Lori Surat Khabar Lama

27 Disember 2010

Yang Murah, Kami Ambil

Salam dan hai

Jumaat lepas, D sempat bawa apek cina kat seri kembangan tu ukur gate. Masa kami dapatkan quotation {
Post} kat dia dulu, dia kasi 3.1K, murah la banding melayu lagi sorang tu. Tapi lepas dia dah datang ukur betul-betul, mencanak harga sampai 4K.

Memandangkan saya tiada ditempat kejadian, maka saya tak tahu apa reaksi saya akan buat pada waktu tu.

Terus D pergi jumpa mamat yang bagi paling murah tu, 2.7 K kalau tak silap. Tapi masih belum ada apa-apa perjanjian dan kerja dilakukan pasal masih menunggu pihak pemaju baiki kerosakan yang D dah laporkan dulu {
Post}

Merancang duduk rumah sendiri 5 juta kali ganda lebih rumit banding uruskan majlis kahwin sendiri rupanya.


20 Disember 2010

Terjah IKEA

Salam dan hai

Semalam, kami sempat terjah IKEA pagi-pagi buta. Haha. Sedikit terkejar-kejar pasal tengah hari tu ada jemputan kahwin.

Pasal D segan saya nak bawa katalog IKEA, saya pun tinggalkan katalog tu dalam kereta. Nyesal tau, susah nak cari barang tanpa rujukan. Memang dalam IKEA tu dah ada katalog, tapi saya dah siap tandakan muka surat barang yang mana *geram.

Tapi tak apa, ingatan seorang perempuan kuat. Jadi berjaya juga mencari barang-barang yang saya nak.

Tahu, terlalu awal nak beli barang-barang dapur, tapi mahu simpan sikit-sikit dahulu. Macam persiapan kahwin juga. Beli barang hantaran setahun awal.

Gambar yang saya bulatkan dibawah tu, saya dah beli dengan jayanya. Amat sukakan bekas plastik 17 jenis tu! Nak beli tupperware, mahal sangat. Dapat pun, ehsan hadiah kahwin orang bagi. ooh itu pun teramat suka. Saya amat sukakan hadiah kahwin kami. *Lari topik.

Berbalik gambar dibawah, saya harap bekas hijau tu bermanfaat. Beekas bulat-bulat tu pun saya beli. Dah berangan nak letak garam, gula, lada hitam dan lada putih. Saya ada lagi empat bekas yang sama, tapi dibeli di Jusco. Saya pakai untuk deko meja beradap masa saya kahwin dulu. Tu pun dijadikan tempat letak bahan-bahan juga.



Geram sangat dengan pinggan putih tu.. Ada pula warna hijau. Tapi bahannya diperbuat daripada porselin. Tak tahu selamat ke tidak. Jug dan gelas berharga RM4.90 tu pun saya geram. Nak beli. Mug RM2.9 tu pun gatal nak beli, tapi tak boleh pasal hadiah kahwin kami, dah dapat banyak sangat mug dan cantik-cantik pula tu.


D tak berapa suka idea nak sangkut-sangkut ni atas faktor takmo rosakkan dinding. Tapi dalam situasi ruang dapur kami, mungkin praktikal. Masih memikirkannya pasal kalau boleh, saya mahu kabinet sampai siling, jadi semua ruang dapat digunakan sehabisnya dan paling penting, tak simpan habuk, bangkai lipas, telur cicak dan sebagainya di atas kabinet. Kalau dapat buat kabinet macam tu, tak perlu la nak sangkut apa-apa kat dinding.




Dapur kamu, akan menggunakan idea Ikea yang ini. Kabinet bentuk I. Tapi, kami tak amik modal ini pasal memang takmo beli perabot daripada IKEA. Lagipun, kabinet model ini tak sampai siling. Jadi, mungkin kena pergi ke kedai Ah Kiong (sekadar menyebut nama) dan reka sendiri kabinet dapur kami *teruja, tahu?!! Tapi idea asasnya, di ruang tepi, tempat basuh pinggan, kemudian ada ruang diantaranya untuk saya bekerja (seperti memotong sayur dan sebagainya) dan disebelah kirinya adalah dapur. Jadi ruang saya bekerja dekat antara satu sama lain. Itu lebih mudah. Saya suka idea saya. Haha.


Tapi dah bincang dengan D, kami takkan buat kabinet dalam suku pertama dan kedua kami masuk. Terlalu awal. Lagipun, buat kabinet ini kena fikir masak-masak. Kena fikir, setiap ruang dimanfaatkan sepenuhnya *Teruja lagi

Jadi, realitinya, buat masa terdekat, dapur kami hanya sebuah meje empat segi dan dua kerusi, dapur biasa, tempat letak dapur dan sedikit perabot untuk letak bawang dan sebagainya. Tapi saya tak kisah kerana saya tahu kalau dapat sesuatu sedikit demi sedikit, nilainya lebih berbaloi dan paling saya suka, kami bebas tentukan apa yang kami mahu untuk rumah kami, tanpa perlu ikut standard pemaju beri. Biar dapur kami, melambang kami (Ok tipu. melambangkan saya. haha)

*Teruja lagi~~!

Oh ya, kami dah mula dapatkan quotation grill dengan maju. Dah pergi ke kedai Ah Kiong (bukan nama sebenar) di Seri Kembangan. Dapat dalam RM3.1, jauh murah daripada yang di Bangi tu, RM 3.6K. Kemudian, dapat lagi yang lebih murah RM2.7K.

Kami masih berkira-kira. Ingat nak bincang dengan yang RM 3.1 tu dulu, tengok apa yang dia boleh beri percuma atau kurangkan harga lagi.

18 Disember 2010

Mencari Dapur Idaman

Salam dan hai

Semalam saya pergi Yummie nak beli barang. Kemudian, D ternampak kedai kabinet yang sebelah Deli France tu. D ajak pergi, saya pun rasa macam OK la gak. Pergi aje la, dah alang-alang sampai.

Perkara pertama yang saya nampak, adalah kabinet dapur warna hijau. Suka.

Tapi tak berapa jatuh hati dengan rekaannya. Macam ada yang 'hilang' tapi tak tahu apa dia.




Tapi saya suka pekerja yang melayan kami. Dia berkongsi banyak idea dan tips. Pada mulanya, saya dan D rancang nak buat dapur saiz L atau U. tapi lepas tunjukkan gambar dapur kami yang saya simpan dalam handphone, dia kata yang sesuai adalah rekaan I. Saya dan D terabai faktor luar kabinet. Kalau kami nak buat L, tempat sinki akan jadi sangat kecil dan kurang selesa.

Ni contoh rupa bahagian dapur kami. Kami diambil di rumah jiran. Hehe.


Jadi idea kabinet I dapur memang bijak. Kami setuju dengan idea tu.

Destinasi setersunya: IKEA~

Dapur Idaman

Salam dan hai

Gambar di bawah adalah set dapur warna hijau epal , hasil google images



Ini memang wujud. Pernah tengok kat fesbuk kawan abang saya.





Sumber: Eekram ibrahim's Facebook

Dia tu pereka dalaman rumah. Dia punya citarasa dan pemilihan memang terbaik! atau mungkin saya bias pasal warna dapur dia hahah. Tapi risau juga, saya ni nak lenjan habis dapur tu, nanti warna entah ke mana, masak entah ke mana.

Susah nak cari warna macma ini, tapi kami tetap nak berusaha cari dapur idaman kami (ok, tipu. dapur idaman saya. Saja seret d dalam kancah isu ini hehe)

Tapi, seperti merancang majlis perkahwinan kami dulu, kami tetap terbuka menerima sebarang perubahan yang bersesuaian dengan kos dan praktikaliti.

Kisah Ukur Rumah dan Si Penunggu Rumah

Salam dan hai

4 Disember hari tu, saya dan D sempat ke rumah kami. Rancangnya nak ambil ukuran rumah. Kami rancang nak pasal grill rumah dulu, jadi pasal tu kena ukur setiap ruang yang kami nak pasang. Nampaknya, grill putih kena pasang di bahagian slinding door rumah tamu ni.


Grill pun kena pasang di setiap tingkap dan sedikit di bahagian dapur.

Kat bahagian bawah ini pun kami nak letak grill tapi cukup di bahagian depan sahaja. Cukup untuk letak rak kasut. Tengok daripada segi ruang, rasanya kalau dapat rak kasut yang jenis melekat kat dinding, cantik juga. Saya nak letak satu bangku kecil untuk duduk kalau nak pakai kasut.

Cermin kat dinding tu saya amat suka! Pasal kita boleh intai siapa yang datang ke rumah. Hehe.


Dalam {Post} dulu, saya ada tulis yang ada tingkap besar kat bilik air bilik utama. Ini la tingkap yang saya ceritakan tu. Dah tanya jiran-jiran, majoriti mereka pakai tinted luar dan dalam, baru la tak nampak apa-apa. Kami belum rancang lagi nak buat macam mana, tapi buat masa ini, dah bincang dengan D, nak letak cermin sebagai pembahagi antara tempat mandi dengan mangkuk tandas. Takde la air sabun mandi menceceh ke lantai sebelah.



Lepas dah ukur bagai, saya ke dapur, nak ukur pula ruang kebun kecil angan-angan saya. Haha. Rancang nak tanam limau purut, cili, daun kari, daun pudina, serai dan pandan. YA, Angan-angan harus tinggi.

Masa buka pintu dapur, ada binatang sesat masuk ke rumah kami. Terkejut! D cuba halau, tapi entah macam mana binatang tu terlalu takut, habis dia mencelinap terus ke ruang tamu. Nasib binatang tu bukan lupas jadi saya berani sikit. Saya halau dia semula ke dapur. Binatang tu boleh 'menjerkah' kat saya. Kelakar betul. Ia berhenti dan ngangakan mulut kecil dia. Saya dah gelak-gelak. Saya kata 'keluar, ni rumah kitorang. Bukan rumah kamu". Kemudian, laju aje binatang tu keluar.

D dimana? Dia dah ketepi. Nak kata dia takut, tak juga. Mungkin dia terkejut binatang tu boleh jerkah dia hahah..

Binatang tu cinonet sangat, tapi berhati waja.



Itu la dia. Saya ambil gambar dia masa lalu di bahagian belakang rumah sebelum balik.

Kami dah dapatkan quotation daripada beberapa sumber. Kebanyakkan kasi sebut harga dalam 3.5-4K untuk grill lengkap dengan tinted. Kami masih mencari lagi. Tak boleh masukkan gate lagi selagi pihak pemaju belum siap baiki kerosakkan yang kami laporkan dulu.



17 Disember 2010

Jimatkan Ruang di Bilik Air

Salam dan hai

Kalau dapat buat ruang letak barang macam ini, kan jimatkan ruang. Tak perlu kabinet bawah bagai



Sesuai untuk ruang tandas kecil. Cuma susunan bingkai tu macam tak sekata. Kalau D setuju, nak sangat buat macam ini. Tapi D dah kata, tak suka tebuk dinding rumah

16 Disember 2010

Dapat Kunci

Salam dan hai

Kami dapat kunci rumah genap sebulan kami kahwin, Hari Selasa 30hb November. Takde rancang nak amik kunci sempena sebulan pertama kami, D pun tak sedar tarikhnya sama, tapi lepas tengok blog kahwin saya, baru perasan.

Hujung minggu tu bawa kedua-dua keluarga kami termasuk adik beradik semua kami angkut, tengok rumah sama-sama. Pasal awi dan am dah ada rumah, mungkin mereka ada pengalaman nak periksa rumah baru kan. Pasal lepas amik kunci, kalau tak silap kita ada tempoh masa dua minggu untuk buat laporan tentang apa yang tak kena dengan rumah, baik tombol pintu ke, lantai ke, tingkap ke.



Saya seronok ada abang-abang saya. Mereka menyenangkan.

Lepas tengok rumah, baru D isi borang aduan. Borang tu kemudian dihantar di pejabat pemaju yang beroperasi di dalam rumah contoh.

Nanti saya cite macam mana kemajuan pembaikian semula oleh pihak pemaju

Cuci Mata

Salam dan hai

Nak letak gambar-gambar cuci mata dibawah. Nak beli tak tahu kat mana (sebenarnya alasannya tiada ongkosnya!Hehh), jadi letak dulu dalam blog

Ada MMS D gambar bawah ini. Saya suka kerusi putih melengkung tu. dan kerusi bulat-bulat bewarna ceria. Mahukan ini untuk sudut ruang tamu. Tapi tak tahu mana nak cari (belum cari sudah mengalah. Haih)


Dah pesan banyak kali kat D, takmo warna coklat gelap. Nak warna ceria. Kita kan hati masih muda. Nak rasa ala-ala pereka dalaman.


Lampu ini cantik.


Semua gambar adalah ehsan Googles

15 Disember 2010

Post Basi


Salam dan hai

Ini post basi. Gambar-gambar ini saya ambil ketika kami melawat ke rumah salah seorang penduduk di kawasan yang sama. Abang tu dah ambil kunci, jadi kami boleh la tengok rumah dia macam mana.

Sebenarnya, sebelum sesi terjah ni, komuniti kawasan ni ada buat perjumpaan. Masa tu baru kenal sikit-sikit siapa penduduk. Kebanyakkan mereka lebih tua daripada kami, jadi mereka lebih berpengalaman tentang hal rumah-rumah ini.Banyak gak la tips yang mereka bagi untuk periksa rumah masing-masing, ada yang dah awal-awal bagitau apa yang kita perlu periksa. Majoriti abang-abang dan kakak-kakak yang dah ambil kunci rumah bagitau yang kami kena periksa:-

1. Tombol pintu banyak dah karat
2. Pagar rumah ada yang boleh buka keluar, tapi ke dalam tak boleh.
3. Tingkap ada yang binaan senget.
4. Ada bahagian marmar dinding yang lopong (tak berisi simen).
5. Suis ada tak cukup
6. Tangga ada yang sumbing
7. ... Banyak lagi.

Saya dan D pergi dengan Hafiz, kawan baik D. Dia pun ada beli rumah tapi bukan lot yang sama. Tapi dah alang-alang, dia pun ikut sekali pergi perjumpaan.

Ini gambar-gambar rumah abang tu.

Ni bahagian dapur


Bahagian tangga


Ni tandas tingkat atas, kongsi tandas antara dua bilik


Ni bilik untuk bakal anak-anak kami nanti insyaALLAH (Chewahh!)


Bilik tidur utama


Balkoni


Ruang diatas.


Komen sikit tentang rekaan rumah ini, banyak unsur privasi yang dipandang enteng. Contohnya, batu pemisah antara blok sebelah menyebelah amat rendah, rasanya kalau Hafiz duduk sebelah rumah kami, dia boleh lompat aje daripada bilik dia ke bilik kami. Haha

Kemudian, ada cermin di bilik air bilik utama. cermin ni memang la tak nampak luar, tapi kalau orang daripada luar, memang boleh nampak gerak geri apa aktiviti dalam bilik air tu.

Rata-rata, isu tu juga yang memang jadi perbualan antara bakal penduduk.

Seterusnya lepas tengok rumah abang tu, kami ke rumah kami pula.

Memandangkan kunci rumah belum dapat lagi masa ni (masa ni kami baru 3 minggu jadi suami isteri), jadi cuma dapat tengok daripada tingkap dapur sahaja..




Dah ambil gambar ini baru tahu yang kami pergi ke salah rumah :P Ni bukan rumah kami. Haha. Tersalah kira bilangan rumah rupanya!

Post akan datang saya akan masukkan gambar dalam rumah kami pula setelah D ambil kuncinya!

Hari Perasmian

Salam dan hai

Seperti mana saya buat blog perjalanan kahwin saya untuk merakamkan semua detik manis dan pahit, jatuh dan bangkit, maka dengan ini saya ingin merasmikan pembukaan blog baru saya pada tarikh 14.12.10 (Damn, patut aku pilih tarih yang cantik sikit la.. )

Tujuan blog ini dibuka, adalah sebagai tempat saya menulis setiap persiapan yang kami berdua buat untuk tratak tempat kami berteduh. Medium dimana saya boleh kongsi semua idea dan gambar-gambar yang saya rasa boleh saya jadikan rujukan.

Oh sedikit bangga kerana pada hari perasmian telah mendapat dua orang pengikut (*yang secara halus saya paksa mereka jadi pengikut). Laling dan Reen *tepuk-tepuk.

RUMAHKAMI, SYURGAKAMI


Kunci rumah ni, D ambil genap-genap sebulan kami berkahwin. Alhamdulillah.