Lori Surat Khabar Lama

15 Jun 2012

Rombak Lagi..

Salam dan hai


Bagi saya, dalam kerja mengemas rumah ni, tak susah nak mengemas atau nak susun atur mana-mana bahagian rumah yang saya kehendaki, tapi yang susahnya, adalah untuk mengekalkan kekemasan dan susun atur yang telah dibuat. Itu lebih susah daripada mengemas, bagi saya la. Kadang-kadang, tak perlu tunggu esok untuk bersepah, cukup beberapa jam kemudiannya, apa yang telah dikemas, terus bersepah semula.


Begitu juga dengan kabinet dapur saya ini. Sya ada kongsi tentang susun atur yang saya buat  dalam post ini, ini,  ini dan post susun atur yang paling baru yang ini.


Ni rupa keseluruhan dapur saya




Susun atur dalam kabinet dapur ni dah cukup elok dah saya rasa, cuma ada beberapa bahagian kabinet yang saya rasa tidak digunakan dengan sepenuhnya. 

Gambar kabinet dapur yang saya labelkan kat bawah ni, secara ringkas ruang A, B C G dan K memerlukan susun atur yang baru. Ruang kabinet yang lain dah ok, tapi ruang I pun ada kena adjust sikit.





Minggu lepas, ada sikit masa masa bos kecik tidur, jadi mula la aktiviti mengemas. Saya mulakan dengan kabinet A, ruang yang paling sukar nak capai pasal berada di atas almari, jadi jarang dibuka. 


Mula-mula saya keluarkan semua barang-barang sampah yang entah bila saya letak dalam ni.





Memandangkan ni ruang paling jarang dibuka, jadi saya kira, lebih baik kalau saya simpankan bekas-bekas kaca yang saya jarang guna kat bawah ni, ke situ. Bekas-bekas kaca ni, saya simpan di kabinet C pada mulanya.



Dah siap dipindahkan. Gambar ni saya terambil masa mula-mula mengemas, tapi sekarang, saya dah letakkan buku-buku resepi kat tepi belah kanan. Senang nak capai dan dirujuk.




Memandangkan ruang Kabinet C ada kosong pasal saya dah keluarkan bekas-bekas kaca ni, jadi saya pun gunakannya untuk letak bahan-bahan bakeri saya macam tepung gandung, SRF, serbuk koko dan macam-macam lagi.




Sebelum ni, bekas-bekas tupperware merah tu saya letakkan sama tempat dengan bekas-bekas memasak yang lain. Tapi bila nak capai susah dan saya kena keluarkan semua-semuanya kalau saya nak amik tepung gandum yang saya letak paling belakang.



Lepas ni, lagi mudah nak capai bila dah alihkan rumahnya.


Botol air oren dan tin susu sejat yang pada mulanya ada kat dalam kabinet C, saya alihkan ambil tempat lama bahan-bahan bakeri saya. Kena buat label baru untuk bahan-bahan minuman.





Kalau perhatikan dalam gambar diatas, nampak sepah kat ruang bawah belah kanan ni. Tu barang-barang bakeri pula. TU pun saya alihkan.ke mana?


Ha, selain ruang kabinet A, ruang B pun tak digunakan dengan sepenuhnya. Kabinet ni ada para, yang para bawah ni dah ok. cuma yg bahagian atas ni, serba tak kena. Saya main letak apa sahaja yang saya belum sempat fikirkan 'rumahnya' di mana.


botol susu dyzhwar, kiub ais untuk puri dyzhwar, rak keringkan botol susu


Dah keluarkan semua barang

Saya letak barang bakeri. Lagi molek daripada yang sebelum ni

Saya alihkan bekas kiub ais tu ke dalam rumah Tipuware. Yang rak keringkan botol susu tu, saya simpan bawah sinki *gambar takde


Rumah Tupperware masih dalam kawalan, walaupun dah bertambah 'ahli keluarga' baru hehe. 




Selesai dah susun atur kabinet dapur, kali yang ke berapa ntah la. Bawah sinki pun dah susun semula.Banyak ruang kosong, jadi saya letak mangkuk tingkat old school yang saya dapat masa kawin, kat bawah sinki. Walaupun Tupperware ada mangkuk tingkat warna warni, tapi hati saya tetap suka mangkuk tingkat kampung. 


Oh ye, nak kongsi tentang bekas plastik sampah. Sebelum ni saya pakai kotak tisu. Konon nak ala-ala cam gambar dibawah ni. 



Cara ni memang tak kena dengan saya. Annoying gile nak keluarkan plastik daripada kotak tisu. Last-last kotak tisu habis saya koyakkan hehe





Memang ada banyak cara lain, ada yang simpan dalam bekas Ikea ni
Tapi pasal kena letak kat dinding kabinet, jadi saya pun takmo lagi, buat waktu sekarang. Tak sedia nak sangkut apa-apa lagi.

Akhirnya saya gunakan bekas wet tissue Dyzhwar ni. 





Buat masa ini, masih boleh terima cara ni, walaupun kadang-kadang tisu tersekat kat mulut penutup. Tapi masih boleh terima lagi. 


Ini la aktiviti-aktiviti mengemas rumah saya dalam minggu lepas. Mungkin minggu ni, nak rehat daripada mengemas rumah. Nak luang masa dengan Dyzhwar, dia pun dah pandai berjalan. Pecah rekod berjalan saya masa kecil, kata ibu.

10 ulasan:

Adein Kushairi berkata...

xora, kalo tak silap saya cosway ade jual tpt letak beg plastik. br kuar dalam katalog bulan ne. material kain dan boleh gantung. nnt sy try carikan kod produk tuh.

Reen Tart Nenas berkata...

tidak satu pun tupperware itu ko beli dgn aku

Xora berkata...

hengkau takmo kasi bestiest price oo.. haku kan cekeding, duit tak byk hooii..

IeRA berkata...

salam..

boleh saya tahu ukuran saiz I shape dapur Xora tu

IeRA berkata...

Salam..

Boleh saya tahu ukuran saiz I shape dapur Xora tu? berapa kaki ye

Xora berkata...

tak silap saya, kabinet atas 9 kaki x 2kaki. tapi yg kabinet bawah 7 kaki x 2 kaki pasal 2 kaki tu dah reserve utk letak peti ais.

AvatarCun berkata...

As-salam.. hi
blog-walking pepagi bute ni.. ternampak dapo u yang sempoi but sedap mata memandang. bole share price nye? :D
thanks

Xora berkata...

boleh emel saya diaterimanikahnya@gmail.com ya.

ain shahrulazri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ain shahrulazri berkata...

nak share sikit, bekas utk letak plastik tu, kt umah sy, sy gunakan bekas tin tisu macam ni untuk simpan plastik-plastik. Nampak kemas & tersusun :)http://4.bp.blogspot.com/-mFrie5bCU28/UUvBM_o_WpI/AAAAAAAAAZs/bv91N47SrYM/s1600/fb-012.jpg http://1.bp.blogspot.com/-XdFQ-KaZtxQ/UUvQwcMSCtI/AAAAAAAAAaE/7mEFa27F93U/s1600/225060_10150161737607919_4347214_n.jpg