Lori Surat Khabar Lama

11 Jun 2012

Status Bilik Permainan: Siap Sepenuhnya

Salam dan hai


Takde yang lebih menyeronokkan bagi saya bila projek bilik permainan yang dah dijalankan berbulan-bulan akhirnya, siap sepenuhnya.

Hari Jumaat lepas, waktu rehat lama masa tengah hari, jadi balik rumah Ibu untuk susukan Dyzhwar. Sekali, kurier hantar wall sticker sampai. Punya la super seronok!!

Terus kasi Aqil buka, dia rasa macam buka hadiah pasal bungkusan dibungkus kemas sungguh. Paling penting, boleh dikitar semula. Sejak terlibat dengan aktiviti kitar semula, mata amat alert dengan simbol kitar semula ni.


wall sticker yang saya beli dalam post yang ini

siap dapat kapur sekali untuk papan hitam tu




Tuan bilik permainan over dose susu, terus tidur









Memang sangat-sangat tak sabar nak balik rumah, memulakan aktiviti menampal sticker ni. Jam rasa berjalan lambat sangat-sangat.

Dyzhwar pula macam tahu-tahu sahaja saya ada plan, jadi dia tidur elok naik kereta, sampai la dah masuk rumah. Senang sangat umi nak mulakan aktiviti deko ni.


Saya dah beli playmat Cosway, 3 set lagi yang diperlukan--ikut anggaran saya. 




Lantai yang perlu ditutup adalah disini-- ruang di bawah pelampung kereta ini



Tada.. dah siap dipasang






Tapi, rupanya masih tak cukup. Ruang dibawah ini pulak tak cukup. 



Saya kira-kira, kena beli lagi 1 set, tapi yang hanya digunakan mungkin dalam 25 keping, sedangkan yang diberi 36 keping. So rasa macam membazir pulak. Jadinya, saya gunakan kaedah lain. Nanti saya cerita dalam post lain. 

Oh ya, rak almari baju ni pun kami dah bawa keluar daripada bilik ni dan diletak di bilik sebelah. Bilik ni memang khas untuk bermain sahaja. 

Lepas selesai playmat, saya mulakan pula aktiviti menampal wall sticker.

Saya mulakan dengan dinding yang ini.



Dimulakan dengan Bismillah. Saya tak ikut rujukan rekaan yang disertakan. 



Memang pada awalnya nak tiru sahaja, tapi pasal saya dah tersilap pasang dahannya, jadi saya teruskan ikut cara saya sahaja. 

Hasil sepatutnya
Sumber: Fancybugs
Tapi ini hasil saya
Terlaksana juga wishlist saya yang ini

Tu playmat kat hujung pintu tu, memang ditiadakan. Kalau tak, pintu takleh nak tutup



OK la juga kan? Takde la buruk sangat hasil idea sendiri. Hehe

Teruskan dengan projek sticker yang berikutnya


Sumber: Fancy Bugs
Saya beli 2 set untuk rekaan ini



Pasal dinding seluas ini



 Memang menakutkan juga nak tampal sticker ni. Pasal takde pengalaman lagi, takut juga tersilap tampal. Tapi pasal tak sabar nak tengok hasil, saya pun main tampal-tampal dan tampal



.. dan menghasilkan ini






 Bunga tu takde dalam pakej ye tapi saya tampal pasal bunga tu beri tekstur yang berbeza pada dinding. Bunga span tu saya dapat masa harijadi saya yang ke 25. Memandangkan materialnya lembut, jadi saya tampal kat dinding. Masa ni, masih melekat, tapi sekejap aje. Kejap-kejap dah tertanggal. Geram betul. Nak kena cari kaedah nak kasi tampal bunga ni dengan lebih kukuh.

Rupa keseluruhan bilik permainan Dyzhwar macam ni pada malam projek disiapkan. Masa ni saya belum ubah kedudukan perabot pasal dah malam sangat. Masing-masing penat, jadi tangguhkan untuk esok harinya.


Bunga span dah takde pasal terjatuh


Ni YB kecik melawat kawasan, keesokan hari nya





Rasanya, Dyzhwar suka kot bilik ni

Lega sangat-sangat projek bilik permainan Dyzhwar dah selesai sepenuhnya. Yang akan datang, mungkin tambahan-tambahan kecil sahaja, tapi yang besar-besar, semua dah siap.

Pagi sabtu tu, saya dan D alihkan rak almari baju dia dan saya ubah beberapa kedudukan perabot dalam bilik permainan Dyzhwar. Untuk gambar keseluruhan bilik permainan selepas susun atur yang baru, nanti saya kongsi dalam post berikutnya ya?

 Saya tak tahu apa pendapat Dyzhwar tentang bilik permainan dia yang dah lengkap ni, tapi rasanya dia OK aje kot.


Dyzhwar dah tak takut kat Zirafah ni


Tapi wall sticker FancyBugs ni memang cantik. Blackboard tu pun memang mudah sangat nak dibersihkan. Saya tak sangka saiznya sebesar tu sebenarnya, tapi syukur gak sticker tu besar. Penuh terus wall saya dengan sticker tu. Servis pun bagus, saya dapat combine shipping cost pasal beli banyak. Yang penting, kalau tersilap tampal, masih boleh dibuka dan ditampal semula tanpa merosakkan dinding--tapi kena buat dengan cermat dan jangan tergopoh.




Post akan datang, saya kongsi wall sticker kat tangga saya, saya pilih rekaan dibawah ni.




Sumber: Fancybugs




Intai sikit..




6 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

sian kat big owl tu dok atas pokok bukan kat ranting. lalala

bleh tunjuk azreem nie. aku suka yg letak kat tangga tu. mmg boring jer nengok dinding kosong ajer... aku rasa cam nak suh org tu print muka aku la jadi wall deco, patsu bleh tepek kat umah mu skali :p lalala

Unknown berkata...

bagus juga tersalah tampal kan..? tinggi cket chalkboard tuh.. kalo rendah sgt nnt D jr boleh capai plak. bahaya kalo terjilat tulisan kapur tuh..

Xora berkata...

owl tu retis.. ko mampuberdiri atas pokok??

motip gambar hengkau nak letak kat rumah haku.. ko retis juga?? tungu ko kurus, baru ko leh propose semula lala

Nadia Havez berkata...

tangga tu.. cantiknya..
seronok YB kecik tu nampaknya..

Unknown berkata...

cantik n kretif..comel btl Dyzhwar... :)

famzmhj berkata...

bestnye bilik Dyzhwar.. saya bercadang nak beli kat Fancy Bugs sticker versi whiteboard tapi tunggu dulu kot-kot ade sale. hehe.