Lori Surat Khabar Lama

16 Oktober 2012

Room Divider

Salam dan hai


Keluasan rumah kami memustahilkan kami untuk letak bar atau bina room divider untuk pisahkan penglihatan tetamu terus ke dapur. Rancangan kami daripada mula, nak beli room divider yang boleh alih. Kiranya, kalau tetamu ada sahaja, baru room divider ni dipasang. Kalau setakat saya dan D, tak perlu kot nak letak buat sempit.

Lama dah cari, ada yang berkenan mahal sangat. Ada mampu milik tapi tak berkenan. Saya kurang minat kayu ukir-ukir, biar pun saya tahu itu lebih tahan lama. Saya nak sesuatu yang simple dan praktikal untuk saya.

Ingatkan tak jumpa, sehingga la terjumpa ini


Sumber


D tak berapa suka pilihan saya ni pasal dia lebih sukakan kayu. Tapi pasal dia tahu isterinya D agak saiko dan daripada hadap protes saiko isteri seminggu, so D ok kan aje. 

Saya sukakan room divider ni pasal 

1. Ringan. Saya boleh lipat sendiri dan bukakan sendiri, tanpa bantuan D. Tak berat langsung. 

2. Material besi tanpa ukiran. Saya tahu, kalau ukiran memang cantik, tapi pasal saya jenis malas nak mengelap celah-celah ukiran, maka besi simple macam ni lebih sesuai untuk saya

3. Skrin daripada material kain. Room divider ni gunakan kain sebagai skrin. Walaupun kain yang diberi memang jenis jarang-jarang dan boleh nampak, tapi saya tak kisah kerana saya tahu, saya cepat bosan. Ada potensi amat tinggi yang saya akan beli kain fabrik di kedai dan gantikan sebagai skrin yang baru. Automatik room divider ni boleh jadi element deko juga.


4. Tidak terlalu tinggi. Room divider ni tingginya cuma 161 cm (untuk bahagian yang paling tinggi) jadi saya masih boleh melihat dan berkomunikasi dengan tetamu walau daripada dapur. Takde la mereka dengar suara saya, tapi tak nampak saya dimana.

Sebenarnya tak perlu listkan pun sebab saya suka room divider tapi listkan juga pasal saya tahu D baca blog saya. So dia tahu kenapa saya nak beli juga hehe. 

Tujuan asalnya memang nak letakkan di dapur, di ruang antara stor dan dapur. Macam gambar ni. Masih ada ruang kosong untuk saya bawa makanan daripada dapur ke meja makan tanpa alihkan divider tu.


Pemandangan bersepah pasal masa ni tengah kemas stor sekali

Tetamu tak nampak kacau bilau dapur, tapi masih dapat tengok muka dan pergerakan saya disebalik tabir.

Waktu tetamu tiada, room divider ni akan disimpan dalam bilik bawah, untuk tutup segala 'harta karun'.

Daripada ini...


Kepada ini.. TING!




Walaupun room divider ni saya suka sangat, tapi saya tetap nampak  keburukannya juga.


1. Tidak seimbang. Tengok kaki divider ni pun dah boleh agak binaan tidak seimbang. Kalau pasang lurus, terus tumbang. Kena dipasang bengkang bengkok sikit. Kalau tertolak sikit, pun mudah tumbang.

2. Mudah terkepit. Pasal benda ni ringan, so tak hati-hati, jari boleh terkepit pada besi lipatan tu. Saya terkena dah masa sedang dalam proses nak pasang divider ni. Ye, saya pasang sendiri dengan tekun dan yakin. Kacang aje nak pasang, pasal tu D suruh saya buat sendiri.


Memandangkan kebaikan divider ni lebih banyak daripada keburukan, maka WIN juga!

Lebih-lebih lagi, bila fikir saya boleh tukar skrin fabrik kepada pilihan-pilihan ni




Post akan datang, bagaimana ini..



Sumber

...akhirnya dapat menyatukan koleksi gelas dan cawan saya dalam satu ruang yang sama.



Gambar sebelum



4 ulasan:

Nadia Havez berkata...

cepat2 pos next entri tu xora tak sabar nak baca ni. tengah cari idea nak kemas kitchen yang bersepah tu haih laaa..

mun berkata...

ooo ok gak divider nih eh tp kite memang tak minat lah benda2 mcm gini rasa serabut hahhaa

Reen Tart Nenas berkata...

wah, suka divider tu. tak nampak serabut pun. lagipun ringan nak alih2kan. lagipun guna masa tetamu dtg jer. so memang sesuai la. dapur pesen skang kan semua jenis open. jenuh la nak kasik lawo jer dapur hari2. hehehe

Unknown berkata...

suka dgn cooking organizer dr ikea tu...harus dicari...hubby x suka sy beli byk2 rak sbb kami duk rumah sewa.pada saya x kisah la rumah sewa ke rumah sendiri, pompuan mesti nk nampak kemas kn..kena pujuk hubby baik2 ni..hehe