Lori Surat Khabar Lama

22 Mac 2012

Nak korbankan 'Rumah' siapa?


Salam dan hai

Ingat lagi tak gambar yang ini dalam
post ini?



Setelah hampir dua minggu meletakkan Tupperware kat rak atas, pengajaran yang saya dapat: Memang tak sesuai letak koleksi Tupperware kat atas. Pasal saya kerap gunakan Tupperware untuk simpan makanan dijadikan bekal gi pejabat, jadi susah nak terjengket-jengket.

Jadi, saya ingat nak ubah rumah koleksi Tupperware ni.

Masalahnya, tak tahu nak korbankan 'rumah' siapa.

Memandangkan kabinet bawah memang tak banyak ruang kosong lagi dan set Tupperware ni perlukan rumah yang ruang dalam. Kabinet dapur ni cuma ada dua laci ruang dalam.

Satu dah jadikan rumah untuk Ikea, Tipuware dan Tupperware Freezer mate.



Jadi, tinggal satu laci aje yang saya rasa masih boleh dikorbankan. Buat masa ini saya jadikan laci itu rumah untuk koleksi pinggan kaca warna putih. Saya suka warna putih untuk dijadikan set hidangan pasal warna makanan lebih menyerlah dalam pinggan putih, pada pendapat saya la.



Tengok 'rumah' ini. Rugi ruang kan?

Iklan: Rancangan masa depan, nak letak alas bewarna macam ni. Baru ceria nak buka kabinet. Buat masa ni, saya pakai lined drawer daripada Ikea--kalau boleh nampak daripada gambar kat atas ni la. Warna putih. Ada dua warna; putih dan kelabu


Sumber: Google images

Realitinya, kabinet dapur memang dah takde ruang kosong lagi. Jadi, alternatif ruang simpan saya buat masa sekarang, adalah ruang dibawah meja makan yang masih kosong. Rak bawah memang dah penuh, tapi rak atas, masih boleh digunakan.



Saya suka meja makan saya disebabkan ini lah. Ada laci di ruang bawah meja yang boleh digunakan untuk simpan perkakasan makanan . Rak atas tu, sebelah kanan, sudu garfu pun masih elok tersimpan dalam plastik. Nak kena cari bekas yang sesuai untuk simpan dulu, baru saya akan keluarkan sudu garfu daripada plastiknya.

Saya alihkan perkakasan hidangan ke dalam ruang bawah meja makan saya.

Siap-- dan masih ada ruang kosong untuk digunakan. Saya beli mangkuk dan piring kek tu cukup-cukup jumlahnya 5 sahaja. Nanti kalau ada rezeki, nak cukupkan 8 pasal meja makan saya cukup untuk tampung 8 orang. Kalau kedua-dua famili kami bertandang pun, masih cukup untuk tampung setiap belah. Tapi kalau datang serentak dua-dua belah, kita makan atas lantai aje la ye. Hehe



Rumah baru koleksi Tupperware saya.



Masih banyak boleh diperbaiki, tapi buat masa sekarang, ini sudah memadai. Minggu depan nak amik barang Tupperware yang baru, harap muat la nak masukkan semuanya dalam 'rumah' baru ni

4 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

azreem tak kasik beli meja makan macam ko. die kata mahal. so aku sedih skang :(

Xora berkata...

dzulq pun tak kasi, tapi aku nak gak.. aku nak gakkk..!! dia kata bazir beli satu meja dgn harga boleh beli set bilik tidur lengkap. tapi aku degil. dan akhirnya aku puas hati haha. KO kan dah ada meja makan hoi!!

Reen Tart Nenas berkata...

meja makan aku tu kecik la hoiii. yg ikea tu kan 4 seater jer. MIL slalu bising pasal tu. so aku riso kalau2 die nak bg meja mkn die, which is aku xmo. aku ada jumpa meja makan ko nie, tp tetap azreem x bagi. so, xleh la.

Unknown berkata...

sy pun ske pinggan warna putih, cuma bezanya sy beli set pinggan ala2 Inggeris, yg ada corak bunga Ros tu...