sepenuhnya, seperti dalam gambar dibawah ni. Nampak kan, penggunaan shelf dapat memaksimumkan muatan rak.



Walaupun hasil saya tidak lah seseragam gambar di atas, tapi sekurang-kurangnya, memang terasa jimat satu ruang kabinet. Kalau dulu, saya terpaksa letakkan tupperware di dua bahagian laci yang berbeza, kini saya boleh letakkan semuanya disatu bahagian yang sama. Ruang atas untuk saya letakkan bekas tupperware yang jarang saya gunakan dan bahagian bawah untuk mangkuk dan pinggan hidangan yang saya kerap gunakan. Tapi bahagian cawan tu, rasanya perlu beli tangkai kayu yang boleh sangkutkan cawan-cawan tu --pembelian akan datang hehe.


Masa lihat gambar di atas ni, memang dah puas hati. Tapi baru teringat saya ada dua bekas jeli tupperware. Bila letak dalam shelf, terus rasa cam cacat merba. Mungkin kena beli shelf lagi satu untuk ruang tupperware.



Sebenarnya, saya niat nak letak shelf yang besar disitu, tapi tak muat! Pintu kabinet tak dapat nak tutup. Frust sangat. Masa ukur sebelum beli, rasa macam dah ok, tapi malangnya, disebabkan takde pita ukur mahupun pembaris, saya cuma ukur dengan katalog ikea pasal kat tepi katalog ikea ada tulis sentimeter.

Tapi tak apa, sudah ada Plan B.

Ni ruang bawah sinki.

Dulu sinki saya begini rupanya.


Kemudian, setelah diletakkan shelf, memang dapat maksimumkan penggunaan ruang yang terhad. Kini, dapat asingkan bekas beras basmathi, bekas plastik, bekas plastik kegunaan dapur dan tempat letak plastik sampah. Tu, tempat tisu tu saya jadikan bekas simpan plastik sampah. Mudah sahaja, naak simpan pun, main renyuk aje dalam tu.



Pemandangan penuh barang bawah sinki. *nyampah dengan paip tu, pasal makan ruang.



Walaupun tidak sehebat macam
post saya yang dulu ini, tapi saya berharap dapat memaksimumkan penggunaan ruang dibawah sinki ini. Masih ada ruang kosong yang boleh diguna pakai. Saya berniat nak asingkan stok bahan pencuci jauh daripada beras semua. Tapi ruang yang terhad, ini sahaja pilihan terbaik buat masa sekarang. Mungkin nanti saya dapat gunakan ruang dobi untuk simpan stok bahan pencuci.

Belian yang kedua adalah kotak putih di belah kanan ni


Saya gunakan untuk simpan barang-barang bakeri saya. Terus jatuh hati pasal senang nak susun dan nak diambil. Yang saya beli ni saiz besar, dalam RM25. Ingat nanti kalau ada duit lebih, nak beli bekas yang kecik sikit, yang RM15. Boleh letak stok sudu garfu yang sekarang saya tumpangkan kat meja makan.


Dah alang-alang kemaskan barangan bakeri, saya terus kemas sahaja ruang kabinet dibawah dapur. Shelf kedua pun saya letakkan disini pasal kat ruang kabinet bawah sahaja yang muat.

Kalau dulu ruang kabinet kelihatan macam ni


Mendapat inspirasi daripada gambar ini



Lepas letakkan shelf dan susunkan barang bakeri, serta alihkan peralatan yang lain kategorinya, hasilnya begini


Sudah kurang semak berbanding terdahulu. Kertas aluminium foil, pembalut plastik dan beg zip saya tumpangkan dulu dalam laci lain. Sampai masa nak susun semula nanti, saya akan alihkan ke tempat lain. Buat masa sekarang, kena jadi pendatang dulu kat laci lain.

Oh ya, perkongsian sikit. dapur kami ni lacinya kami tak pilih jenis yang kalau kita tutup laci, ia takkan berdentum dengan kuat. Saya lupa apa term yang digunakan oleh orang kabinet *kalau saya ingat nanti saya edit*, tapi yang pasti, kalau kami pilih model yang itu, harganya jauh mahal daripada budget kami.

Masa di IKEA, suami sibuk nak cari alat yang dia kata dapat serap momentum perlanggaran penutup kabinet dengan badan kabinet. Saya tak faham apa yang dia nak, pasal tak dapat bayangkan alat tersebut. Suami amat semangat, sampai dia bertanya pada staff bertugas dan rupanya memang wujud benda tu.

Ini la benda nya


Satu berharga RM20. Kami cuma beli 2 set sahaja untuk percubaan.

Digrill di sini.



Hasilnya, memang kalau hempaskan pintu kabinet, elok nak dekat, automatik benda alah tu akan tahan dan pintu akan tertutup dengan perlahan dan slow mo. hehe

Lepas ni boleh beli lagi 2 set bulan depan.

Post akan datang, nak tulis tentang susun atur almari baju D jr.