Lori Surat Khabar Lama

06 Jun 2012

Menunggu Wall Deco Sampai

Salam dan hai


Patutnya, hari ni wall deco yang saya beli di Group On sampai kat rumah ibu. Kalau tak delay, malam ni dah boleh tampal kat bilik permainan Dyzhwar.


Saya pilih design ni untuk bilik permainan Dyzhwar.








 Rasanya, bilik permainan ni dah hampir lengkap daripada segi dekorasi. Cuma nak beli playmat lagi 2 set, tapi asyik habis aje kat Cosway. 


Kalau nak fikirkan puas hati, rasanya kalau dapat barang-barang kat bawah ni, baru puas hati kot




Lantern bentuk hot air balloon boleh gantung kat siling


.. pasal nak buat yang ini, amat mustahil

D kata khemah/kelambu belum sesuai untuk Dyzhwar.

Super saiz bantal yang empuk

Cool kan? Bantal berbentuk dahan kayu
Tak pun beg kacang
Sumber: Beanbagmalaysia

D, this is for u. Hehe

 Keperluan bilik permainan ni, saya rasa dari masa ke masa akan bertambah dan berubah, mengikut perkembangan Dyzhwar.




Ha, beli deko yang ni juga untuk letak kat dinding ruang tangga kat atas. D luluskan yang ini, walaupun pink. Hehe







Kena tunggu petang ni. Tak sabar nak mulakan projek tampal menampal..!





13 ulasan:

Shahnaz Bashah berkata...

salam..
chantik...xora mmg kretifla...

SR dr blog xora yg lagi satu....

Adein Kushairi berkata...

xora beli kt group on..? slalo online kt group on, tak penah nampak pun iklan utk stiker neh..? murah tak..?

Mazuriah Mohamed berkata...

selamat menampal. :)

Xora berkata...

ni dah lama offer ni, bulan lepas rasanya. mungkin kamu tak perasan kot, saya pun mula2 tak perasan, kawan yg bgtau pasal dia tahu saya mmg tgh cari wall sticker ni

Xora berkata...

komen saya seperti yg saya cakap kat akak baru tadi hehe

Xora berkata...

ish ni tak kreatif ni, ni pun cilok idea kat google images :)

Nadia Havez berkata...

homai khelass xora!

nYomeL berkata...

bila dah dapat mesti excited nak tampal. hehe! :)

Lovely Love.. berkata...

hi xora..
cantik wallpaper kan..tp ada kebarangkalian tak time kita tampal tuh jadi tak cantik?maklum ler..sy ni jenis tangan tak berseni..langsung tak kreatif..kang tetiba jadi cam pelik plak.. :)
1 lagi nak ty pendapat xora, dinding dapur tempat memasak saya tu simen, bukan jubin jadi bile saya memasak terpercik segala minyak dan kotoran.jadi saya igt nak pakai wallpaper cmni jgk ler tampal kat dinding tu..rasa2 sesuai tak?
mekacih :)

Reen Tart Nenas berkata...

aku tunggu ko tampal dulu baru aku buat. hahaha

Xora berkata...

pendapat saya, asalkan kita dah rancang susunan wall deco tu, tak jadi masalah. saya pernah terjumpa artikel, org tu kata, kalau nak tampal wal sticker ni, jgn tanggalkan daripada pelekat dan terus tampal. sebaliknya, potong bahagian yg kita nak (dengan bahagian alas dia skali) then tampal kat dinding pakai selotape. lepas puas hati dgn susunan, baru kita tanggalkan wall deco daripada pelekatnya. tapi ni saya cite pasal wall sticker tau, bukan wallpaper. kalau wall paper biasanya org selalu upah pasang, pasal wall paper lagi susah nak manage pasal saiz lebih besar.

Yg kedua tu, ni pendapat saya aje ye. kalau dinding dapur tu simen, saya rasa baik kamu pasang jubin dulu, instead of pasang walldeco. pasal jubin lebih tahan panas dan tahan lasak, banding wall deco. Kecuali kamu dah pasang jubin, then baru nak pasang wall deco, tu takpe juga kot. lagipun, permukaan jubin lebih licin banding simen, jadi tampalan lebih kemas dan sempurna saya rasa.--saya rasa la. tak pandai, tapi nk kasi pendapat aje :D

Xora berkata...

teruja sgt2.. teruja cam dapat baju nikah--eh?

Xora berkata...

tampal kat muka ko dulu, boley?