Lori Surat Khabar Lama

10 Oktober 2012

Majlis Akikah: Bahagian Kedua

Salam dan hai

Kalau dalam bahagian pertama, saya dah kongsi tentang menu majlis akikah Dyzhwar, kali ni untuk bahagian kedua saya nak kongsi tentang susunan waktu saya bekerja untuk menyediakan menu dan keperluan majlis yang lain.

Majlis kami hari Sabtu, 6 Oktober. Seperti yang sudah saya sebut di dalam bahagian pertama, saya susun siap-siap pinggan mangkuk lengkap ada label di atas meja buffet 2 hari sebelum hari majlis. Perkara-perkara sampingan yang lain macam kedudukan bekas nasi dan bentangkan tikar, baru saya buat malam hari majlis. 

Selain tu, saya senaraikan siap-siap kerja-kerja adhoc yang perlu disediakan, macam alas meja makan, cetak label makanan, lap pinggan makan dan gelas, sediakan bekas nak bancuh air, beli plastik untuk bungkus makanan, beli daun pisang kat pasar, dan perkara-perkara lain yang perlu diambil kira. List ni biasanya saya sediakan seminggu awal dan dicatat bila-bila masa yang saya teringat. Selalu simpan dalam handphone, senang nak kemas kini senarainya.

Saya senaraikan menu-menu majlis akikah ni dalam kertas biasa aje. Kertas ni daripada buku nota biasa sahaja. Belakang tu, saya dah cetak siap-siap deko hidangan yang saya nak imitasi. Hehe




Kertas ni tampal di pintu peti ais. Bila ada menu yang dah siap, terus potongkan daripada senarai. 



Yang saya highlight pakai warna hijau, adalah menu yang daripada sumber luar (yang ibu ayah kedua-dua belah pihak tolong siapkan) atau yang disponsor. Jadi fokus saya cuma pada highlight yang warna oren. Yang tu adalah bahagian yang saya perlu uruskan sendiri.

Kami berikan duit kepada ibu ayah kami untuk beli bahan-bahan yang diperlukan bagi pihak mereka. Macam ibu pun, walaupun ibu kena tanak nasi, tapi saya tak belikan beras sebaliknya saya berikan duit supaya ibu boleh pilih beras apa yang dia nak tanak. Kadang-kadang, lain beras, lain kerenah sukatan airnya. Jadi saya beri ibu kebebasan nak pilih beras cap apa.

Bahan-bahan untuk bahagian saya, kalau bahan mentah kami beli sehari sebelum majlis tapi bahan-bahan kering macam yang untuk masak lasagna, muffin, cake pop, saya beli lebih awal sebab bahan kering lebih tahan lama.

Masa melihat senarai menu, saya tetapkan yang mana perlu dibuat awal, mana yang perlu dibuat lewat. Biasanya dalam menetapkan susunan menu ni, saya akan fikirkan:-

1. tempat nak simpan dalam peti ais atau bekas plastik.
2. tahap renyeh nak disediakan, macam lasagna
3. Menu yang tidak boleh disediakan terlalu awal, seperti membasuh ulam-ulam.

Jadi daripada situ, saya akan susun mana yang perlu dibuat terlebih dahulu, yang mana boleh dibuat kemudian. Kemudian saya keluarkan resepinya siap-siap dan tampal dipeti ais. Senang nak rujuk. 

Kalau nak terangkan satu per satu menu saya, jenuh gak la. Tapi secara ringkasnya, saya beri beberapa contoh menu saya

A. Lasagna

Saya buat kuah sos spagety hari Jumaat petang dan sos putih pada hari Jumaat malam. Sos putih saya simpan siap-siap dalam beg pipe dan letak dalam peti ais. Untuk kuah sos spagety saya biarkan di luar, tapi dari masa ke semasa saya akan panaskan. 

Saya pakai instant Lasagna, jadi tak perlu nak rebuskan kulitnya terlebih dahulu. Saya buat lasagna ni seawal 7 pagi kerana tempoh nak bakarnya lebih kurang 40-45 minit untuk 1 set dan saya ada 3 set. Pagi Sabtu tu, saya terus keluarkan sos spagety dan sos putih, lapiskan dengan kulit lasagna dan kerja tak berkecah kerana kedua-dua sos telah disediakan lebih awal.

B. Ayam bakar.

Disyorkan diperap dan disimpan dalam peti ais sehari semalam. Jadi ruang dalam peti ais memang saya khaskan satu rak untuk letak besen perapan ayam ni.

Bahan-bahan nak perap pun memang mudah nak disediakan. Saya perap daripada Jumaat pagi, lepas sahaja basuh ayam yang baru dibeli dipasar, saya terus perap dan simpan dalam peti sejuk. 

Pagi Sabtu, saya keluarkan sebelum mula membakar ayam pukul 10 pagi. Bekas pembakar tu boleh muat lebih kurang 15 bahagian ayam (jika dipotong kecil) sekali masak. 

Bila saya dah keluarkan ayam, ruang rak yang sebelum ni saya khaskan untuk besen perepan ayam, dah kosong. Jadi saya terus buat salad kentang dan simpan di rak tersebut.

C.Blakforrest Cake Pop

Kalau hari kerja, memang malam sahaja la waktu saya dapat bekerja. Jadi hanya selepas Dyzhwar tidur, baru saya dapat siapkan cake pop saya berperingkat. Peringkat pertama, saya cuma ulikan kek dengan cream cheese. Bulat-bulatkan dan simpan dalam peti. 

Peringkat kedua, hari yang lain, saya salutkan dengan coklat. Kemudian simpan semula dalam peti. Jumaat malam, baru saya dapat buat corak-corak dipermukaan cake pop tu. 

D. Fruit Tartlet

Seperti masa raya hari tu, saya buat kastard filling sehari sebelum hari majlis dan saya simpan kastard tu di dalam piping beg siap-siap. Shell pastry pula saya memang ada simpan stok. Saya suka buat sekali banyak dan simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais. Tahan lama. Saya sapukan permukaan shell tu dengan coklat masakan siap-siap, saing-saing masa saya buat blackforrest cake pop tu. Jimat coklat dan jimat masa.

Sabtu pagi, saya potong siap-siap buah anggur dan kiwi yang akan diletakkan pada fruit tartlet. Dalam 3 jam sebelum majlis, baru saya isikan shell dengan kastard dah hias dengan buah-buahan. Simpan dalam peti. Setengah jam sebelum majlis, baru saya hidangkan.

E. Air lemon dan air buah koktail

Saya perah lemon siap-siap hari Jumaat lepas balik pasar. Terus simpan dalam freezer. Saya buat air lemon setengah jam sebelum majlis. Saya tak perlu simpan dalam peti ais kerana saya guna water dispenser so air tu memang sejuk, jadi jimat masa kat situ. saya cuma letakkan ais sahaja sebelum dihidangkan.

Air buah koktail pun mudah pasal sekadar campur bahan-bahannya. saya buat pun dalam setengah jam sebelum majlis bermula. Yang ni saya letak dalam peti ais pasal ruang yang digunakan untuk letak fruit tartlet dan salad kentang dah kosong, jadi ada la ruang kosong yang muat diletakkan.



Begitu la kiranya cara saya susunkan jadual memasak saya. Sekadar perkongsian bersama pembaca. Mungkin kalau ada cara saya yang salah, boleh ditegur, supaya lain kali saya boleh buat ikut cara yang sepatutnya.

Saya tak pandai kongsi dapur. Pasal tu saya suka buat sorang-sorang, walaupun penat. Syukur sangat D boleh jaga Dyzhwar dengan jayanya pasal Dyzhwar ada satu sifat cemburu bila saya sibuk buat kerja dan tak pedulikan dia. Nanti dia akan tolak saya menjauhi kabinet dapur, takpun dia akan paut kaki saya kuat-kuat sampai saya tak boleh nak jalan.

Budak embam tak makan saman.



Patutnya, bahagian kedua saya kena kongsi tentang kesilapan yang lakukan, tapi tu untuk post di bahagian ketiga la ye. 





8 ulasan:

bunga daisy berkata...

Salute awak sbb pandai manage dlm memasak ni, Bole thn banyak menu nya. =)

Cik Atun Banyak Nama berkata...

saja curious. kenapa sos putih utk lasagne letak dalam bag pipe? heeee...

pastu nak tanya, shell tart selalu kalau letak dalam freezer boleh tahan berapa lama ek? heee..

Xora berkata...

masih belajar lagi bunga. banyak nak kena belajar.

Xora berkata...

letak dalam piping bag supaya senang nak sapu kat atas sos spagety pasal bila dah letak dalam peti, tekstur dah tak cair banding masa lepas masak atas api. so kalau letak dalam bag pipe, senang nak tabur dan senang juga nak simpan. boleh selitkan kat ruang sos pun dah muat.

Xora berkata...

tak silap, 3 bulan pun masih elok utk shell yg simpan dalam freezer. tapi kena letak dalam bekas kedap udara la.

donutayu berkata...

suka baca blog sis..blh dijadikan cth..dr ape yg sy baca sis seorg yg pembersih,teliti,rajin..dan sy suka..boleh jdkan semangat dan cth..hehehe

donutayu berkata...

suka baca blog sis..blh dijadikan cth..dr ape yg sy baca sis seorg yg pembersih,teliti,rajin..dan sy suka..boleh jdkan semangat dan cth..hehehe

donutayu berkata...

suka baca blog sis ni..dr ape yg sy baca,sis seorg yg rajin,teliti,pembersih..sy suka..blh dijadikan semangat dan contoh..tersusun je semua..ade perancangan.. boleh ikut ni jd kan panduan..hehehe..