Lori Surat Khabar Lama

21 Februari 2011

Perkembangan Terkini

Salam dan hai

Perkembangan terkini tentang rumah kami

Dah siap

1. Pasang langsir bilik tidur utama
2. Bayar 50% kabinet dapur
3. Hadiah kahwin bawa balik ke bangi, kecuali barangan elektrik
4. Pasang lampu-lampu
5. Gantung bingkai Allah -Muhamad

Belum selesai
1. Telefon orang kedai perabot dan elektrik untuk beritahu nak tundakan penghantaran. Nak beri laluan kabinet dapur dipasang dahulu, baru perabot masuk pasal pemasangan kabinet dapur akan menyebabkan ruang bawah rumah super berhabuk. Maka, rasanya dalam 19 Mac baru perabot dan barang elektrik masuk.
2. Sediakan baki duit untuk barang perabot, elektrik dan kabinet dapur.
3. Cari langsir ruang tamu dan tingkap tepi tangga
4. Cari bidai untuk tingkap dapur
5. Bawa hadiah barang elektrik
6. Cuci rumah kali kedua --memandangkan lepas masuk kabinet rumah berhabuk
7. Cadar katil saiz King --ngapa kita beli katil king sayang??!!!!
8. Rak TV
9. Keperluan Ilmiah dan rohani
10. Banyak lagi kot!!!!

Tak berapa penting tapi gatal nak adakan
1. Beli beberapa stok bekas plastik tupperware yg bukan daripada brand tupperware, tapi rupa cam tupperware (kenapa aku perlu jelaskan disini?) supaya susun barang dalam kabinet cantik. heheh. Macam kat bawah ni!


2. Microwave
3. Teko putih (masuk dengan semua set cawan yang kami dapat), tempat gantung barang warna warni kat Ikea (nak letak kat bilik air), barang keperluan tak berapa perlu dari Cosway --aku bab membazir memang pandai kan..
4. Digital Photo Frame (pasal kami tak mahu letak gambar kami kat dinding pasal takmo rosakkan dinding, maka digital photo frame alternatif terbaik, selain daripada album kahwin)


Tapi pasti perlu ke tak sekarang
1. Kena ada carpet kah?
2. Meja makan

Yang pasti, bulan 3 ni memang akan teramat sibuk setiap hujung minggu. Dateline kami mahukan, sebelum akhir bulan 3, dah pindah masuk ke rumah Bangi!

4 ulasan:

Puan T berkata...

jika ko beli tikar utk makan (sebelum beli meja makan), tikar tersebut buley dijadikan backup utk kenduri (jika ko dah beli meja makan).

Reen Tart Nenas berkata...

karpet tu, tunggu dah masuk perabot pun ok :)

besauuuu noksss katil ko king! okeh, kompom tak abes guling :p lalalala

Reen Tart Nenas berkata...

lupa plak, boleh beli tupperware dari cosway, sbb harga memang murah bangat. design ala2 brand tupperware juge.

Nadia Havez berkata...

alamak, idea tupperware tu tersama.. hehe..