Lori Surat Khabar Lama

22 Jun 2012

Bilik Permainan: Keperluan atau Tidak?

Salam dan hai

Saya ada terima beberapa emel (kebanyakkan pembaca sedia ada blog kawin saya pasal diorang emel kepada diaterimanikahnya@gmail.com. Memang korang pandai hehe), bertanyakan pendapat saya tentang bilik permainan dan kebanyakkan mengfokuskan kepada kos keseluruhan bilik permainan dan keperluannya.

Memandangkan dah ramai yang bertanya, saya rasa tak salah untuk saya kongsi. Tiada niat untuk riak (bilik permainan aje pun, bukan kabinet dapur  atau extend rumah pun) sekadar berkongsi info dan memudahkan ibu-ibu atau bakal ibu yang berniat nak sediakan bilik permainan untuk anak masing-masing.

Tapi saya akan buat secara berperingkat. Post kali ni, saya nak kasi intro dulu kenapa saya buat bilik permainan kerana ada yang bertanya pada saya, bilik permainan ni perlu ke ada dalam rumah.

Jawapan pada pendapat saya: ikut kepada pilihan ibubapa kanak-kanak itu 


Kita kena akui, rumah di Malaysia ni biasanya ada empat bilik sahaja, ni untuk rumah dua tingkat. Kalau setingkat, mungkin tiga atau mungkin juga dua. Jadi, sebelum amik keputusan untuk pilih sama ada nak buat bilik permainan atau tidak, mungkin antara perkara yang kita perlu fikirkan:-

1. Keperluan: 
Fikirkan keperluan bilik ni berdasarkan kepada keperluan keluarga masing-masing. Perlu atau tak reserve satu bilik untuk bilik permainan anak? Kalau kat rumah ada 4 bilik, satu dah jadikan bilik tidur, satu dah jadikan bilik stor simpan barang masa bujang, satu dah dijadikan bilik tetamu, bilik terakhir tu nak dijadikan bilik permainan atau atau reserve untuk dijadikan bilik bekerja pasal kita bekerja daripada rumah? Atau kita perlukan satu sudut untuk anak bermain sambil kita monitor ketika kita buat kerja rumah?

2. Kemampuan: 
Daripada segi kos dan masa, kita mampu tak nak sediakan kos yang terlibat? Kita ada minat tak untuk meneruskan projek bilik ni sampai siap? Berapa lama masa kita berikan untuk siapkan projek ini? 


3. Kemahuan: 
Adakah kita memang jenis tak boleh tengok rumah bersepah dengan barang permainan? Kita tak suka takut terpijak barang permainan yang dicampakkan di tangga atau lantai?  Adakah kita mahu sediakan ruang yang lebih selamat untuk anak daripada dia bermain-main dengan wayar-wayar TV?

Kita fikir dan senaraikan dulu kriteria-kriteria ni. Kena ingat, tak semestinya orang buat, kita kena buat. Setiap famili latar belakangnya berbeza.

Sebenarnya, tidak semestinya perlukan satu bilik khas, tapi memadai ada satu ruang khas untuk anak-anak ni bermain, berkarya (kalau dah boleh melukis, menulis, menconteng) dan berhibur (kadang-kadang budak-budak ni suka playrole, jadi tukang masak la, maid la).

Ada banyak pilihan lain selain menyediakan bilik permainan. Ada yang menggunakan ruang dibawah tangga untuk dijadikan ruang permainan anak macam gambar-gambar ni




Sumber



Sumber


Sumber




atau rumah permainan di luar rumah (ni duit banyak nih!)


Sumber


Mungkin kalau playhouse terlalu mahal, boleh pilih play tent macam ni




Sumber



Sumber
Sumber

Ataupun satu sudut kecil yang dikhaskan untuk bermain di dalam rumah.


Sumber
Sumber



Semua pilihan di atas juga boleh dijadikan pilihan selain menyediakan bilik permainan. Bergantung kepada tiga kriteria yang saya senaraikan diatas tadi.

Macam saya, antara sebab kuat kenapa saya nak sediakan playroom untuk Dyzhwar kerana untuk memenuhi impian masa kecik saya dahulu. Masa kecil dulu saya tak dapat playroom. Saya nak ruang bermain tapi ibu selalu cakap "Ibu dapat kasi korang makan, pergi sekolah pun dah kira bersyukur". --ayat drama melayu Ibu.

Lagipun, masa kecik, ibu jaga anak-anak orang dan rumah kami memang maha bersepah setiap hari. Ibu selalu cakap "Nanti ko besar, belajar elok-elok. Jangan jadi cam ibu, belajar tak tinggi, kena basuh kencing berak budak. Pasal tu rumah bersepah. Ko nanti dah kawin, rumah jangan bersepah-sepah" --sampai hari ni, ibu gunakan ayat ni untuk saiko adik saya pula haha. 


Disebabkan saya dah biasa dengan rumah bersepah dengan barang permainan, saya kata kat diri saya, nanti kalau saya ada rumah, saya tak mahu rumah saya bersepah-sepah. --Menjelaskan kenapa saya ada OCD. 


Dengan ada bilik permainan ni, peratusan sepahan barang permainan dalam diminimumkan hanya di dalam bilik permainan dan tiada di ruang tamu atau dapur. Memang bilik permainan Dyzhwar tunggang langgang kalau dia masuk, tapi sekurang-kurangnya, sepahan hanya di dalam bilik. Dan saya tak perlu pening fikir nak mengemas kalau tiba-tiba ada tetamu yang nak datang last minute. Tak perlu nak sediakan satu bakul kosong untuk kaut mainan yang bersepah dengan kadar segera. 

Sebab lainnya, saya mahukan persekitaran yang lebih selamat untuk Dyzhwar bermain. Dyzhwar sangat lasak dan dia sangat suka wayar-wayar yang berselirat. Memang mebahaya kalau dibiarkan. Kami letakkan bilik permainan di atas bersebelahan dengan ruang TV, supaya babahnya (memandangkan babahnya yang selalu monitor pergerakan Dyzhwar bila saya memasak atau buat kerja rumah yang lain) boleh layan TV sambil-sambil tu dan tak bosan sangat. 

Walaupun ada orang yang berpendapat, saya sepatutnya menyediakan bilik tetamu berbanding bilik permainan, tapi memikirkan faktor kebarangkalian orang untuk singgah tidur di rumah kami amatlah rendah, kedua-dua belah keluarga pun tinggal di Serdang yang hanya lebih kurang 20km daripada Bangi, abang-abang saya tinggal di Cheras dan di Serdang, adik-adik D masih bersekolah, dan daripada kami membeli perabot untuk bilik tetamu yang kemudiannya hanya akan jadi gajah putih di rumah kami, baik kami fokuskan kepada bilik permainan yang setiap hari akan Dyzhwar masuk untuk bermain.


Lagipun, saya nampak dyzhwar sudah mula faham konsep barang permainan hanya di dalam bilik permainan dan tidak boleh dibawa keluar dari bilik. Setiap kali dia keluar, memang dia tidak bawa barang permainan sekali (dia tinggalkan sahaja di lantai. Mungkin nanti kena ajar dia cara mengemas barang permainan dia). Walau dalam kereta sekalipun, dia jarang main permainan, sekadar mengalamun pandang ke luar tingkap atau berkomunikasi dalam bahasa dia dengan saya. Jadi ni faktor yang saya perasan secara tidak sengaja, telah mendisiplinkan Dyzhwar.

Untuk saya tetapkan perlu atau tidak bilik permainan untuk anak-anak, memang tidak adil kerana setiap famili ada latar belakang berbeza. Kita lihat kembali kepada keluarga masing-masing dan fikirkan sama ada kita perlukan bilik permainan atau tidak. Bukannya kalau tiada bilik permainan, bermakna kita ibu bapa yang teruk, yang tidak menyokong pembesaran minda anak; kita semua dulu pun, mak ayah takde sediakan bilik permainan tapi kita besar jadi orang berguna juga kan?

Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Ada atau tidak, tiada yang salah disitu. Semuanya hanyalah pilihan masing-masing.

Post akan datang saya akan kongsikan anggaran kos keseluruhan bilik permainan Dyzhwar dan juga cover untuk post-post tertangguh dalam post hari tu.



Selamat berhujung minggu!

4 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

saye setuju ada bilik permainan. sbb nanti bila kite memasak di dapur, bapak nyer dh ada tugasan la untuk menjaga anak nyer di bilik mainan. senang. xyah sepah2 kat hall. ini tidak, kot tetiba ada tetamu suka sangatttt datang umah dgn mengejut (sapa tuh?), ha, takde la penat nak kemas. apa pun terpulang pd individu. kos murah atau mahal, terpulang pada makknyer la. kalau dah mak nak beria letak tent punya besar dlm bilik, or beli gelongsor besor gadang tu, harus la mahal kos nya.

kalau aku nanti, pasti bilik mainan kat bawah tangga. pasal tv kat bawah. azreem dah cakap takmo jaga anak dalam bilik kalau tv takde. herkkkkk! mogok masak baru tau!

Xora berkata...

hengkau mogok masak biar la sebulan, ni sehari dah cair. cis la

Unknown berkata...

xora, patutnye kene ade video dyzhwar maen dlm bilik ia sebagai selingan di situ. huhu..=)

QueenBz berkata...

Aku banyak refer kau utk bilik permainan nie. Aku tak sebesar bilik kau. Tapi ok lah. At least ade ruang utk Isya main & papa die tengok2kan sambil aku kat dapor!