Lori Surat Khabar Lama

29 Ogos 2013

Dwi Sambutan: Hari Raya dan Hari Jadi Dyzhwar (Kekalutan pada Hari Majlis)

Salam dan hai

Dah namanya kekalutan, dah pasti la takde gambar sempat dikongsikan. hehe

Kekalutan persiapan bermula sejam terakhir sebelum tetamu sampai. Kami saje susunkan waktu ketibaan tetamu berperingkat. Kiranya untuk famili, berkumpul pukul 12 dan untuk kawan-kawan dan jiran dijemput daripada pukul 1 ke atas. Waktu ketibaan tetamu tu tak menjadi masalah.

Yang menjadi masalah bila saya tak sempat nak siapkan semua menu yang saya rancangkan. Semuanya gara-gara bangun lewat sejam daripada sepatutnya. Ikutkan saya kena bangun 4 pagi, tapi saya terlajak bangun pukul 5 pagi. Jadi segala-galanya dah berubah daripada situ. 

28 Ogos 2013

Dwi Sambutan: Hari Raya dan Hari Jadi Dyzhwar (Persiapan)

Salam dan hai


Seperti tahun lepas, hari jadi Dyzhwar jatuh pada bulan Syawal. Tahun lepas saya memang tak sambut hari jadi Dyzhwar pasal saya agak berkira bab beri makanan manis pada Dyzhwar sebelum usia di cecah 2 tahun. Pasal tu 'kek' hari jadi dia cuma berupa buah tembikai yang gagal dipotong menyerupai kek. Tapi Dyzhwar ok aje. pasal dia pun bukan faham apa yang berlaku masa tu.





Tahun ni, kami suami isteri pakat nak buat sambutan hari jadi Dyzhwar, dah alang-alang dalam Syawal, boleh la buat dwi sambutan untuk raya sekali. Kami tak mahu highlightkan sangat hari majlis tu jatuh pada hari jadi Dyzhwar pasal taknak tetamu susah-susah nak bawa hadiah bagai. Lagipun, kami ada kawan-kawan yang belum berkahwin atau yang masih belum ada rezeki zuriat, jadi kami taknak mereka rasa terasing dalam majlis. Jadi kami lebih beri tumpuan kepada sambutan raya.

Memandangkan post ni panjang, saya buat ikut point.


27 Ogos 2013

2 Bulan Hibernasi

Salam dan hai

Post terakhir saya pada bulan Jun. 

Blog ni langsung tiada apa-apa post untuk bulan Julai dan Ogos.

Dunia nyata mengambil alih dunia maya, nak buat macam mana. Kehidupan kami sekeluarga masih berjalan seperti biasa. Tiada apa diluar kebiasaan. Sampai tak tau nak kongsi apa.

Bulan Julai mula buat kuih raya