Lori Surat Khabar Lama

25 Mac 2013

Daripada A sampai Z

Salam dan hai

Post ni tak perlukan teks panjang-panjang pun pasal satu gambar di bawah ni, dah dapat berikan kita idea dan teknik nak susun atur dan kemaskini, bukan sekadar rumah, tapi kehidupan di laman sosial juga

Selamat mempraktikkannya..!

20 Mac 2013

Benda Rawak

Salam dan hai

Benda rawak yang menarik perhatian saya hari ini


 Bilik Dobi


18 Mac 2013

Rumah Amal, Buah Hatiku

Salam dan hai

Bermula daripada post di Facebook yang dikongsi hampir ribuan orang


sumber


15 Mac 2013

Cuci Mata

Salam dan hai

Memandangkan rumah sendiri belum ada aktiviti deko dan susun atur dalam waktu terdekat, jadi saya pun rajinkan diri mencari idea-idea yang cantik dan praktikal kat pinterest. Bila dah jumpa, rasa nak letak pulak dalam blog, untuk dikongsi

Macam idea gunakan meja yang berasingan digabungkan menjadi coffee table di ruang tamu



Signage macam ni

14 Mac 2013

Apa Cerita 2 Minggu

Salam dan hai

Baru 2 minggu tak kemas kini blog, tapi rasa macam dah lama. Tapi lama lagi saya tak kemas kini blog kahwin tu. 2 minggu yang berlalu, masih belum ada apa-apa tentang deko rumah yang boleh dikongsi

Percaya atau tak, langsir Macy masih belum disangkut. Sudah sebulan langsir tu bertapa di bilik bawah. Terbiar di dalam plastik beg asal. Tak sempat. Malas pun mungkin juga faktornya. Tapi D kata, nanti cuti Buruh boleh la gantikan langsir ruang tamu. Kita pegang janji dia.

Kalau perkembangan rumah, rasanya tiada apa yang boleh dikongsi. Tiada pembelian barangan pasal masih menunggu sudi kiranya bonus diberi. Rancangannya dah ada, ongkosnya masih menanti.

Jadi, daripada terbiar blog ni kosong tanpa post, saya nak kongsi cerita tentang gelanggang "Biggest Loser" kami. Hari ni dah masuk 9 minggu saya dan 3 orang kawan pejabat buat gelanggang 'Biggest Loser" kami. Selama 9 minggu tu juga la, berat saya tak pernah turun, tapi hanya kekal atau naik. 

Timbangan awal saya pada minggu pertama ini