Lori Surat Khabar Lama

21 Jun 2012

Bila D Cedera

Salam dan hai


Ikutkan minggu lepas, ada aje aktiviti deko rumah yang saya nak buat. Tapi malangnya, D cedera masa main bola sepak. Kawasan kejiranan rumah kami ada buat perlawanan bola sepak, dan masa semi final D boleh cedera pulak. Dia cedera sorang-sorang, takde sapa tackle dia. 


Bola sepak itu cederakan dia.


Kena simen kaki

Nasib la team lorong kami menang johan. Berbaloi la juga, walaupun lepas tu Dyzhwar jadikan pingat D tu bahan mainan dia aje.


Masa jumpa doktor, doktor kata takde apa-apa, takde patah atau retak. Cuma kena rehat. Jadi doktor syorkan disimen sementara. Jenis yang simen separuh tu. 

Hari Isnin, jumpa doktor pakar pula. Pakai benda alah ni pulak. Kena hampir RM300 gak la. Nasib company cover. Kalau tak, harus la tambah murka dan D dilarang main bola sepak seumur hidup





Disebabkan kecederaan D ni, saya tak dapat nak buat apa-apa projek deko rumah, even dah ada beberapa dalam senarai. Saya kena jaga Dyzhwar pasal D kena banyak rehat. Selalunya, kalau saya tengah buat projek deko saya, D yang akan tolong jagakan Dyzhwar.

Jadi, cuma projek simple ni sahaja yang saya sempat buat masa Dyzhwar tidur.


Meng'Hack' almari baju Ikea. Nanti saya buat post khas untuk ini
Susun resepi ikut kategori
Tambah lagi wall sticker dalam bilik permainan Dyzhwar.
Ni nanti saya buat post khas juga




D yang sakit kaki, saya yang 'patah kaki'. Tak dapat buat apa sangat, pasal perlu jaga Dyzhwar yang semakin aktif. Nak ajak keluar gi mall beli barang pun tak dapat pasal D kena banyak berehat. Nak pergi sorang, tak berani la dengan keadaan sekarang yang banyak kes jenayah. 

Harap hujung minggu ni, dapat la curi masa nak tebas semak belakang rumah tu. Walaupun tanah sekangkang kera aje, tapi semak dah naik sampai peha. Ni akibat tuannya yang malas. Tapi pasal malu dengan jiran-jiran dan tambah, takut banyak nyamuk, maka kena la jalankan projek menebas hujung minggu ni InsyaAllah



10 ulasan:

Nadia Havez berkata...

waiting for the post yang tertangguh tu~ ^_^

♥ balkidz_hunny ♥ berkata...

Xora, aku nak tunggu post kau pasal sticker, sebab aku pun tgh plan nak deco mini-room anak aku nie. :)

Cik Atun Banyak Nama berkata...

walaupun tak patut, rasa kelakar pulak ayat 'Dia cedera sorang-sorang, takde sapa tackle dia'. Apa pun, semoga cepat sembuh...

almari baju Ikea!!! saya pernah pakai dulu dan ingat nak beli untuk baby tapi takut kereta tak muat nak sumbat. Huhu.

Reen Tart Nenas berkata...

nak aku tolong ke pasal semak tu? hahaha laki ai pakar racun :) xyah susah2. ko masak ringan2 je. hahaha antaranye mungkin, choc chips ke, puding ke, cheese tart ke, mee kari ke, nasik ayam ke... hahaha

Xora berkata...

InsyaAllah minggu depan ye :))

Xora berkata...

sticker tu aku beli dr fancybugs juga. ko rajin2 gi milkadeal atau groupon, kdng2 fancybugs bt promo. aku kalau tak disebabkan harga diskaun, takdenye kot aku nak beli hehe

Xora berkata...

statement tu statement geram pasal D mungkin terlupa, memakai jersi nombor Ronaldo, tidak menjadikan beliau seorang Ronaldo..

Xora berkata...

hoi apasal aku rasa tu menu utk potluck rumah hengkau??? adakah ini cobaan halus mempengaruhi haku?

Zila bini Aje berkata...

Salam,awak..mana beli wall sticker ek

Xora berkata...

zila, saya beli online kat sini

http://fancybugs.com/