Lori Surat Khabar Lama

10 Mei 2013

Kami di Gold Coast Morib

Salam dan hai


Dah lama sebenarnya nak pergi ke Pantai Morib. Asyik-asyik tengok promosi daripada Groupon ke, Street Deal ke, Mydeal ke dan seangkatan dengannya. Bila masuk gaji, jumpa sahaja tawaran ke Gold Coast Morib, terus sambar. Dah lama beli ni, daripada bulan Januari lagi. Ingatkan masa tu dah habis dapat tawaran paling best, tapi rupa-rupanya sekarang, lebih murah, ada yang RM160+ berbanding RM190+ saya. Pasrah aje la.




09 Mei 2013

Pilihanraya Umum ke 13

Salam dan hai


Sebenarnya, banyak nak kongsi kat blog ni. Tapi kena hibernasi dulu daripada post tentang rumah pasal memang kami tak de buat apa-apa lagi perubahan baru pada rumah. Tak tau kenapa tak sempat, sedangkan banyak sahaja barang nak kena beli untuk rumah ni. Mungkin belum dapat curi masa nak cuci mata dikedai perabot agaknya.


Minggu lepas memang saya dan D luangkan masa sepenuh-penuhnya untuk Dyzhwar. Banyak juga tempat kami pergi dan boleh buat review, macam Morib, Theme park Berjaya Time Square, Kidz Paradise di Mines dan Farm in the City, di Equine. Tapi tu untuk diceritakan dalam post akan datang. 

Kali ni, saya nak cerita tentang pengalaman membuang undi kali kedua. Kali pertama dulu, rasanya masa tu saya baru sahaja setahun kerja, masih belum kahwin. Tapi saya masih ingat jelas, proses masa tu amat mudah. Saya datang dalam pukul 8, bersama Nity. Terus sahaja ke kaunter 6 untuk dapatkan kertas salinan nombor siri saya. Kemudian, terus ke Saluran 6 untuk buang undi.

Tapi kali ni, amatlah leceh. Walaupun masih di usat mengundi di Sekolah Menengah Seri Indah, tapi prosesnya sudah berubah. Kena beratur di luar pagar. Punya la panjang. Kesian gak dengan warga tua yang turut-turut kena sama beratur dalam keadaan terik dan berdiri lama. Tapi lebih kesian juga pada polis dan petugas yang bertugas. Sekurang-kurangnya kita, lepas buang undi, boleh terus balik. Banding dengan mereka yang bertugas, hujan ke panas ke, kena melekat kat pusat undi.