Sunat akikah seminggu selepas bayi dilahirkan tetapi masa seminggu Dyzhwar dilahirkan, kami suami isteri masih kalut dan sedang membiasakan diri dengan kehadiran orang baru. Kewangan pula masa tu memang tidak mengizinkan, jadi kami niat nak buat akikah untuk Dyzhwar selepas kewangan lebih stabil.
Rezeki Dyzhwar agaknya, insyaAllah hujung minggu ni nak buat majlis akikahnya. Sekadar doa selamat, takde nak cukur rambut bagai, budak dah setahun dah ada kaki, tak mungkin duduk diam.
Minggu lepas, kami suami isteri dan kedua-dua ayah kami, sempat pergi ke kandang kambing untuk pilih kambing akikah Dyzhwar.
Saya gatal nak ikut, saja nak bawa Dyzhwar ke tempat baru. Malangnya Dyzhwar memang takutkan binatang. Apa jenis binatang sekalipun, baik kucing, burung atau ikan emas sekalipun. Seberani-berani dia panjat itu ini, selasak-lasak dia jatuh bangun, tapi akhirnya tunduk kepada binatan-binatang.
Tak faham.
Masa keluar daripada kereta, baik sahaja dengan kambing-kambing mengembek, Dyzhwar dah genggam tudung saya kuat-kuat
Sampai tertarik kain tudung saya |
.. dan sebaik sahaja melihat binatang ini depan mata dia
Reaksi Dyzhwar: menjerit+menangis+ meronta+ separa menggelupur nak lari
Fine. *rugi rasanya tak rakam reaksi dia.
Maka akhirnya, saya kena tunggu kat bawah dengan Dyzhwar yang hatinya tidak tenang, mata meliar melihat kambing-kambing yang dibiarkan bebas disekelilingnya
Dyzhwar tidak tenang |
Maka, sepanjang setengah jam, Dyzhwar sangat baik, sentiasa melekat dengan saya
Kalau hari-hari biasa, bertuahlah kalau dia nak melekat dekat saya macam ni. Kalau diletakkan ke lantai, memang dia akan terus lari bertempiaran
Melihat jarak selamat antara dia dan kambing |
InsyaAllah, hujung minggu ni nak buat majlis doa selamat. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Kami buat kecil-kecilan sahaja, khemah pun takde pasang, semua makan bersila dalam rumah. Cuma jemput famili dan jiran tetangga yang rapat. Tiada goodie bag bagai. Saya dah kata kat Dzulq, nak buat simple sahaja. Tak mo risaukan perkara yang tak penting. Satu-satunya katering pun, hanya untuk kambing masak briyani. Yang lain-lain, semua buat sendiri, dengan bantuan kedua-dua keluarga. Asal lepas perkara yang dituntut, sudah..
9 ulasan:
xora, kat mana ladang kambing tu..berapa harga seekor kambing sekarang ni? Saya pun masih blm buat aqiqah utk anak..
Ladang kambing ni kat Puchong, dekat dgn I0I Mall puchong. ikut harga resit, total kambing, termasuk masak kambing beriyani dan penghantaran ke lokasi majlis, dalam RM950. tak tau la harga pasaran skrang camne. So far yg saya cari2 kat area Bangi, harga dalam RM1K-1.6K. harga bandar, mahal sikit kot banding harga kat kampung.
RM950 boleh dikatakan murahlah untuk 2 ekor kambing termasuk lapah dan masak...
masa buat akikah Haifa total semua dalam RM650 kot...seekor kambing je tu, untuk anak perempuan kan. tapi tak tahulah kalau harga ikut saiz pulak.. huhu... ayahnya kata boleh tahan jugak besarnya sebab dia yang pegang kambing tu masa sembelih. saya tak pegi tengok pun... takut kesian. nanti takleh makan pulak. haha.
Alo lo Dyzhwar... kambing pun takut ke? hehehe. Anak saya suka kucing. tapi kitorg tak bagi la pegang kucing jiran yg selalu datang rumah sebab takut bulu kucing tu berterbangan. Heee...
lagi satu dia suka tenung kerbau. Kat kampung kami ada banyak kerbau berkeliran. T_T dia tenung je kerbau tu, entah apa yg difikir pun taktau.
eh ni utk seekor kambing je. kalau dua ekor lagi berbaloi2 harganya hahha.. rasanya kat kampung lagi murah. abg saya buat kat kampung, tak smp rm500 rasanya.
Betul buat kat kg lebih murah harga. Dekat Slim River seekor kambing siap lapah dalam RM750. Ambil dua ekor lebih murah harga=)
eh.. seekor ke.. huhu. saya ingat akikah anak lelaki kena pakai 2 ekor kambing. huhu.
*balik bukak buku*
afdhal 2 ekor, tapi seekor juga sudah memadai :)
ooo ni harga utk sekor kambing lah yer..boleh bg tau tak alamatnya dimana..rumah sy dekat kinrara je..dekat dah dgn IOI mall dah ni..
ala boboi. mesti ko ikut perangai ummi ko. eihhh. ummi ko tu singa pun takut dgn die. ishkkk.
Catat Ulasan