Lori Surat Khabar Lama

22 Februari 2011

Ruang Dobi Idamanku


Salam dan hai

Ini memang post saiko.

Siapa nak heran tentang ruang dobi kat rumah orang melayu??
Tapi pasal pengaruh internet dan didikan ibu, maka saya dengan ini mengumumkan saya ada seidkit obsesi dengan ruang dobi/ laundry area. Memandangkan rumah kitorang takde bilik khas untuk buat kerja membasuh baju, maka saya telah menakluk kawasan belakang rumah untuk dijadikan tempat ruang dobi. Lagipun saluran paip memang dah disediakan disitu. Memang rumah tu rekaannya tempat basuh baju di belakang rumah. Bagus juga, nanti jemur belakang rumah. Takde la tetamu datang disambut dengan jemuran baju dalam, seluar dalam dan segala benda yang dalam-dalam. Hoho

Berbalik pada obsesi terbaru saya, memandangkan D tak faham kenapa saya saiko dengan ruang dobi, maka saya telah menggunakan kuasa veto saya, memilih apa yang saya nak untuk ruang dobi saya :P

Tapi tetap kena buat kajian daripada internet. Tengok idea-idea, gambar-gambar, pendapat-pendapat tentang bagaimana nak sediakan ruang dobi diruang yang terhad.

Gambar-gambar kat bawah ni memang tak dapat la kot kalau saya nak buat pasal kat tepi ruang dobi ni ada tingkap, jadi kalau buat kabinet atas mesin basuh, tingkap tak boleh dibuka.





Saya suka deko simple ni. Boleh dipertimbangkan nanti.




Tengah berkira-kira nak letak tempat gantung alatan membersih di sini, tapi masih ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan.



Suka gambar no 11 tu pasal D memang selalu tertinggal sikat dan duit siling dalam koeck seluar dia.


Yang ini pun suka! Tapi adakah mungkin pendedahan sabun kepada cahaya matahari boleh mengurangkan keberkesanan sabun pada kotoran?? ---teori.



Tapi yang pasti, dalam minggu ini mahu beli ini di Cosway. Katalog baru keluar ada bekas beroda macam ni, sesuai untuk ruang dobi yang sempit macam kami

4 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

ruang dobi amat penting! sila sediakan tabung utk duit di laundry. pastinyer byk la harta karun, especially dr kocek enchek suami...
kumpul2, bleh wat belanja dapur :)

sweetluvardini berkata...

hehe...setuju dgn pendapat reen tart nenas :)

Nadia Havez berkata...

tapi saya.. suami decide dia yang akan buat laundry, haisy! dia kata jajahan takluk saya dapur sahaja.. T___T

kasihkuabadi berkata...

tengah bermimpi untuk ada ruang dobi macam ni....bilakah akn dapat...huhuhu