Lori Surat Khabar Lama

31 Oktober 2012

Bakery Item Katanya..

Salam dan hai

Saya dah khaskan ruang atas ni untuk ruang "Bakery item" saya yang sejemput tu.


Gambar rekod. Sumber disini



Walaupun saya tidak lah kerap memasak manisan macam kek ke, tapi saya suka simpan dan beli untuk kemudahan akan datang.

Baru-baru ni, sempat la mengemas sikit ruang bakeri ni.Saje nak tengok kalau-kalau ada perkakasan yang dah rosak ke, yang memang tak guna ke, boleh la keluarkan.
Punggahkan


Barang-barang bakeri semuanya saya letak dalam bekas Ikea putih ni, yang gambar atas kiri tu.RM 14.90. Sekarang dah ada model warna merah. Cis.. 

Sumber: Ikea

Memandangkan saya tidak lah beri perhatian sangat nak simpan barang-barang bakeri ni di mana pasal barangnya pun sejemput aje, jadi saya satukan aje dalam bekas plastik ni




Masa gambar kat atas ni dah molek kemas dah. Sekali bila saya dah simpan sekali shell untuk tart, piping beg, cutter, hose, nozzle, mangkuk muffin, maka saya kembali kepada keadaan bersepah yang asal, cuma kali ni bersepah dalam kumpulan masing-masing pasal saya main bungkus pakai plastik sahaja dan ikat dengan getah.




Simpan semula barang bakeri ke ruangnya. Bila saya perhatikan dalam gambar dibawah ni, saya rasa, saya boleh letak lagi satu bekas plastik untuk memaksimumkan penggunaan ruang. Boleh la nanti saya asingkan tray dan cup dengan benda-benda kecil cam nozzle dan sebagainya. Ye, rancangan akan datang. Ikutkan hati, ruang kat bawah bakeri item tu, saya nak khaskan utk loyang saya. Hari tu dah cuba nak susun mangkuk kat tempat lain, tapi takde idea nak letak kat kabinet yang mana. Jadi, saya biarkan dulu mangkuk-mangkuk tu disitu buat masa sekarang




Lagipun barang-barang saya amatlah sedikit (..buat masa ini hehe). Lain la kalau dah berlambak, baru la boleh jenguk idea-idea macam kat bawah ni






5 ulasan:

Fainie berkata...

mmg sng kumpulkan 1 tempat..kalau tak kang, keje nya asik membeli yg baru jek la..ape tak nye, time nak guna, time tu la carik tak jumpa..huhuhu

azey a.k.a ammi berkata...

Bab bakery ney memang saya minat. Cantik nah cara susunan di bahagian pintu kabinet tuh.

Fizah berkata...

salam kenal :) suka singgah sini sbb seronok jumpa geng minat organizing jugek..

kalau saya brg2 bakeri semua simpan dalam bekas beli kat mydin je dlm rm9 (lbh kurang barang bakeri kita pun sejemput jek), pastu letak atas compartment kitchen cab. yg menempatkan oven..

menn berkata...

Bestnya..nice idea

sweetluvardini berkata...

wah berkenan nk wat kabinet yg dlm pic last tu..erm..kena tunggu 2 tahun lg bru dpt wat camtu..umah xsiap lg..huhu