Lori Surat Khabar Lama

22 Mei 2012

Apabila Stor menjadi Tempat Buangan Barang

Salam dan hai


Post terdahulu saya ada umpan sikit tentang cerita mengemas stor yang macam tongkang pecah tu.

Sebelum fokus mengemas stor tu, pagi tu main kejar-kejar dulu dengan Dyzhwar. Kesian dia, takde kawan sebaya. Kawan la dengan orang tua cam Umi ni.





Stor bawah tangga ni memang ruang rumah yang paling bersepah dalam rumah kami. Sebabnya, bila bilik tu bertutup, kita tak perasan semaknya. Tapi bila dah buka, masyaAllah, dah macam tongkang pecah. Tak kira lagi, nak cari barang tak jumpa-jumpa.


Pasal tu saya nekad nak kemaskan stor ni, selepas aktiviti buat wiring rumah kami (post), yang menyebabkan saya tak jumpa kuali saya di mana. 


Aktiviti mengemas stor dimulakan dengan proses memasang rak yang saya baru beli daripada Ikea ni. Rasanya harganya dalam RM99. Idea ni asalnya dapat daripada Reen (post


Dah banyak kali saya tengok idea ni dalam google images, cuma tak terfikir nak beli. Tapi lepas tengok depan mata masa singgah rumah Reen, memang terus hantar proposal pada D. Teruja pasal dah dapat bayangkan, stor akan lebih kemas dan macam rumah orang sikit lepas ni.

Dyzhwar orangnya kecil, tapi hatinya besar nak tolong babah



Terima kasih babah yang tolong pasangkan rak ini. Terima kasih juga pada babah yang tolong angkat barang-barang berat berkotak-kotak


Barang yang kat luar

ketika dalam proses mengemas sikit demi sikit

kotak di sana sini

Tu la kuali yang dicari, dah jumpa. Hilang dalam stor rupanya
bahagian dalam yang masih berisi




Lepas dah bawa semua kotak-kotak keluar, saya vacum dulu lantai dan buang sawang-sawang. Nak mop sekali, rasa malas. Jadi lepas vacum terus saya masukkan rak yang D dah pasangkan.


Rak elok sahaja kedudukan dengan ketinggian stor ni


Lepas dah masukkan rak, baru la saya buka kotak-kotak yang bersepah tu, satu demi satu. Tengok apa yang saya simpan. Masa ni, memang saya dah bagitau kat D, secara mayanya  " Sayang, jangan tolong pasal biar B seorang yang kemas. Kalau banyak sangat orang mengemas, takut tak ingat barang kat mana" atau dialog yang sebenar-benarnya keluar daripada mulut saya "I have my own system"- eceh!

Ini la akibatnya, bila main masuk sahaja semua barang dalam stor. Asal apa yang mata tak nampak, kita anggap dah kemas. Sekali buka semua kotak-kotak, buka plastik bag, baru la saya perasan saya banyak beli barang yang saya dah ada. Baik daripada stok sabun, barang rumah dan macam-macam lagi.Pasal tu kita kena susun atur barang-barang kita, elakkan pembaziran.

Ni kertas alas yang dibeli di Ikea, tujuannya diletakkan kat bawah kerusi, meja atau perabot untuk kurangkan kesan geseran dan perlanggaran dengan lantai. Ni pun saya ada banyak sangat pasal dah terbeli, tapi ingatkan belum ada lagi dalam stok. Untuk mengelakkan saya tak perasan dah ada stoknya, saya potong kecil-kecil pelapik ni dan simpan dalam botol kaca mason jar mayonesse ni. Sticker untuk namakan barang-barang basah dan kering kat dapur pun saya potong kecil-kecil ikut bentuk.

pelapik perabot

sticker pun saya potong kecil-kecil
 Dah siap. Kemudia dalam kotak-kotak tu, saya terjumpa manik-manik gantung ni, yang botol belah kiri tu. Semua saya letak dalam tu. Mungkin ada gunanya satu hari nanti, masa akikah anak perempuan ke kan. hehe. Tak pun, nanti boleh jadikan hiasan kat playroom Dyzhwar ni, walaupun warnanya pink .hehe








Juntaian ni dulu, saya buat hiasan bilik pengantin masa saya kawin dulu. Jadi memang sentimental value sangat-sangat. Dah la ayah saya yang gantungkan.







Nasib la saya ada banyak bekas kaca kecil, ada yang daripada mayonese, ada yang Ikea dibeli dan diberi masa datang kenduri kawin, ada juga botol kaca makanan baby,  jadi barang-barang kecil macam skru, bateri, paku, klip semua saya letak dalam bekas-bekas ni secara berasingan. Tapi saya belum sempat buat label lagi. Nanti bila free baru nak buat. Sementara waktu, saya susun dulu kat rak besi ni. Pun beli di Ikea, rasanya RM10 kot. Senang letak barang-barang ni dalam satu tempat. Mudah nak cari dan mudah dilihat. 




Proses mengemas stor ni makan hampir 3 jam, campur dengan kemas sambil-sambil, susukan dyzhwar, solat, minum air, termenung depan stor. 

Kemas-kemas, buang barang, ketepikan kotak untuk kitar semula, baru siap begini. 






Kemas-kemas lagi, akhirnya kerja yang dimulakan daripada pukul 6 petang,  pukul 9 malam, baru siap. Ni kalau balik Muar, dah siap boleh mandi dan makan. 


Rak yang buat saya tersenyum bila buka pintu stor


Kita tengok pula apa yang saya isi daripada satu para ke para yang lain.

Para paling atas, saya letak benda-benda yang ringan, macam stok tisu, pewangi rumah, tikar. Rak seterusnya saya letak stok pencuci rumah. Ikutkan, saya tak beli barang banyak-banyak jadikan stok macam dalam gambar di bawah ni. Ni akibatnya beli barang tak tengok dah ada stok ke tidak. Mana nak tengok, stor pun semak dan tak nampak apa pun. Set mandian Dyzhwar pun saya letak skali. Bedak sampai tiga. Tu la, beli barang tak check stok. Nak mandikan Dyzhwar dengan bedak pun boleh.


Rasa macam stokis Cosway pulak!



Para seterusnya, saya letak barang drill D. Nampak sipi aje dalam gambar di bawah ni. Hehe. Saya susun sekali barang-barang tool dia dalam satu bekas pasal daripada mula pindah sampai sekarang, D asyik tak beli-beli tool box yang saya minta. Mungkin saya kena belikan sendiri nampaknya.

Para bawah sekali, untuk letak barang-barang hadiah kahwin yang masih belum buka. Kebanyakkan barang dah buka dan dipakai pasal kami masuk rumah masa tu, memang tak bawa apa-apa. Masing-masing daripada rumah ibu bapa, memang berlenggang la. 



Gambar keseluruhan rak macma ni. Tepi kanan tu, saya letakkan tangga, cangkul dan raket badminton D. Mungkin lain kali, nak minta orang belikan para lagi satu. Pasal tengok daripada gambar ni, macam ada satu ruang kat tengah tu, yang tidak dipakai sepenuhnya. Yang ruang tengah-tengah tu, saya cuma letak sejadah extra, lilin dan barang-barang-yang-saya-tak-tau kenapa-ada-tapi- mungkin-D punya; set drill dan tool D, dan alat tulis. Kalau letak lagi satu para, saya boleh letakkan barang mandian macam sabun, syampoo, ubat gigi, berus gigi. Takde la nak terbongkok-bongkok nak cari bawah sinki, sambil takut-takut kot-kot ada lipas menyerok. 



Intai kat tepi rak tu, ada kotak kuning berderet. Dalam tu saya letak barang dan dokumen ikut kategori. Ada bil rumah, ada dokumen penting, ada simpanan beg kertas. Macam-macam haha. Ni dalam kotak ni pun hazab gak, belum disusun atur. Main sumbat ikut kategori kotak. Nanti kalau ada masa, baru akan keluarkan dan susun ikut file pula. Tu nanti boleh buat post lain. 

Sebenarnya ada rancangan nak beli kotak yang lebih kukuh dan cantik, tapi tengah susun duit belanjawan dulu. Kalau ada duit lebih, baru boleh melabur. Tapi memandangkan belum ada buat masa ini, berpuas hati dulu dengan kotak percuma ni.



Masuk dalam stor, hujung sudutnya saya susun kotak-kotak begini. Sengaja saya biarkan ada ruang kosong di satu belah, untuk memudahkan saya berjalan nak cari barang kalau memerlukan nanti.



Hadiah kahwin banyak juga yang saya dapat dalam bentuk cawan, jug, gelas. Kalau nak susun satu-satu dalam stor ni makan ruang. Jadi apa yang saya buat, saya masukkan semua dalam satu kotak besar (hadiah-hadiah tu masih dalam kotak asalnya) dan susun elok-elok sebelum simpan dalam stor. Saya pakai marker sahaja untuk tulis kandungan didalamnya. Nanti kalau saya nak cari, lebih mudah. Tambahan masa Raya nanti, mesti akan digunakan.


Lega, satu lagi ruang dalam rumah yang sudah dikemas. Tak larat dah nak cari barang yang tak jumpa-jumpa. Memang banyak barang yang kena dibuang. Tapi saya rasa, bila setiap kali nak mengemas dan membuang barang, mesti kita hadapi konflik "Mana la tau, kot-kot nak guna nanti". Ayat ni la yang menyebabkan stor saya makin hari makin banyak kotak dalam tu. 

Boleh saya anggarkan, 60% barang dalam stor kami ni, barang-barang yang memang tak perlu disimpan. Banyak sampah daripada gunanya. Sekarang 60% sampah dah dikeluarkan. Harap stor ni dapat bertahan kekemasannya

Mulai hari tu, dah cakap pada D, kita kena pastikan stor ni kemas. Mana yang tak perlu, kita kitar semula atau sedekah atau buang. Rumah kami tak besar mana, tapi kalau disusun elok-elok, pastinya masih luas. 


3 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

rasanyer kena ganti kotak kuning dgn bekas tranparent. dan juga beli rak lagi satu :)

aku si penghasut

Xora berkata...

eh, gaji ada plak. harus la kita bersama2 menyimpan wang di-- DAISO????? hahahha
slap hengkau

Unknown berkata...

Btol3...pe kata bli storage box...nmpk lg kemas...