Lori Surat Khabar Lama

31 Julai 2012

Aktiviti Minggu Pertama Ramadhan

Salam dan hai

Sudah lebih seminggu kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu.. Entah kenapa dalam bulan puasa ni, rasa malas nak buat apa-apa aktivit deko. Belum ada mood lagi kot. Lebih kepada mood ramadhan dan mungkin lepas ni mood syawal.

Jumaat lepas, saya sempat ke Jusco Equine. Jusco tengah buat jualan sempena Raya. Sempat juga la beli beberapa pakaian untuk Dyzhwar, amik yang ada potongan 50% sahaja hehe.


Terima kasih mama Reen tolong umi buat keputusan



27 Julai 2012

Ramadhan Pertama dengan Dyzhwar

Salam dan hai

Sudah seminggu kita menjalani ibadat puasa. Memang sekejap sangat rasanya. Kalau masa kecil-kecil dulu, rasa bulan Ramadhan ni macam laaaaamaaaaaaa sangat nak habis. Tapi bila dah besar, pejam mata celik mata, eh dah sampai ke penghujung pulak. 

Ramadhan tahun ni memang amat berbeza berbanding tahun lepas. Dulu, Dyzhwar dalam perut, semuanya senang diatur. Masak makanan berbuka memang setiap hari berbeza, maklumlah baru duduk berdua jadi memang semuanya nak dicuba. Tapi Ramadhan kali ni, agak terhad nak cuba resepi memikirkan kekangan waktu, apatah lagi nak amik Dyzhwar dan bawa balik ke Bangi. Memang masa makan kat jalan raya aje.. Namun, tak boleh jadikan tu alasan. Hujung minggu tetap kena cuba menu baru :)




Kawan baik baru Dyzhwar

24 Julai 2012

Selamat Berpuasa


Salam dan hai


Post pendek.


Saya, D dan D junior ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan. 


Kena cuti daripada post tentang rumah, kena buat persiapan Ramadhan dan Syawal. 


Post diakhiri dengan video Dyzhwar makan--boleh?





17 Julai 2012

Aircond Kedua

Salam dan hai


Hujung minggu hari tu, ada orang kedai datang pasang aircond. Kami letak di ruang tamu.

Kami memang ada perancangan nak letakkan aircond kat ruang tamu, cuma kami rancang dalam 3 tahun lagi. Kami cuma buat wiring siap-siap sekali harung. 

Tiada rancangan pun nak pasang aircond awal, sehinggalah masa keluarga saya datang menjenguk 'atlet' yang tercedera dulu tu. Kami tutup semua tingkap dan tak buka pintu pasal takmo nyamuk masuk. Kat rumah ibu buat macam tu juga, tapi tak panas/bahang pun. Tapi kami rumah kami, terasa bahangnya, tambah lagi ramai orang sekaligus. Tu yang kami terfikir, ni kalau raya nanti macam mana la kalau orang datang beraya malam, takut tetamu tak selesa.

11 Julai 2012

Kisah Dyzhwar, Carseat dan 25 minit yang Panjang

Salam dan hai


Memandu bersendirian bersama anak kecil yang sedang mengamuk, 25 minit perjalanan pun dirasakan bagai 25 jam (sehari pun ada 24 jam aje ok!).


Memandangkan saya belum ada projek deko dalam waktu terdekat, jadi saya nak berkongsi cerita tentang hal lain pula. Berkenaan bos kecik saya, Dyzhwar dan cara saya mendisiplinkan Dyzhwar untuk duduk di dalam carseatnya. 

Walaupun mungkin bagi sesetengah individu, car seat tidak perlu, tapi bagi saya yang memandu solo, car seat memang amat penting untuk mengawal pergerakan Dyzhwar. 

Perkara pertama yang menakutkan saya sebelum masuk kerja selepas habis berpantang adalah menghantar Dyzhwar ke rumah Opahnya. Kawan-kawan yang sudah ada anak, dah beri amaran dan peringatan siap-siap, tentang anak-anak yang mengamuk tak mahu duduk diam dalam kereta. 1001 perangai nakal akan muncul ketika itu.

Beberapa kawan ada mencadangkan saya melatih Dyzhwar duduk di dalam car seat, elok untuk mendisiplinkan dia duduk diam di dalam kereta. Saya amik nasihat ini, memandangkan saya memang tiada pilihan kerana saya akan memandu bersendirian. D ke tempat kerja dengan motor, jadi mesti la saya yang kena hantar Dyzhwar ke rumah Opahnya.


Gambar Rekod: Babah tengah pasangkan bahagian yang terlibat

09 Julai 2012

Pakai Selotape Aje?

Salam dan hai


Hujung minggu lepas tak banyak aktiviti deko rumah berjalan.

Sebabnya si bujang kecik demam hari Sabtu pagi. Kali pertama dia demam. Memang pengalaman pertama saya jaga bujang kecik demam dan pengalaman  pertama bujang kecik demam. Mula-mula pelik juga, dia bangun tidur tak nangis, tapi senyap sahaja. Selalu bangun tidur terus nangis, macam marah-marah "Kenapa umi dan babah tinggalkan saya sorang-sorang atas katil..!!" - cam tu la. Tapi pagi tu asyik nak menempek kat saya. Manja yang amat. Makan pun tak mahu, asyik muntah. Cuma nak minum susu sahaja. Tak mahu berjalan, nak berdukung sahaja.

Teringat ibu pernah cerita, saya masa kecik dulu, makin sakit, makin diam. 

Badan Dyzhwar memang sentiasa panas, dia macam saya. Jadi susah nak agak dia demam ke tak. Patut kena beli termometer suhu badan lain kali*. Tapi ibu pernah cerita, periksa suhu belakang lutut dia dan tapak kaki dia. Kalau panas, tandanya demam.

...Dan memang bos kecik demam.


Kami pergi bawa Dyzhwar jumpa doktor, suhunya masa tu dah kurang pasal saya asyik tuamkan badan dia. Rupanya dia demam nak tumbuh gigi.  Ingatkan berjangkit daripada sepupunya Aqil, yang demam juga masa saya call abang saya. Masa tumbuh gigi empat batang depan tu, takde pulak dia demam. Sedar-sedar dah tumbuh dan mula mengigit saya masa menyusu.

Gambar rekod: Susah nak amik gambar gigi dia ni. Tunggu tidur, baru dapat


02 Julai 2012

Tiada Projek Deko Minggu Lepas

Salam dan hai

Minggu lepas, tiada projek rumah dapat dijalankan pasal tak sempat sangat-sangat. Sabtu ada di rumah mertua separuh hari, dan Ahadnya keluar ke Mines mencari kain ela. Petang tu pulak, kena siapkan menu potluck untuk kawasan rumah. Ada doa selamat sempena nak menyambut kedatang Ramadhan.

Menu paling mudah, puding roti Butterscotch.

Resepi saya ambil daripada blog masakan kegeraman (pasal gambarnya cantik-cantik!!) dan kegemaran saya Masam ManisResepi amik daripada sini, cuba saya tukar roti biasa kepada roti butterscotch dan saya letak topping butterscotch, amik daripada resepi Chef Wan.

Pernah cuba resepi ni sekali masa potluck opis dan sambutannya menggalakkan, jadi buat ni semula untuk menu last minit yang tak ada banyak masa sangat

Letak dalam kotak kecil siap-siap, senang tetamu nak makan