Lori Surat Khabar Lama

27 Jun 2012

Beberapa Aktiviti Hujung Minggu

Salam dan hai

Macam yang telah dijanjikan, saya nak sambung post yang tertangguh minggu lepas. 

Tapi sebelum tu nak tanya, macam mana weekend korang semua? Harap digunakan dnegan efektif ye, tak kira la nak hias rumah ke, luang masa dengan pasangan dan anak ke atau berjalan-jalan ke.

Weekend saya minggu lepas, memang terisi penuh. Rasa macam tak cukup cuti 2 hari tu. Siap dapat kunjungan terhormat famili saya datang melawat kami (atau spesifik, melawat D yang cedera --katanya..!!) petang Sabtu.

ATLET yang tercedera



Orang yang paling gembira adalah Dyzhwar. Dia sangat gembira pasal semuaorang tumpu kat bilik permainan dia. Selama ni, cuma saya dan D aje yang temankan dia. Tapi kali ni, opah, atuk, pakngah, mak ngah, abang aqil semua temankan dia bermain. Habis semua barang mainan dia yang sejemput tu, dia bawa keluar nak tunjukkan. Malu la umi, barang mainan Dyzhwar sikit aje, boleh hitung dengan jari aje.


Overdose senyuman pasal dilayan sepenuhnya









menari gembira


Sampai saya panggil pun tak laku T.T


Tapi dia macam kelu sikit dengan kazen dia Izzati ni, terutama bila Izzati guna high pitching..


video


Famili gathering sampai lepas Magrib. Nasib pagi dan tengah hari tu, saya masih sempat langsaikan beberapa projek DIY saya. Jadi nak kongsi secara ringkas disini. Post sebelum ni, saya ada post tertangguh untuk beberapa projek. Kat sini, boleh la kongsi hasilnya


1. Drawer baju Ikea



Sticker ni saya beli di Fancybugs juga. Sekali dengan penggunaan voucher beli di Group on. Rancangan saya, nak beli kertas pelapik untuk ditampal di permukaan yang boleh nampak dalam kat rak ni, sekurang-kurangnya, dapat tutup keadaan dalam drawer. Untuk rekod, saya simpan barang dalam rak baju tu, ada ditulis dalam post yang ini.

Ni kerja DIY yang mudah, tak perlukan pemikiran kritis dan kreatif pun. Cuma tampal ikut suka. Hasilnya begini






dari jarak dekat




2. Sticker lagi di bilik permainan


Sebenarnya, ni wall sticker yang pertama saya beli, 





ironinya, sticker ni yang paling akhir saya tampal. Dapat sahaja, terperuk terus dalam stor. Masa beli tu, rancangnya nak letak dalam bilik permainan Dyzhwar, tapi bila tengok, coraknya macam kurang sesuai, tak menarik untuk diletakkan dalam bilik permainan, pasal tu la terbiar dalam stor.

Tapi lepas fikir-fikir, saya rasa wall sticker yang burung ni mungkin sesuai diletakkan dalam bilik permainan Dyzhwar


Walaupun tidak mengikut corak yang dicadangkan, tapi hasilnya tidak lah mengecewakan sangat.







Sengaja saya tampal bawah daripada langsir. Kononnya, beri ilusi bila pagi-pagi, selak langsir, nampak la burung berkicauan. Bila malam tiba, langsir tutup, kawanan burung pun takde dah (Tu wayar aircond, lama lagi baru akan pasang aircond, mungkin lagi 5 tahun kot hehe)

Yg wall sticker kedua tu, saya tak tau nak letak mana yang sesuai. Terlintas di fikiran nak letakkan di rak kasut ni. Permukaan rak kasut ni licin, sesuai untuk letak sticker. 







 Akhirnya, saya lekatkan di rak kasut. Tapi saya cuma amik sticker yang warna hijau epal ni sahaja. Yang hijau tua, saya tak lekatkan. Rasanya dah terlalu penuh nanti. Boleh la hasilnya, sekurang-kurangnya ada la perubahan berbanding dahulu yang kosong membosankan.








3. Bilik air tetamu


Bilik air bawah ni, kami memang khaskan untuk kegunaan tetamu. Walaupun kecil, tapi keperluan asasnya macam baldi, gayung, selipar memang dah ada.  




Ikutkan nak jadikan warna temanya biru, tapi rasanya
macam tak sesuai dengan dinding dan lantai. Nanti kena ubah.
Bahan pencuci tu kena alihkan juga, termasuk baldi mop

Cuma yang jadi masalahnya, bab sabun. Sebelum ni, kami letakkan sabun buku di ruang mandi, tapi kadang-kadang disebabkan jarang digunakan, sabun tu dah jadi kering dan keras. 

Banyak kali juga saya google idea macam mana nak lengkapkan bilik air untuk tetamu tu. 


Saya akhirnya terjumpa idea yang saya kira, praktikal juga untuk kami.

Sabun buku kami gantikan dengan sabun mini yang rembat daripada hotel, spa dan rumah peranginan yang kami pernah pergi.




Macam ni
 Impiannya, nak disusun ala-ala hotel gitu, macam kat bawah ni







Tapi memandangkan sinki kami, sinki standard sahaja, jadi kami letak pakai bekas Ikea ni sahaja untuk masa ini. Masa akan datang, bekas ni boleh dijadikan bekas simpan berus atau pensil warna Dyzhwar hehe.






Impian bilik air tetamu saya adalah sebiji nak tiru macam kat bawah ni. Kedudukan tandas dan sinkinya sama saiz macam tandas kami. Jadi ini yang paling dekat boleh digunakan sebagai inspirasi. Kalau tengok ruang di belah kanan tu, walaupun nampak sikit sahaja, tapi boleh nampak set toiltetries diletakkan disitu. Disebelah kiri, diletakkan pemisah untuk ruang mandi. 










Ye, saya nak tiru bulat-bulat. Tapi kena tunggu duit datang bergolek dulu. 

Itu sahaja tiga aktiviti deko rumah yang saya sempat buat. Minggu ni saya tak tahu lagi sama ada akan ada aktiviti atau tidak. Kadang-kadang, benda macam ni datang spontan. Kalau dirancang-rancang, tu la yang tak sempat-sempat dibuat. 


Ni Dyzhwar, pada hari Ahad, sehari selepas keluarga saya datang melawat kami. Kesian dia, main sorang-sorang. 




Babah dan umi sahaja la dunia Dyzhwar




video

9 ulasan:

♥ balkidz_hunny ♥ berkata...

kau buatkan aku makin jadi gila sticker! HAHA

Puan T berkata...

dey ummi, mainan dyzhwar adelah byk hokey. mainan najwa sejemput je. balik2 horse dia balik2 princess dia balik2 miss pink dia. ha 3 ketul tu je la.

oh aku kasi nama kt mainan najwa. eheh~

Adein Kushairi berkata...

aktvt weekend lepas, basuh baju bb & packing brg dlm beg sambil ckp moga2 dpt bb yg comel dan byk akal mcm Dyzhwar. haruslah kan sbb peminat fanatik dyzhwar, hehe.. jd cantik la pula rak tuh, kalo org tgk mest tak caya stiker tuh xora tampal. mcm ngam je stiker+rak, da mcm beli ready-made je.

p/s: dyzhwar belum setahun lg kn..? tp mcm da tinggi je. cket lg nk capai tombol pintu tuh. pasni mest pandai buka pintu sdr. hehe..

Xora berkata...

nasib mainan najwa tak byk, kang payah ko nak igt satu2 nama khas mainan dia hokey

Xora berkata...

haah, dia baru masuk 10 bulan, tinggi tu rasanya paras normal aje kalau ikut buku biru kesihatan tu, dalam 80cm tinggi dia tak silap.

Putri Qaseh berkata...

Sian dyzhwar mase cousin die izzati tu, muke blur mcm xtau nk buat ape..Video terakhir yang die dekatkan muke tu buat saya tergelak la xora..hehehe..shumell

Reen Tart Nenas berkata...

best weh bathroom cam hotel :) feel2 gitu

~Leyyatasha~ berkata...

kak xora, nk tnye la, almari dyzwar tu masih ade ke kt ikea. kite dah g carik, berpusing2 xde la kak..kak, nk email add akk..pls2

Xora berkata...

akak rasa cam dah takde la almari tu pasal masa akak beli tu, produk tu tgh dijual dengan penuh semangat, cam nak habiskan stok. tapi tak tau la kot stok takde kat gudang lg. tapi ada baik, kamu bawa gambar tu ikea, minta staff dia check product. pasal akak tak tau pulak apa nama produk tu, pasal kalau tau, boleh check online aje