Lori Surat Khabar Lama

15 Oktober 2012

Kisah Ikea, Daiso dan Dyzhwar yang Tidak Tenang

Salam dan hai


Akhirnya, selepas hampir dua bulan tiada progress rumah, akhirnya minggu lepas berjaya ke Ikea dan dah alang-alang sampai ke sana, singgah juga ke Daiso the Curve.

Ni Dyzhwar. dengan muka gembira beliau di bawa berjalan


Dyzhwar dah besar sikit, baru saya dapat merasa duduk
di bahagian depan semula :)




Babahnya umpan Dyzhwar dengan bola kecik RM35 (barang Daiso umi baru RM20 kot!). Tapi disebabkan bola tu juga la, saya dapat shopping dengan tenang selama sejam di Daiso. 


Dyzhwar kejar umpan

Bila ke Ikea, awal 30 minit Dyzhwar masih OK buat hal sendiri. Duduk diam sahaja dalam troli.





Dan selepas itu, tiada gambar gembira lagi kerana Dyzhwar buat perangai. Dia nak tidur tapi tak selesa, maka semua perkara pun buat dia rasa marah. Kami shopping dalam keadaan tidak tenang. 

Walaupun saya dah cetak siap-siap barang-barang nak dibeli, tapi masih banyak barang yang tidak dibeli pasal tak jumpa. Melayan kerenah Dyzhwar, tak dapat mata nak melilau cari barang. 

Sedih tak dapat shopping dengan tenang. Selalu Dyzhwar tak macam ni. Tapi mungkin hari tu, dia tak cukup tidur pagi tu, tu yang dia moody. 


Elok masuk dalam kereta, susukan, terus tidur sejam. 

Ini je la barang-barang yang sempat dibeli






Tapi nasib baik D janji nak gi Ikea lagi beli barang-barang yang tak dapat nak beli. Bukan senang nak ajak di gi Ikea pasal dia tak berapa suka Ikea pasal kena pusing habis-habis. Hehe. Lagipun D ada berkenan kat rak Ikea ni, tapi stok dah habis masa tu. So kena tunggu akhir bulan ni, cuba datang semula. Harap-harap ada. Saiznya sesuai nak selitkan kat sebelah rak sedia ada.

Sumber

Maka, post kali ni, nak cerita pasal stor. 



Ni stor saya



Tapi itu cerita lama.

Ini keadaan barunya





Ye, menyusun barang ni memang memerlukan disiplin. Saya salahkan diri sendiri sebab tak cukup disilipin dan ada sifat "kejap lagi la".

Mungkin juga para untuk rak ni tak cukup, maka segala benda ditindihkan antara satu sama lain.

Rupa asal rak kami begini. Para tak cukup, patut kena beli extra. 


Maka, masa ke Ikea lagi sekali, sempat beli para ni


Sumber
Dulu, tak silap saya masa saya beli rak tu, tambahan para cuma RM10. Dah naik harga rasanya ni. Tapi beli juga pasal amat memerlukannya. Saya pakai tempat letak kasut lama kami untuk dijadikan para sementara. Tapi memang tak puas hati pasal barang berat, jadi para kasut tu melayut. Pasal tu nak juga beli para baru.

Kemas punya kemas, ini la hasilnya



Tempat kasut tu la yang saya gunakan jadikan para sementara untuk rak ni. Kali ni, dah digunakan untuk letak barang-barang D macam helmet, kasut sukan dia dan beg kerja dia. 

Dulu, file semua kami letak dalam kotak. Tapi bila nak cari, dah kena bawa turun kotak-kotak satu per satu. Tapi sekarang dah beli file putih ni dari Ikea, dah senang sikit nak cari kertas atau resit. Buat masa sekarang, biarkan putih dahulu. Nanti dah bosan, baru balutkan dengan kertas balutan yang cantik-cantik. 



Sumber
Tiada perubahan besar sangat. Saya masih gunakan kebanyakkan bekas-bekas dan kotak sedia ada. Saya belum sempat buat label molek-molek, jadi tampal pakai sticky pad dahulu. Nanti sempat, baru buat yang cantik sikit. 


Bakul hijau tu satu-satunya saya beli di Daiso. Pusing sejam
cuma beli 4 barang sahaja. Hebat sungguh daya tahan diri haha
Barang hadiah yang tak tau nak letak mana dah.

Satu-satunya penyelesaian untuk barang-barang hadiah yang belum dibuka, adalah tambah kabinet dapur sampai ke siling. Lepas tu susun aje hadiah-hadiah tu dalam tu. Tapi tu rancangan jauh lagi. Selagi muat stor ni, susun sahaja la molek-molek. 

Harap-harap, trip ke Ikea akan datang, harap rak Albert tu dah ada. Banyak yang boleh saya susun kat rak tu. 


Perubahan baru untuk stor ni, saya cuma tampal wall deco. Baki daripada wall deco yang saya tampal kat kasut (post)




Selesai kisah stor kami.

Cerita pula tentang bilik maid atau kami panggil bilik bawah.


Bilik bawah kami, memang menjadi bilik serbaguna gak la. Kebanyakkan waktu, dikhaskan untuk dijadikan bilik solat tetamu. Rancangan masa panjang pun, memang nak jadikan bilik solat tetamu, cum bilik belajar anak-anak bila diorang dah masuk sekolah *ye umi rancang siap-siap dah.

Tapi sementara waktu, dengan duit yang belum ada, bilik ni kami jadikan bilik stor untuk kerusi makan, stroller Dyzhwar dan botol air mineral.



Ye, pemandangan yang tidak cantik.

Sehingga la divider ini menyelamatkan keadaan


Sumber

Tu cerita dalam post akan datang ok? :)















3 ulasan:

Mrs.aisheiteru berkata...

bakul2 putih tu menarik utk more organize. beli mana?

Xora berkata...

bakul putih yg mana? yg empat segi tu beli di Pasar borong selangor, yg bentuk cam eye drop tu, beli di Cosway

Reen Tart Nenas berkata...

aku pun ari tu beli tambahan para tu. senang. penyelamat. habis seme aku sumbat situ hehehe.