Dah lama cari plastik pit ball ni.
Ada jumpa kat Toy R us, tapi rasanya tak berbaloi beli kat sana. Cari juga online, tapi ramai tak jual. Mungkin tiada market kot. Kalau ada pun, kena beli sekali dengan play tent ke, pelampung ke, kid gym set ke.
Saya cuma nak bola itu sahaja.
Nasib ada tercerita kat kakak ipar saya. Dia bagitau, bola ni ada dijual di Giant Equine. Tapi rasanya, mana-mana giant pun ada kot. Jadi saya pun pergi la gigih cari benda ni.
Jumpa! Ada dua jenis pulak yang dijual.
Pasal saya tak dapat buat keputusan, jadi saya beli dua-duanya. Lagipun, lebih baik beli kedua-duanya pasal ada perbezaan saiz antara kedua-duanya. Yg RM29 tu, saiz lebih besar daripada RM39, jadi takde la nampak bola di sekata sahaja saiznya. Kedua-duanya pun dijual dalam beg tersendiri, jadi kalau nak bawa gi mandi dalam kolam plastik abang saya tu, boleh kendong bola ni senang-senang aje.
Reaksi Dyzhwar?
Kalau dah nama budak tu, cepat aje dia dapat sesuaikan diri dengan permainan baru.
Senyum sampai telinga |
Kalau dah nama budak tu, cepat aje dia dapat sesuaikan diri dengan permainan baru.
Gambar yang tak jelas menunjukkan betapa lajunya tangan Dyzhwar membaling mainan.
Kame.. hammee.. haaa!!!! |
Baling laju-laju |
Dirakam dalam bentuk video
Dyzhwar suka warna merah. Cuma dia takmo akui aje kadang-kadang.
Walaupun bola pit tu ada dekat 150 biji, tapi rasanya kena beli lagi 1 beg yang saiz kecil 100 biji tu. Masih ada ruang kosong dalam kereta ni yang tak ditutupi bola pit.
Saya nak Dyzhwar pose ala-ala macam gambar kat bawah ni
Sumber: Google images |
Mungkin nanti boleh gi singgah Giant beli lagi 1 beg.
Oh ya, ni kereta pelampung tu, dah baiki bumbungnya yang 'kemek' kelmarin. Sunroof bocor. hehe.
Caranya??
Saya pakai selotape yang double selotape tu. Yang anak panah merah tu, tempat yang saya ingatkan bocor, tapi sebenarnya tak. Yang ungu tu, tempat yang bocor yang sebenarnya.
Tapi abang saya kata, patutnya, saya pakai gam gajah aje. Saya tak tahu pulak boleh. Kalau bocor lagi, boleh guna gam gajah pula.
Projek bilik permainan Dyzhwar dah nak hampir lengkap. Cuma tinggal nak beli terowong mainan kat Ikea *tak tau ada lagi ke tak mainan tu* dan playmat Cosway. Lepas ni dah boleh fokus pada projek rumah yang lain.
11 ulasan:
salam...
mane nk cr kete tu?
-amy-
bagusnye jd Dyzhwar, umi dia buat bilik mainan yg lengkap kt dia.. pasni tak pandang dah playground kt mekdi, coz yg kt uma ade yg besh2..
xora, cube try round2 kt GM Klang. kt situ mmg syurga barangan bagi kanak2.. yg besh nye boley dapat harga borong.. ms nida dok shah alam dlu rajin cuci mata kt situ sambil berangan ble dpt anak nnt nk borong mcm2.. tp apakan daya, dah jauh diperantauan..
abg saya kata, ada kat kedai Manjaku di Bangi, rm 75
ooo.. baik2.. terima kasih ye. harap nnt boleh pujuk cik abg ke Klang :p
sukanya tengok... boleh jadi sumber rujukan nanti nie. thanks dear xora! hee.... lepas nie update pasal rumah selalu tau!
InsyaAllah, kalau ada beli barang baru ke, deko baru ke, akan selitkan dalam blog ni. tapi kalau senyap, maknanya takde apa benda baru la tu hehe
Dyzhwar dah besar, dah boleh duduk. cepat2 la ko dapat kaki Dyzhwar, supaya ummi ko pening plak pas nie selain dari suara ko yg macam retis tu :) *sayang Dyzhwar
aku harap, seiring dgn dyzhwar dapat kaki, aku pun akan kurus kerana mengejar beliau. agar aku dapat pakai baju sanding aku masa raya dan tepek kat profie fb ko dgn ayat "Ko mammmpuu?" hahhaa
: xora. teringin nak beli jugak. both pitball and pelampung kereta. tapi i mengandung pun belum. aci tak nak beli awal-awal? :)
p/s: kalau nak simpan, elok guna plastik vacuum tu kan? beli kat mana tu xora? cosway ek?
haah, plastik vacuum saya beli di cosway. dalam RM13 kot. tapi kalau kamu ke Daiso pun ada byk beg vacum besar2, dan harga cuma rm5 je :)
xora, xora!
sis memang idola!
dulu ikot style bride, skrg ikot style mamaxora!
yeeehaa!!!
suka!
Catat Ulasan