Ingat tak post saya tentang nak beli khemah ni daripada Ikea?
Saya nak beli tempat ni pasal saya perhatikan Dyzhwar ni suka tempat yang terkurung. Pasal tu dia suka duduk dalam bakul kain biru ni.
Walaupun ada terlintas sekali dua dalam kepala ni, tentang faktor keselamatan pasal takut la kalau-kalau dawai terkeluar ke apa ke kan, tapi itu aje pilihan terbaik yang saya ada buat masa ini.
Sehingga la satu petang Dyzhwar kali pertama mandi kolam dengan sepupunya, Aqil
Punya la seronok, macam tak pernah mandi seumur hidup |
Abang saya bermurah hati nak beri saya kolam plastik atas ni dan pelampung kereta pasal Aqil terlalu besar untuk kedua-dua barang tu. Dia nak belikan Aqil yang lain.
Abang saya kata, dia rasa penggunaannya untuk kasi baby yang baru nak berjalan, main dalam tu, pasal kalau jatuh pun tak sakit pasal pelampung. Tapi Aqil adalah seorang MyGyver, dia pergi isi air dalam tu, dijadikan kolam. Jadi fungsi pelampung kereta ini sudah berbagai.
Mulanya, saya nak letakkan kolam air plastik ni dalam bilik permainannya, tapi lepas abang saya kasi pelampung kereta ni, saya rasa yang ini lebih cantik untuk letakkandalam bilik permainan D jr. Jadi kolam plastik air tu, kami buka dalam bilik air Dyzhwar, nasib baik muat satu bilik air tu. Hujung minggu boleh mandi dalam tu.
Tapi mungkin kena kurangkan daripada setiap minggu kepada sebulan sekali pasal hujung minggu hari tu, test kasi dia mandi dalam tu. Memang ada masalah besar nak angkat dia daripada kolam tu, menjerit macam kena pukul. Payah ni kalau camni.
Abang saya kasi dengan pamnya sekali, walaupun manual, tetap suka pasal sekurang-kurangnya, benda dah ada. Saya tak larat nak pamkan. Minta tolong D hehe..
Sebelum siap lagi, Dyzhwar dah teruja dan tak boleh dikawal. Terlampau tak sabar nak masuk dalam tu.
Reaksi dia: gembira tahap senyum sampai telinga bila babah dah siap pam
Stereng kuning tu boleh bunyi pon pon. Comel sangat. |
Selalunya, memang lepas balik kerja, babahnya yang temankan dia main kalau saya sibuk memasak.
Kadang-kadang, babahnya cuba juga ajar dia pakai buku
Tetapi, nampaknya D jr tak tumpu perhatian pasal dia super teruja dengan pelampung kereta ni
Babah belajar sendiri nampak gayanya |
Tengok, bumbungnya dah terbocor, tak tau kat mana. Pasal tu meloyot.. Nanti nak cari kat mana bocornya, nak tutup lubangnya.
Hujung minggu ni, ingat nak cari bola kat bawah ni, untuk letakkan dalam kereta ni. Mesti Dyzhwar lebih suka. Dia dah boleh jalan-jalan, tapi dengan syarat dia kena pegang dinding atau berpaut pada apa-apa. Ibu tak kasi pakai walker, jadi saya rasa pelampung ni memang sesuai untuk dia praktis berjalan.
Oh ye, sedikit updates tentang wall deco bilik permainan ni. Baru-baru ni, saya ada beli voucher darupada Group on, untuk wallpaper
Punya la cantik item daripada kedai ni. FancyBugs .
Rambang mata.
Ingat tak plan saya nak letak papan hitam macam dalam post ni?
D tak setuju, jadi saya cari pilihan yang lebih dipersetujui, macam ni
Ok, D masih tak setuju, tapi saya kompromi dengan pilihan yang memuaskan hati kami berdua hehe.
Serius, rajin-rajin la tengok design kat website ni. Cantik-cantik semuanya. Harganya memang agak mahal untuk beberapa item tertentu, tapi saya harap, harganya datang seiring dengan kualiti dan kecomelan rekaan.
Tengah hitung hari nak redeem voucher ni.
Oh ya, abang saya belikan ini untuk Aqil. besar amat. Kami adik beradik rancang ank buat potluck, then kasi anak-anak kami mandi dalam ni.
Ni kalau Dyzhwar dah duduk dalam ni, confirm susah nak angkat keluar ni. Memang kalau dia buat perangai, aku kendong aje keluar daripada kolam ni
10 ulasan:
amboi.. tgk Dyzhwar punye sengih.. tak nampak mata dah.. punye la excited.. tp comei sgt.. tuh yg sy suke tgk baby si xora neh.. huhu..=)
Xora, kau kalau nak beli, aku nak pesan boleh?
ehh, ade design lain kah? inform aku plis.
honey_gal85@yahoo.com
nak beli yg mana ni balkids? yg wall deco? ke khemah ikea? ke pelampung tu? kalau pasal wall deco tu, masih sempat lagi beli kat group on.
1. ko buatkan aku xsabar nak ada anak.
2. serius babe. muka boboi takleh dibendung lagi kegembiraannyer. sgt dasyat aku kira. dasyat skali. die punyer senyum itu sangat la tersenyum leborrrrr.
3. rindu nak jumpa boboi. meh la dtg umah aku :p
Salam. Boleh tanya mana nak beli pelampung kereta tu?
Abg saya beli di kedai Manjaku, cawangan Bangi. harga dalam RM75 tak silap masa tu
oh. ok terima kasih! :)
blh tau x kt mn ad jual kolam kereta tuh?
emel kn ke dliby2112@yahoo.com
tq yunk :)
kolam kete tu dibeli di Manjaku, Bandar Baru Bangi
Catat Ulasan