Apa la point nak update tentang bilik air?? Dengan cite bilik air pun nak masukkan ke?
Ikutkan takyah masuk, tapi pasal nak kongsi rak plastik beli kat Cosway ni, kena la ada label baru: Bilik air.
Ni la rak baru beli, RM39.90. Sebelum ni, semua sabun kami letak sama ada di tepi sinki atau bahagian pam kat tandas tu. Hehe. Memang semak. Tak tau kenapa D tak pernah komen apa-apa, sedangkan saya hari-hari komen benda yang sama.
Bila dah siap dipasang, rupanya begini
Ketiga-tiga para ni bentuknya (penghadang tepi) berbeza, tapi semua boleh tukar-tukar kedudukan ikut keselesaan.
Gambar kat bilik air takyah amik pasal bilik air biasa sahaja, tapi lengkap la keperluan wajib macam baldi, gayung, tempat sangkut tuala.
Rak ni saya jadikan tempat letak barang-barang keperluan. Para atas sekali, untuk sabun dan syampu. Saya selitkan sekali bekas Ikea untuk gantungkan ubat gigi, berus gigi, pencuci muka dan shaver for his and hers.
Para kedua, saya letak bahan pencuci tandas, macam sabun lantai, dettol, pewangi tandas, pencuci mangkuk tandas. Span dan sarung tangan pun letak sekali kat sini
Para bawah sekali, saya letak stok sabun-sabun. So kalau sabun dah habis, boleh terus ganti dengan yang baru dan senang untuk keep track stok ada lagi ke tak kalau semuanya di tempat yang sama.
ni boleh panggil juga troli pasal bawahnya ada roda. Cuma kalau nak alihkan kena berhati-hati, takut tertolak kuat dan barang tergolek jatuh.
Ikutkan hati, saya lebih suka rak yang macam gambar-gambar kat bawah ni
Yang jenis ada laci bawah sinki
Gunakan juga dinding untuk letak barang. Tak ganggu keadaan lantai sangat
Tapi pasal kewangan kami tidak mengizinkan, jadi tangguh dulu plan ni. Kalau fikir singkat, memang la boleh buat pinjaman peribadi, tapi kami memang tak mahu berhutang. Cukup la hutang rumah, kereta, dan pendidikan yang belum habis dibayar. Biar lambat, asalkan tidak berhutang.
8 ulasan:
wah, beshnye. xora dah beli troli neh. hr tuh hantar proposal pd incik husben nk beli rak neh pasal berangan konon2 botol2 rempah tuh nk susun cantik2 dan boleh tarik ble nk guna, tp tak lulus la. kalo pakai troli neh potensi utk botol tuh jatuh-dan-pecah dari rak dapur tuh kurang cket. ade gak cr rainbow midget yg mcm xora pakai tuh, tp kt labuan neh takde plak. tak tau la masih ade dlm stok jualan tupperware atau da abz promosi.
aku suka yg ada rak tu. mmg best. feel2 omputeh gitu. tp mahal mekkk/ utk kite2 yg no extra income nie.
suka shape shelf tu. beli katne? yg 2 tingkat je ade ke?
Xora write "Gambar kat bilik air takyah amik pasal bilik air biasa sahaja, tapi lengkap la keperluan wajib macam baldi, gayung, tempat sangkut tuala"..tp kn sy fikir xora kene letak juga gambar bilik air dia, sebab mcm x lengkap mcm entri yg lain. normally xora akan letak pic b4 & after. pic worth 1000 words kan?hehe (",)
haha.. amboi pandai cucuk ni.. kena buat banyak sikit update, baru boleh tepek gambar bilik air. ni baru rak je, segan oo
haah, 2 tingkat aje. saya beli di cosway
tu la pasal.. aku rasa dalam tempoh lagi 3tahun kot paling cepat dapat merasa. paling lama, 10 tahun--eh?
rainbow midget tu edisi terhad gak kan. tapi kalau pandai cari dealer, boleh dapat psal kdng2 diorang dapat cabutan bertuah masa tupperware party, jadi diorang jual
Catat Ulasan