Sumber: Ikea
Tapi lepas borak-borak dengan kawan yang pun ada anak seorang, dia cadangkan saya beli almari ini.
Selain almari laci tu, saya beli bekas kotak dibawah pasal tengok kat laman web Ikea, produk box ni kiranya cam pelengkap kepada almari laci ni.
IKEA, RM29.


Jom tengok kandungan almari ni, ada apa kat dalam tu
Laci pertama, saya letakkan baju-baju anak. Daripada kiri, baju tidur dia. Kotak tengah, baju basahan waktu siang, dan kanan sekali, baju jalan-jalan dia. Saya lipat dan susun begini, senang nak tengok dan nak capai. Semua seluar saya lipat sekali dengan baju. Tu yang nampak gemuk sedikit, tapi memudahkan kerja dan jimat masa daripada nak cari padanan seluar dan baju.
Memang anak punya baju jalan-jalan tak banyak pasal ummi nya rasa tak perlu. Rasanya t-shirt dia cuma ada daladm 5-6 helai sahaja, rompers dalam 3 helai. Nasib la anak lelaki, semua pakaian simple. Cukup jeans ada, padankan sahaja dengan t-shirt. Jeans tu pun beli daripada dia nak masuk 2 bulan, sampai sekarang dah 6 bulan. Satu tu aje jeans nya. Daripada labuh tak nampak kaki, sampai dah jadi tiga suku jeans tu. Hehe. Kalau anak perempuan, rasanya mahu berderet skirt berbagai warna saya beli. Ton warna pink aje rasanya mahu 10 jenis saya sediakan.

Laci terakhir, saya letakkan stok-stok macam set mandian, baby wipes dan kapas. Kotak warmer pun saya letak skali pasal dalam tu ada waranti kad. Baby carrier dan beg jalan-jalan dia pun saya sumbat dalam ni.
Yang beg warna hijau epal tu, tak sepatutnya ada dalam ni, tapi saya malas nak keluarkan. Dalam tu ada baju-baju anak yang dia dah tak muat pakai. Biasanya, baju-baju yang dia dah tak muat pakai, saya simpan dalam beg kedap udara, tapi seperti biasa, malas nak panjat almari amik beg tu. Jadi tunggu sampai banyak baju yang dia tak muat, boleh buat sekali harung. Nanti boleh kongsi dalam blog ni juga.
Oh, lupa plak nak cerita atas almari saya letak apa. Ye, seperti mana-mana tipikal ibu, saya menggunakan ruang sepenuhnya. Atas almari tu, saya letakkan kotak yang dalamnya saya simpan botol susu anak, bersebelahan dengan rak susun botol yang nak dikeringkan. Saya menyusu badan dan masa mula-mula semangat menyusu badan tengah berkobar, sentiasa gatal nak beli botol susu untuk simpan susu perahan. Sekarang, masih semangat, cuma dah makin pandai nak susun jumlah botol susu yang diperlukan sehari. Saya tak pakai beg storage, ibu saya tak suka. Dia suka saya frozenkan dalam botol, jadi saya pun beli la botol banyak-banyak --apasal cite pasal botol susu plak ni.
Begitu la kisah saya sebuah almari laci. Hehe.
Post akan datang, nak cerita pasal teknik saya menyimpan bekas-bekas plastik dan mengekalkan susun aturnya, tak kisah jenama Tupperware ke, Ikea ke, atau jenama Taufufa yang dapat percuma dari pasar malam.
8 ulasan:
jeles pasal ko dah beli dulu kabinet baju ikea tu. cessssss! tak sabar nak pindah umahhh hoiiiiiiiiiiiii
owh ya, lupa. apesal boboi makin tembam hoiii. ngape pipi die gitu?
kreatif nyer awak.
tq sebab bagi idea camne nak susun atur barang.
Salam.. Saya berminat nak beli drawer putih ikea ni. Sy nak tanya, mcm mana quality selepas da lm guna? msh ok atau melandut drawer nya?
badan ok, tapi daripada melandut tu, mmg ye kalau letak benda berat2.mmg drawer tu khas utk baju2 aje, kalau letak stok sabun, syampoo bagai mmg landut dan rosak papan nipis tu. saya nye almari bawah tu melandut gak pasal masa mula2 beli, letak stok2 mandian anak kat situ. tapi asal kita letak baju anak2, rasanya mmg tahan.
Salam u. If x nk laci ikea tu i nk beli. Msh i yea 0133880039
Salam, i punye melendut le bila letak baju anak..maybe banayk sgt n penggunaannye ganas..baru nak tanye, ok x awak pakai..
kalau setakat baju Mama Zila, ok. so far tak melendut tapi rak bawha sekali tu melendut pasal situ dulu saya simpan stok mandian ana. berat kan sabun syampoo tu semua. beli botol besar plak tu hehe.. dah melendut mmg takleh nak repair la jawabnya.
Catat Ulasan