Lori Surat Khabar Lama

22 Oktober 2012

Review: Red Velvet Segera dan Coklat Fondue

Salam dan hai


Kalau masa kecik-kecik dulu, kalau main bola dalam rumah, alamatnya memang berdas-das cubitan kena kat perut.

Tapi sekarang, dengan  babahnya pun pakat main dalam rumah.



Nak taknak memang kena layan Dyzhwar main bola di ruang tamu, sementara nak lekakan dia daripada kacau saya. Saya tengah letakkan cream cheese pada red velvet. Letak dalam cup muffin, senang nak uruskan


Saya buat muffin red velvet ni malam sebelumnya. Mula-mula ada gak la terdetik dihati nak buat daripada asas, tapi bila tengok sahaja senarai bahannya, terus rasa pening kepala. Jadi saya pakai tepung segera red velvet, beli di kedai Yummie, Bangi.

Warnanya agak mengerikan.

Isi bahan dalam piping beg, senang nak isi dalam cup
Untuk topping muffin ni, saya letak cream cheese. Tapi D kata, rasa cream cheese berlemak sangat. Mungkin kena kurangkan jumlah cream cheesenya. Nanti ada gambar, saya uploadkan.


Deko simple, asal jadi

Keputusannya: Senang dan tak leceh. Cuma letakkan air dan minyak jagung. Takyah telur dan sebagainya. Boleh la buat lagi lain kali. Rasa dan tekstur kek pun sedap. Saya isi dalam bekas muffin, saiz 2 inci setengah, dapat dalam 17 biji aje. Rasanya kalau nak buat kek bekas bulat, kena beli 2 pek kot. 1 pek 500g, harga dalam RM8.50 tak silap (ke RM 8.70.. tapi kurang daripada RM9)

Buat kek ni bersebab, pasal hari jadi abang saya Sabtu lepas, nak sambut di rumah dia. Lagipun dah alang-alang, boleh la saya tengok hasil kek ni OK ke tak. Kalau OK, boleh la saya buat untuk bawa balik kampung raya haji ni. Nenek suka makan kek tapi tak dapat nak buat pasal takde oven. 


Ke rumah pak long
Nasi ayam

Saya baru beli bekas coklat fondue. Ternampak kat bahagian stock clearance. di Yummie. Saya suka beli benda diskaun, jadi beli la, bawah RM20 rasanya. Saya suka pasal coklat fondue ni kiranya macam alternatif lain yang jauh lebih murah dan tak perlukan elektrik macam chocolate fountain. Nak simpan pun senang pasal saiznya kecil. Sesuai untuk tetamu dalam saiz kecil. Senang juga nak uruskan, cuma kena pastikan api lilin tak boleh terlalu lama dibawahnya pasal nanti coklat mudah terbakar. Kiranya, kalau coklat dah cair,  kena gunakan penilaian sendiri untuk padamkan api lilin bila perlu. Kalau umur panjang, ada rezeki boleh la guna untuk majlis makan-makan akan datang kat rumah. 





Jarang dapat tengok Dyzhwar berjumpa dengan dua orang sepupunya yang perempuan ni, berbanding Aqil yang hari-hari jumpa di rumah Opahnya. Jadi seronok gak tengok dia cuba belajar berkomunikasi dengan sepupu-sepupunya.





Hate Love relationship Dyzhwar dan Aqil. Dua-dua aku tak percaya


Hujung minggu yang seronok pasal banyak luangkan masa dengan Dyzhwar. Dyzhwar pun dah pandai buat perangai, hentak-hentak kaki. Mesti belajar daripada umminya babahnya. Saya takde perangai cam tu --rasanya la..

InsyaAllah, raya haji akan tiba hujung minggu ni. Masih belum merancang perjalanan dengan D. Belum juga merancang nak masak apa bawa balik ke Serdang. Kali ni giliran di Muar. Kali kedua la Dyzhwar dapat jumpa Onyangnya.

Oh ya, berita baik untuk saya, tapi kurang baik untuk D kot. Saya dah dapat kad Ikea Famili hehe


Nama nak nama online gak. Hehe







11 ulasan:

Puan T berkata...

hentak2 kaki gangnam style? aku sudah menyaksikannya~

Fainie berkata...

so tempting la RV tu..

Cik Atun Banyak Nama berkata...

Pernah red velvet utk birthday Hubby tapi agaknya terlebih pukul kek jadi padat sikit..tapi both of us suka cheese so letak cream cheese frosting je terus licin!

Nak try jugaklah yg instant sebab yang buat dari asas sangatlah renyah.huhu. Tapi tak pernah nampak lagi lah dekat Ipoh ni..

Xora berkata...

Dz ajar dyzhwar gangnam ok

Xora berkata...

Cuba cari yg instant kalau takmo buat daripada asas

Xora berkata...

ooh kalau terpukul lebih, kek jadi padat ye? patut la kat pek tu, siap ada tulis nak kena pukul berapa minit. agaknya pasal ni la kot

Cik Atun Banyak Nama berkata...

pernah buat dua kali, yang pertama main pasang je mixer dari mula sampai habis. hahaha. dan hasilnya memang padat betul...

yang kedua tu dah tak pasang mixer lama sangat. kek jadi lebih fluffy dari yang pertama tapi terlebih warna merah.. garangnya rupa.

rupanya kek instant ni pun ada bagitau ek nak pukul berapa lama. betulla kot pemerhatian saya yang tak berapa pandai nak mem'baking' ni.

Xora berkata...

haah kat pek tu siap tulis, pukul perlahan 1-2 minit, then pukul laju 7 minit, then perlahan semula 1 minit. nasib tak degil, kalau tak, tak menjadi kot. mesti kena cerca, pakai tepung segera pun failed, apa ntah lagi yg dari asas :P

Reen Tart Nenas berkata...

hi ixa! :)

Xora berkata...

yuh shadap

Putri Qaseh berkata...

Hi xora, lame x comment, gelak2 saya tengok dyzhwar ambik lajak punye jauh ke belakang untuk tendang bola tu.. heheh