Lori Surat Khabar Lama

28 September 2012

Role Play

Salam dan hai

Anak-anak ni, proses pembelajaran dia paling cepat adalah meniru perbuatan orang lain. 

Lepas ada anak, baru la faham kenapa kawan-kawan saya yang dah ada anak, selalu upload gambar anak-anak mereka sedang bersolat dengan gaya masing-masing.




26 September 2012

Memegang Amanah Anak


Salam dan hai


Saya nak kongsi cerita tentang isu Pecah Amanah. --Boleh kot gunakan istilah ni dalam konteks post ni hehe. Amat sesuai untuk bulan Syawal yang telah berlalu.

Isu pecah amanah dalam rumah tangga, apabila wang digelapkan.

Wang siapa? 

Ye, semua tahu duit suami adalah duit isteri juga. tapi duit isteri, bukan duit suami.

Bukan itu yang saya nak cerita. Saya nak cerita tentang duit anak-anak. Yang belum ada anak lagi, tak apa, ni boleh dijadikan tauladan.

Kalau kita perhatikan, daripada kecil lagi, anak-anak ini sudah diberikan wang oleh orang sekelilingnya. Terutama pada hari jadinya, ketika masih dalam hari, atau pada hari raya. Saya melahirkan Dyzhwar seminggu sebelum raya. 

Memang terbukti teori, bayi akan dapat duit raya lebih banyak daripada kanak--kanak. Sekali dihulur, paling-paling kurang nota bewarna merah.

Dyzhwar dalam hari.. masih demok

25 September 2012

Aktiviti Terbaru Di Hujung Minggu

Salam dan hai

Kesian kadang-kadang tengok Dyzhwar di hujung minggu


Beberapa saat sebelum Dyzhwar libas muka saya dengan raket badminton dia
Memang la dia ada playroom dia, dia boleh main dalam tu. Tapi bila difikirkan, daripada hari Isnin sampai Jumaat di rumah Opah, duduk sahaja di rumah. Bila saya jemput, balik rumah pun terus masuk rumah. Main lagi dalam Playroom dia. 

20 September 2012

Car Seat Baru

Salam dan hai

Dah lama tak cerita tentang car seat Dyzhwar.

Saya pernah cerita pengalaman pahit manis saya bersama Dyzhwar dan car seatnya (Post)

Kami berdua memang dah lama pasang niat nak beli car seat baru. Kami tahu car seat lama dah tak sesuai sangat untuk Dyzhwar, baik daripada segi bentuknya dan fungsinya. Tapi pasal kami perlu uruskan kewangan untuk perkara-perkara lain, jadi pembelian ni lambat sikit dapat dijayakan.

Akhirnya, berjaya juga beli. Kami tak buat survey sangat pun pasal kami beli yang mengikut kemampuan kami. Kami masih pilih Sweet Cherry tapi kali ni tak beli di Gudangnya, sebaliknya cuma beli di Manjaku pasal harga pun lebih kurang, tak banyak beza pun.

Kiranya ni hadiah belated hari jadi Dyzhwar. Lambat hampir sebulan tapi takpe. Dia tak faham apa-apa lagi.



Muka protes lagi masa ni

19 September 2012

Pengalaman Pertama Menjadi Tuan Rumah

Salam dan hai

AMARAN: Post ini super panjang


Post sebelum ni, saya ada tulis yang saya nak berkongsi pengalaman menjadi tuan rumah jamuan raya. Tahun lepas takde rezeki pasal saya berpantang, jadi tahun ni, memang amat semangat nak buat makan-makan.

Memandang Syawal pun dah tamat, baru la saya boleh berkongsi pengalaman sedikit sebanyak macam mana saya uruskan majlis makan-makan di rumah kami.

Kami buat makan-makan sebanyak 5 kali sepanjang tempoh syawal.

Soalan biasa orang tanya pada saya: kenapa tak buat serentak aje jemput semua sekali harung?

Jawapan kenapa saya tak nak:
1. Rumah kami kecil, kami taknak tetamu rasa kurang selesa berhimpit. 
2. Kami rasa tidak perlu mengeluarkan kos pasang khemah yang disusuli dengan sewaan meja dan kerusi dan alas meja dan sebagainya. Kos-kos yang saya rasa tidak perlu dan lebih baik disalurkan kepada kos makanan
3. Saya tidak suka jemput ramai sekali harung pasal takut tak sempat nak layan tetamu kerana sibuk  memastikan juadah dan keperluan lain mencukupi. Saya tak suka jemput tetamu dan tetamu sekadar makan dan pulang, tanpa sempat berbual-bual dengan tuan rumah.
4. Saya nak cuba beberapa resepi baru yang saya tidak pernah cuba buat, jadi bila banyak kali buat makan-makan, saya dapat lah mencuba menu-menu berbeza setiap kali.
5. Kami nak tetamu sendiri rasa selesa bersama- sama tetamu lain, pasal tu kami jemput ikut kategori dan mereka kenal sesama mereka.

Saya tak kisah penat banyak kali, asal saya puas hati. Hehe

Walaupun sudah 5 kali buat makan-makan, tapi saya rasa, setiap kali jamuan, setiap kali itu juga la banyak pengalaman baru yang saya dapat.

Kali pertama buat: makan-makan dengan kawan-kawan rapat D



07 September 2012

Cerita Hari Raya

Salam dan hai.

Sudah lebih dua minggu berhari raya, baru sempat nak coretkan cerita raya tahun ni. Tahun lepas tak merasa berhari raya dalam istilah berhari raya sebab saya dalam pantang, jadi makanan raya, aktiviti raya, memang semua tidak dapat dibuat. Tahun ni baru merasa beraya dengan jayanya.

Tapi cam sedih gak la bila tengok gambar raya famili saya, gambar saya tiada. huhu. Baru tahu, sedih gak rupanya bila takde dalam gambar. *pasrah

Cerita awal hari raya saya, seperti persiapan mana-mana orang juga.

Dapat buah tangan



kena tukar duit kat bank untuk gunakan sebagai duit raya


m20 tu saya tukar untuk simpanan kenang-kenangan saya, boleh?