Lori Surat Khabar Lama

17 Oktober 2012

Rak dalam Kabinet

Salam dan hai


Kadang-kadang, saya rasa, nak menyusun barang pun memerlukan kos. Kalau nak barang nampak kemas, pun kena keluarkan duit. Saya percaya, ada sahaja cara DIY tapi tu bukan kepakaran saya dan tiada tahap kreativiti nak cipta, maka saya beli sahaja siap-siap segala apa yang membolehkan barang-barang dirumah kami tersusun elok.

Contohnya macam shelf ni


Sumber

Ni dapur saya




Dapur saya tidak besar, rasanya 9 kaki untuk kabinet atas dan 7 kaki kabinet bawah. Buat masa ni saya memang tiada rancangan nak extend dapur, tapi saya ada rancangan nak tambah kabinet sampai siling. Jadi boleh la simpan barang-barang hadiah dalam tu. Lagipun dapur yang kecil lebih memudahkan saya bekerja -- buat masa sekarang.


Memandangkan rancangan nak tambah kabinet ke atas tu adalah rancangan selepas 3-4 tahun, maka buat masa sekarang, saya kena gunakan segala ruang di dalam kabinet ni, secukup-cukupnya. Dah banyak kali susunan dalam kabinet ni berubah-ubah, mengikut keperluan semasa (Post)

Saya banyak bergantung pada Rationell Variera shelf daripada Ikea ni untuk bantu menggunakan segala ruang sepenuhnya. Masa ke Ikea (Post) hujung minggu lepas, saya beli shelf ni sampai 3. Saya beli saiz kecil, yang RM 11.90, bukan yang besar sikit RM 19.90 pasal kabinet atas saya tak muat untuk saiz besar.

Saya ada masalah dengan ruang ini pasal bahagian mangkuk/ piring bercampur dengan bahagian mug. Saya tak suka sangat. Tapi pada waktu tu, tu aje ruang yang boleh diletakkan.




Saya nak letakkan mug di sini, di bahagian cawan dan gelas. Biar semuanya satu tempat. Tapi tak cukup ruang. 




Tapi bila tengok gambar-gambar rujukan ni, saya rasa, masih ada ruang yang boleh saya manfaatkan sepenuhnya




Lepas beli shelf, terus sahaja pindahkan mug ke ruang famili yang sama dan hati sukaaaa tengok hasilnya~






Sempat gak rembat gelas murah Ikea ni 3 biji, satu cuma RM3.90 aje. Pasal kebanyakkan gelas saya semua jernih, takde yang warna warna, jadi beli la 3 biji ni untuk puaskan hawa nafsu. 

Saya dah pakai dua shelf untuk ruang cawan/gelas, lagi satu shelf saya letakkan di ruang blender, di atas ruang tos pinggan. Jadi lepas ni dah tak payah nak tolak-tolak, semua dah jelas nampak kat mana kedudukannya.


Blender kering untuk Panasonic memang takde pasal
saya dah pecahkan. So agak kosong disitu



Selain shelf ni, kami beli bekas empat segi ni. Yang ni, D yang nak pasal dia semak tengok ruang kabinet dia. Tempat saya dah tak cukup, jadi saya letakkan barang-barang macam towel, baju jaket dia, baju melayu, sampin semua kat belah dia. Tapi saya ikat supaya tak terlerai, kira OK gak la usaha saya kan?




Lepas dah beli bekas ni, lagi kemas la. 


Cuma belum buat labelling lagi. Nanti la buat

Ha, rasanya selesai kot kisah barang-barang yang saya beli di Ikea. Mungkin akhir bulan ni, InsyaAllah kalau D lembut hati nak bawa saya gi Ikea lagi, ada la update kisah barang kami lagi.





18 ulasan:

Nor Arinee Mat Saaud berkata...

tak pernah tahu pon ade shelf cmtu, tp mmg tgh cari 2 ..utk wardrobe dlm bilik..nk susuh baju

Hafnidah berkata...

Xora,

Boleh x bagi ukuran size untuk small shelf tu..

tq

Mrs.aisheiteru berkata...

Good job! bila la sy dpt berkemas. skrg ni main campak jer. hadiah kawen pun dlm stor lg. huhuh

mun berkata...

idea yang bagus nih.....boleh apply kat rumah..thanks for sharing

Xora berkata...

ada byk lagi pilihan kat ikea. kat kdai cam Cosway pun ada jual rak -rak organizing cam ni, cuma kena ikut pilihan kita camne pasal ada yg takut tak muat almari kan

Xora berkata...

Hafnidah boleh klik kat link bawah gambar tu utk terus ke Ikea nye page. tapi saya kasi juga ukurannya

Product dimensions
Width: 32 cm
Depth: 13 cm
Height: 16 cm

Xora berkata...

kena cari hari tau nak berkemas. hari sabtu la, ahad leh rehat as reward mengemas. tapi saya cuma leh ngemas malam aje lepas anak tidur

Xora berkata...

absolute pleasure :)

Cik Atun Banyak Nama berkata...

bestnya rumah agak dekat la dengan IKEA. saya dah lama berhasrat nak pegi tapi apakan daya... Jamu mata kat website dia pun jadilah...

saya pun nak beli jugak rationall rivera ni kalau ke sana satu hari nanti. haha. sebabnya kabinet kat dapur sudah semakin sesak dengan cawan dan tempat banyak tapi macam tak best penuhkan semua kabinet dgn cawan jer pulak.

ada sapa-sapa nak mulakan business 'Tolong Beli Barang Ikea dan Poskan'? kalau ada dah lama saya jadi pelanggan pertama. Huhu.

IeRA berkata...

cuba masuk web ikea... boleh delivery kat situ rasanya

IeRA berkata...

cuba masuk web ikea... boleh delivery kat situ rasanya

Hafnidah berkata...

tq xora. sangat praktikal. nak beli jugak la :)

Xora berkata...

wah ye ke Iera. saya pun tak tau. nk godek jap la. thanks iera

Puan Husna berkata...

mmg best ada shelf tu.lepas tgk entry xora sebelum ni terus g ikea *kebetulan nak beli hadiah kawen kwn gak*...cari kt bahagian bwh tp x jmp, rupanya kat atas...thank xora bagi idea.. :)

Puan Husna berkata...

mmg best ada shelf tu.lepas tgk entry xora sebelum ni terus g ikea *kebetulan nak beli hadiah kawen kwn gak*...cari kt bahagian bwh tp x jmp, rupanya kat atas...thank xora bagi idea.. :)

deq su berkata...

maklumat yang bagus.. dah ada idea sikit nk susun atur rumah macam mana.. cilok idea awak sikit boleh??? boleh ar...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sis.nk tnye la bape kos ye sis wat kabinet dapur tu?simple but nice..rase nk wat cmtu utk umah baru kami....

Xora berkata...

puan anon. saya kena dalam 6k, tapi harga tu 3 tahun lepas. kena amik kira gak keluasan (kaki) dapur, dan material apa yg kita pilih utk dapur kita. semua tu memainkan faktor utk harga akhir nanti