Lori Surat Khabar Lama

30 April 2012

Siap juga Akhirnya

Salam dan hai

Banyak rentetan perjalanan menyudahkan bilik permainan Dyzhwar.

Daripada tiada apa





Bakul  nak letak barang permainan pun kena gunakan playmat. Hehe

Hujung minggu hari tu, ada masa singgah ke Ikea, semuanya demi bilik permainan si kecik ni. Walaupun saya tak rasa dia faham apa yang berlaku, tapi saya nak dia ada disiplin, cuma main permainan di dalam bilik permainan dia dan jangan bawa keluar permainan daripada bilik tu. 




















27 April 2012

Tangga di dalam Rumah

Salam dan hai

Kalau rumah dua tingkat, hiasan kat tangga mesti memainkan peranan jugak kan?

Walaupun bahagian ni yang paling jarang diberi perhatian, tapi kalau di deko, memang boleh suntik kelainan pada deko rumah.

Saya ada simpan koleksi dekorasi kat tangga untuk rujukan dimasa hadapan nanti.Suka tengok idea-idea yang orang guna nak hias tangga diorang.

Ada yang gunakan wallpaper



26 April 2012

Mesti Bawa

Salam dan hai

Kali pertama bawa Dyzhwar keluar jalan-jalan lepas genap usia dia 2 bulan. Masa tu memang ada sahaja barang yang tertinggal. Lupa bawa pampers lebih, lupa bawa baju lebih, lupa bawa set mandian dia. Nasib la dia menyusu badan, yang tu takkan boleh terlupa bawa la pasal melekat kat badan kan. 

Dalam tempoh 6 bulan sebelum mula kasi D jr makan, keluar jalan-jalan memang tak susah. Saya cuma pastikan saya bawa extra baju, seluar, pampers, tuala, lapik getah dan baby wipes. Cuma kalau keluar petang dan perlu mandikan dia kat rumah mertua, saya bawa sekali tempat mandi dan set mandian dia. Kalau kat rumah ibu saya, tak perlu pasal memang dah ada. Keperluan lain macam bantal, stroller, mainan tu semua ikut keperluan lokasi dan berapa lama kami diluar. Menyusu lagi mudah pasal menyusu badan. Kalau ke Mall, saya pastikan menyusukan Dyzhwar kenyang-kenyang dalam kereta sebelum keluar dan setiap 2 jam, saya akan cari surau atau nursery room untuk susukan dia sebelum dia nangis lapar. Ikea dan Jusco memang tempat yang paling saya suka bawa pasal tempat menyusunya yang selesa. 


25 April 2012

Menyimpan Baju Lama

Salam dan hai

Saya penah jumpa idea di bawah ini untuk susun atur baju-baju anak mengikut usia. Saya suka idea ni pasal nampak cantik dan sangat tersusun dengan teratur.


Tapi bila difikir-fikirkan, teknik ni mungkin kurang praktikal untuk saya memandangkan ruang almari D jr memang sedikit dan saya rasa macam tak perlu baju-baju yang dah tak muat, masih disimpan di dalam almari. Merugikan ruang sahaja.



24 April 2012

Perkembangan Bilik Permainan Dyzhwar

Salam dan hai


Sehari selepas kerja kontraktor dah siap, perkara pertama yang saya kemaskan adalah bilik permainan Dyzhwar. Saya lebih teruja nak kemas situ berbanding bahagian-bahagian rumah yang lain.


Dyzhwar memang suka main permainan. Mana-mana budak pun memang suka. 





Reaksi: Macam jumpa lombong emas. Ni bakul permainan kat rumah Opah


23 April 2012

Hasil Pemasangan Lampu dan Kipas

Salam dan hai

Post hari tu, saya ada tulis yang 3 kontraktor akan datang serentak untuk tugas masing-masing, tapi last-last cuma 2 kontraktor aje. kontraktor rumah tak datang untuk sudahkan kerja bilik air master bedroom. Tak tau mengapa, tapi bagus juga pasal takde la D kalut sangat nak jaga semorang.

Saya tak tahu apa yang terjadi sepanjang kedua-dua kontraktor bekerja pasal saya kerja. tapi D ada MMS hasil-hasil kerja diorang.


19 April 2012

3 Kontraktor



Salam dan hai

Hari ni bermula la episod kontraktor bekerja di rumah kami.

Semalam ada temujanji untuk Dyzhwar kat Klinik Kesihatan Bangi. Punya la awal saya datang, sampai klinik pun belum buka. Masa ambil nombor giliran, dapat yang pertama. Tak sampai 20 minit,semua urusan dah selesai. Lain kali boleh la gi seawal 730 pagi.






16 April 2012

Hal Bilik Mainan



Salam dan hai

Dalam post berkenaan
susun atur almari Dyzhwar, memang dalam bilik anak tu kosong. Tiada apa, selain almari baju dan bakul baju kotor dia. Nak hias beria pun, saya keberatan pasal saya nak rancang betul-betul apa nak dibeli. Belum sempat fikirkan ini, jadi buat masa sekarang, ini sahaja yang saya letakkan dalam bilik anak

Bilik ni memang bakal dijadikan bilik tidur Dyzhwar bila dia dah boleh tidur dipisahkan daripada kitorang. Sementara dia masih menyusu badan ni, bilik ni kami jadikan bilik mainan dia. Pasal tu kami belikan placemat untuk dia main atas tu. Nak beli play mat besar-besar macam kat bilik mainan Ikea tu, tak mampu. Jadi kita beli 4kaki x 4 kaki ye nak? Malangnya, dia taknak main atas tu. Dia nak main kat wayar berselirat kat ruang TV tu dan main panjat kerusi kat meja makan




13 April 2012

Terjah Nilai 3 Selepas Setahun



Salam dan hai

Akhirnya, kami kembali juga ke Nilai 3 setelah hampir setahun tak ke sana. Baru tahu kedai Thank Q yang kedai kahwin tu, terbakar jadi tak beroperasi --eh takde kena mengena langsung?

Tujuan ke Nilai 3:-
1. Cari karpet untuk ruang tamu - Ye selama ni tetamu datang kaki kejung sejuk pijak lantai.
2. Cari langsir untuk bilik solat kat tingkat bawah- nak panggil bilik maid, mana mampu nak hire maid yang RM700 satu pekerjaan tu..
3. Cari lampu dan kipas (jika perlu) untuk perkara-perkara dibawah:-
a. Ruang makan
b. Bilik mainan Dyzhwar
c. Bilik tidur adik Dyzhwar akan datang --eh? - la la la
d. Bilik solat kat tingkat bawah
e. Tandas kongsi antara bilik mainan dan bilik tidur adik Dyzhwar --double eh?
f. Ruang keluarga merangkap ruang tengok TV, main komputer dan sterika baju.



09 April 2012

Program Kitar Semula

Salam dan hai

Saya rasa, kalau tak disebabkan ibu saya seorang yang peka tentang kepentingan kitar semula ni, agaknya saya tak kisah kot. Daripada saya kecil, ibu mesti asingkan tin-tin, surat khabar, botol plastik, untuk program kitar semula dia. Masih ingat, masa kecik dulu, bila lori surat khabar lama datang, ibu suruh saya jerit panggil, sementara dia pergi amik plastik barang-barang kitar semula dibawa keluar. Suka dulu, jerit kuat-kuat. "Surat khabar, surat khabar!!!!".

Tapi uncle tu jarang datang. Kadang-kadang sebulan sekali sahaja. Kadang-kadang, ibu plak tak perasan atau tak sempat nak kejar uncle tu atau suara saya uncle tu tak dengar..

Tapi sekarang lebih mudah. Dah banyak lokasi pusat kitar semula.

Saya baru memulakan program kitar semula saya di rumah. Sebelum ni tak peka. Tapi pasal ada motivasi daripada segi wang (ye, pengakuan jujur. siapa taknak wang kan?) dan ada masa, jadi program ni dimulakan sejak saya masuk rumah. Itu pun dah banyak yang kurang pasal ada lori surat khabar lama pernah lalu kat kawasan rumah saya, jadi dah serahkan banyak masa tu.



06 April 2012

Masalah Rumah

Salam dan hai

Mana-mana rumah pasti akan ada masalah, baik rumah baru mahupun lama. Kalau takde masalah, itu bukan rumah --eh?

Nak tepek gambar bilik air dalam master bedroom, kena tanggal semua pasal ada leaking, yang terus ke ruang tamu. So tak best. Sementara masih dalam waranti, jadi kena guna sampai lunyai kontraktor ni.



Habis satu rumah berhabuk. Minggu ni nak pasang tiles katanya.

Pengajaran yang saya belajar: Mandi bilik air bawah tiba-tiba menjadi pengalaman yang menakutkan untuk saya. Mandi yang 10 minit, boleh jadi 3minit sahaja, gara-gara takut. Takut lipas, takut pochong, takut Ju-On. semua ada.

Orang yang tinggal kat rumah besar-besar tu, agak-agaknya mesti orang yang berani-berani belaka. Jauh kot nak ke dapur daripada bilik tidur. Pasal tu saya sanggup letak air botol satu biji kat dalam bilik tidur pasal takut nak gi dapur sorang-sorang