Lori Surat Khabar Lama

11 Mei 2012

Wall Sticker Deco

Salam dan hai

Betul ke istilah wall sticker deco? Betul kot kan..?

Ok, untuk rekod, saya memang nak hias bilik permainan Dyzhwar dengan wall deco. Saya ada beli di Groupon, tapi masih belum dapat. Lambat sedikit penghantarannya. Saya ada tulis tentang sticker ni di post yang ini. 


Saya mencari-cari juga wall deco yang saya berkenan untuk tambah koleksi. Ada kalanya jumpa, tapi harga pulak terlalu tinggi. Ada pula yang murah, tapi saya kurang berkenan. Cari punya cari, akhirnya jumpa website ni

Saya terus beli dua design ni.

Jungle FriendsGrowth Chart - Zoo




Saya order hari Selasa dan Khamis dah dapat.


Dyzhwar tengah buat pemeriksaan pada sticker ni kat rumah Opah















Walaupun saya beli dua sticker di atas, tapi saya dapat tiga sticker. Tu sticker yang kanan sekali, saya tak de beli, tapi diberi sekali dalam bungkusan. Saya rasa, mungkin dia kasi free gift kot. Tapi nanti la nak emel semula orang tu, tanya dia. Kalau free gift takpe, takut teramik bukan hak saya, tak elok la pulak.





Rupa sticker ni sama sahaja yang macam dalam website.

Yang mula-mula saya tampal adalah sticker binatang ni pasal dia glow in the dark. Saya nak tengok, pasal tu tak sabar.





Dah tampal sikit punya elok, bila tengok dalam website, dia tulis :Removable-Reusable-Washable for Window, Mirror, Glass, Glossy surface only.(NOT suitable for wall use"

Alamak..!

Adakah itu sebab, bila saya tanggalkan cicak tu, tertarik sekali cat?? Pasal tu  kot arahan tak kasi tampal kat dinding, pasal sticker ni boleh ditanggalkan dan digunakan ditempat lain, dengan syarat, kena kat permukaan licin dan bukan dinding. Tapi sticker ni melekat dengan elok. Dyzhwar nak tanggalkan pun tak dapat, last-last dia gi jilat. Adoi!!

Takpe la, kita tahan aje la untuk tempoh 4-5 tahun--boleh? haha

Kemudian saya teruskan dengan penampalan rujukan ketinggian ni.




Yang ini, saya rasa sedikit berbeza daripada sticker yang pertama daripada segi material. Saya rasa, ni kalau dah ditampal, memang tak leh nak tanggalkan semula daripada dinding. 




Yang ni, saya minta tolong D, ukurkan ketinggian daripada lantai pasal sticker ni bermula dengan ketinggian 65cm dan berakhir pada ketinggian saya, 165cm.

Hasil akhirnya begini.









Me--lliikkkeey..!!


Dyzhwar pun suka. Dia asyik sentuh aje wall sticker ni. 



Cuma sticker kenderaan ni sahaja yang tak disentuh lagi. Pasal saya rasa macam lari sikit daripada tema bilik ni, binatang-binatang hutan yang comel. Mungkin saya boleh simpan untuk letak dalam bilik dyzhwar bila dah berpisah bilik dengan kami. Bilik dia saya nak gunakan motif boyish sikit macam kenderaan, sports. Lagipun material sticker ni sama macam material sticker pertama yang sepatutnya takleh tampal kat wall. hehe. Jadi mungkin nanti boleh tampal kat perabot dyzhwar. Tapi tu jauh lagi nak fikir. Kita simpan dulu sticker ni.









































6 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

dyzhwar, ummi reen yg tolong pilih sticker kiut tu tau. ummi reen hoke, bukan ummi ko, faham? hahaha

Xora berkata...

HENGKAU NAK TEMPIASNYE JUGE KAN ... -AKU TGH BUAT BUDGET MALAS NAK TUKAR FONT--EH?

Reen Tart Nenas berkata...

dyzhwar anak ummi reen juge. wpun aku x ngandung kan, tp during die dlm perut ko, die dah kenal dah aku ngan wan pau. hehehe

Xora berkata...

AKU KATA KAT DZULQ, NNT NAK AJAR DYZHWAR PANGGIL KO MAMA REEN, DZ KATA, NNT ORG IGT DIA KAWIN DUA. SO AKU CAM-- NEELOFAK TU PUN DIA TAKLEH TEKEL, APA TAH LAGI HOT STUFF TERMERLUUH YG PANDAI MASAK IKAN PATIN TEMPOYAK NI.. --MALAS NAK TUKAR FONT.

Cik Atun Banyak Nama berkata...

Seronoknya ada rumah sendiri, boleh hias sesuka hati. Tak sabar rasanya nak tunggu rumah saya siap.

Nanti saya cedok idea-idea Xora boleh? Hehehe. Malas nak mencari kat web lain sebab macam takde masa. (alasan semata)

Cik Atun Banyak Nama berkata...

Best nya baca blog Xora ni. Buat saya rasa tak sabar nak tunggu rumah saya siap dan menghias terutama bilik baby.

Nanti saya cedok idea Xora boleh ke? Takde masa nak surf tengok kt website lain (alasan semata. Hehehe.)