Lori Surat Khabar Lama

31 Mei 2012

Penguasaan Playmat

Salam dan hai


Semalam sempat singgah ke Cosway di Serdang, nak beli playmat puzzle dan rak plastik untuk bilik air. Berkenan pulak dengan tray tu masa tengok catalog Cosway. Tapi nanti kita cerita dalam perenggan lain.

Kita cerita pasal play mat untuk bilik permainan Dyzhwar ni. Masa saya pergi ke Cosway cawangan Serdang, yang tinggal cuma 4 set puzzle mats ni sahaja. Saya nak beli 6 tapi memandangkan stok cuma ada 4, jadi saya amik dulu. Mungkin nak pergi ke cawangan lain nak cari mat ni.




Ni pemandangan bilik permainan Dyzhwar dulu. Playmat cuma mengisi suku daripada keseluruhan bilik ni. Jadi permainan memang semua saya tumpukan ke ruang tu, pasal kalau Dyzhwar terjatuh pun, dia tak sakit sangat, cuma dia malu la kalau kami ternampak dia jatuh. Jadi mesti dia nangis untuk cover malu.



30 Mei 2012

Kerusi Makan Untuk Dyzhwar

Salam dan hai

Hari tu saya dah cerita tentang meja makan kami (post). Tapi belum berkesempatan nak menulis tentang ruang khas untuk Dyzhwar. 




Kerusi makan kami memang tinggi. Memang menjadi masalah kalau nak beli kerusi makan untuk baby pasal rata-rata memang rendah dan menenggelam Dyzhwar.

29 Mei 2012

Mainan Menakutkan

Salam dan hai


Dyzhwar mudah bosan dengan mainan-mainan dia. Memang budak-budak cepat bosan, tak sampai 10 minit sudah bosan. Saya dan D selalu bincang, nak belikan mainan apa untuk Dyzhwar.


Dia suka baling mainan. 
Dia suka tengok mainan tu jatuh ke lantai. 
Kalau dikutip, dia baling semula ke lantai dan gelak.


Kebetulan semalam, ada jualan di gerai kecil masa saya nak bayar Unifi saya. Berkenan yang dibawah ni, saya punya la teruja beli mainan ni.



28 Mei 2012

Kisah Sekuntum Bunga di Kuantan

Salam dan hai

Hujung minggu lepas, kami bertiga ke Kuantan, menghadiri majlis perkahwinan kawan sepejabat D

Muka tensi dah kena balik Bangi.

22 Mei 2012

Apabila Stor menjadi Tempat Buangan Barang

Salam dan hai


Post terdahulu saya ada umpan sikit tentang cerita mengemas stor yang macam tongkang pecah tu.

Sebelum fokus mengemas stor tu, pagi tu main kejar-kejar dulu dengan Dyzhwar. Kesian dia, takde kawan sebaya. Kawan la dengan orang tua cam Umi ni.





Stor bawah tangga ni memang ruang rumah yang paling bersepah dalam rumah kami. Sebabnya, bila bilik tu bertutup, kita tak perasan semaknya. Tapi bila dah buka, masyaAllah, dah macam tongkang pecah. Tak kira lagi, nak cari barang tak jumpa-jumpa.


Pasal tu saya nekad nak kemaskan stor ni, selepas aktiviti buat wiring rumah kami (post), yang menyebabkan saya tak jumpa kuali saya di mana. 


Aktiviti mengemas stor dimulakan dengan proses memasang rak yang saya baru beli daripada Ikea ni. Rasanya harganya dalam RM99. Idea ni asalnya dapat daripada Reen (post


Dah banyak kali saya tengok idea ni dalam google images, cuma tak terfikir nak beli. Tapi lepas tengok depan mata masa singgah rumah Reen, memang terus hantar proposal pada D. Teruja pasal dah dapat bayangkan, stor akan lebih kemas dan macam rumah orang sikit lepas ni.

Dyzhwar orangnya kecil, tapi hatinya besar nak tolong babah

21 Mei 2012

Rak Kasut Pilihan Kedua

Salam dan hai

Ingat tak rak kasut idaman saya dalam (post) ini?



Gigih ok saya sekeluarga pergi Ikea semata-mata nak beli rak kasut ni. Malangnya. -- Nanti saya ceritakan daripada mula


Awal pagi, menuju ke Ikea. Dyzhwar boleh sambung tidur sampai pukul 10 pagi, jadi kena kasi dia sarapan dalam kereta. Nak kejar masa. 


Home made puding roti susu umi
Dah sampai Ikea, kami ke Curve dulu pasal saya teringin sangat nak pergi kedai Daiso. Tak penah pergi tapi selalu dengar nama kedai ni disebut-sebut. masa sampai kat sana, memang best sangat barang-barangnya, terutama barang-barang comel dan bekas-bekas plastik. Tapi pasal mengejar waktu, tak dapat pun terapi dalam kedai Daiso. 

Sebelum ke Ikea semula, kami makan tengah hari dulu di Subway.

Bagi Dyzhwar salad untuk ambil hati dia

18 Mei 2012

Plastik Pit Ball

Salam dan hai

Dah lama cari plastik pit ball ni. 


Ada jumpa kat Toy R us, tapi rasanya tak berbaloi beli kat sana. Cari juga online, tapi ramai tak jual. Mungkin tiada market kot. Kalau ada pun, kena beli sekali dengan play tent ke, pelampung ke, kid gym set ke.

Saya cuma nak bola itu sahaja.

Nasib ada tercerita kat kakak ipar saya. Dia bagitau, bola ni ada dijual di Giant Equine. Tapi rasanya, mana-mana giant pun ada kot. Jadi saya pun pergi la gigih cari benda ni.

Jumpa! Ada dua jenis pulak yang dijual. 



17 Mei 2012

Meja Bersantap

Salam dan hai

Nak juga guna perkataan bersantap.. Hehe.

Ok, saya rasa saya belum pernah cerita tentang ruang makan keluarga kami. Walaupun ada dalam post-post lain, saya cerita sikit demi sikit kelengkapan apa yang dibeli untuk meja makan ni, tapi saya belum pernah buat post khas untuk ruang makan keluarga ni.

Dulu, masa kami mula-mula pindah ke sini, memang takde meja makan selama berbulan-bulan. 

Awal-awal masuk rumah bulan April 2011, makan beralaskan lantai pasal takde surat khabar kat rumah masa tu.





Lepas tu, dah up sikit, beralaskan tikar.


16 Mei 2012

Pelampung Ganti Khemah

Salam dan hai


Ingat tak post saya tentang nak beli khemah ni daripada Ikea?





Saya nak beli tempat ni pasal saya perhatikan Dyzhwar ni suka tempat yang terkurung. Pasal tu dia suka duduk dalam bakul kain biru ni.




Walaupun ada terlintas sekali dua dalam kepala ni, tentang faktor keselamatan pasal takut la kalau-kalau dawai terkeluar ke apa ke kan, tapi itu aje pilihan terbaik yang saya ada buat masa ini.


Sehingga la satu petang Dyzhwar kali pertama mandi kolam dengan sepupunya, Aqil




Punya la seronok, macam tak pernah mandi seumur hidup

11 Mei 2012

Wall Sticker Deco

Salam dan hai

Betul ke istilah wall sticker deco? Betul kot kan..?

Ok, untuk rekod, saya memang nak hias bilik permainan Dyzhwar dengan wall deco. Saya ada beli di Groupon, tapi masih belum dapat. Lambat sedikit penghantarannya. Saya ada tulis tentang sticker ni di post yang ini. 


Saya mencari-cari juga wall deco yang saya berkenan untuk tambah koleksi. Ada kalanya jumpa, tapi harga pulak terlalu tinggi. Ada pula yang murah, tapi saya kurang berkenan. Cari punya cari, akhirnya jumpa website ni

Saya terus beli dua design ni.

Jungle FriendsGrowth Chart - Zoo


07 Mei 2012

Bilik Permainan: Peringkat Seterusnya

Salam dan hai

Sabtu hari tu, orang kontraktor datang untuk sudahkan tandas yang ada bocor tu. Baru nak pasang tiles. Gambar tak amik pulak, tapi nanti kalau dah amik baru boleh update.

Sekarang skip cerita tentang kontraktor tu, kita cerita tentang babah drill kan rod untuk pasang langsir kat bilik permainan D jr. 

Babah tengah bertafakur membaca arahan cara nak drill kan rod tu.
















04 Mei 2012

Wish List

Salam dan hai

My wish list untuk playroom Dyzhwar

Papan hitam saiz king hehe


Khemah kecil ni.