Lori Surat Khabar Lama

29 Mei 2012

Mainan Menakutkan

Salam dan hai


Dyzhwar mudah bosan dengan mainan-mainan dia. Memang budak-budak cepat bosan, tak sampai 10 minit sudah bosan. Saya dan D selalu bincang, nak belikan mainan apa untuk Dyzhwar.


Dia suka baling mainan. 
Dia suka tengok mainan tu jatuh ke lantai. 
Kalau dikutip, dia baling semula ke lantai dan gelak.


Kebetulan semalam, ada jualan di gerai kecil masa saya nak bayar Unifi saya. Berkenan yang dibawah ni, saya punya la teruja beli mainan ni.







Saya yang lebih teruja nak main. Mainan ni boleh bergerak, ada bunyi dan hula hoop kat leher zirafah ni akan bergerak-gerak sama. Jadi saya kira, bagus untuk perkembangan Dyzhwar.


Tapi ni reaksi yang saya dapat masa bermain dengan Dyzhwar




video


Epic Failed

4 ulasan:

IbuRasyadAzlan berkata...

salam... hi. saya cuma silent reader awak je. heh. tiba2 saya teringat anak sulung saya bila main mainan kuda2 yg masuk syiling tu... menangis bagai nak rak. dia jadi fobia. masa tu umur dia setahun. now.. umur dia 3 tahun. setiap kali pergi shopping complex, tempat kuda2 tulah yang dia tuju dulu. heh

Puan T berkata...

ahahahhahaa tiuutttttt!!~

Reen Tart Nenas berkata...

hahaha serius takut??? ape daaaa. nie die beso, kot jadi buaya darat cam bapak die, *eih, ko tunjuk video nie kat aweks2 die. hehehe

sweetluvardini berkata...

hehe..sgt comel muka dyzhwar bila takut