Lori Surat Khabar Lama

11 Oktober 2012

Majlis Akikah: Bahagian Terakhir

Salam dan hai

Kalau kali ni saya lebih yakin tentang nak susun waktu memasak berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, tapi saya silap percaturan bila berhadapan dengan perkara-perkara baru, terutama bab kemas mengemas

1. Tak rancang nak letak perkakasan kotor di mana.

Ini adalah keadaan dapur saya setelah majlis bersurai




Perkara paling buat saya semak, adalah bila rumah bersepah. Masa saya buat majlis makan-makan masa raya hari tu, dapur saya tak pernah berada dalam keadaan maut sebegini sebab saya sentiasa pastikan bila tetamu beransur, cepat-cepat mana yang sempat, saya kemas dahulu.

Tapi untuk majlis akikah Dyzhwar, disebabkan tetamu sekali harung hampir  40 orang dan kami tidak menggunakan pinggan atau cawan polisterin, maka semua tetamu menghantar pinggan ke dalam sinki. Pada waktu gambar ini diambil, kebanyakkan pinggan sudah dibasuh, sempat ibu saya menolong basuhkan pinggan sebelum dia balik. 


Disebabkan tidak pernah berhadapan dengan keadaan begini, saya pun tak terfikir tentang menangani masalah pinggan, mangkuk, cawan, periuk dan segalanya yang kotor. 

Kesilapan utama saya adalah tidak menyediakan ruang untuk letak pinggan dan gelas kotor. Disebabkan tiada ruang khas untuk meletakkan perkakasan kotor, semua tetamu memang meletakkan di dalam sinki. Walaupun ibu tolong basuh, tapi ruang untuk tos tak mencukupi. Saya pulak memang tak beli tempat tos pinggan lain pasal saya rasa bukan keperluan utama kami dan tiada ruang nak simpan.

Lepas habis majlis, lepas habis mengemas, sambil tu saya fikir-fikir, sepatutnya saya kena buka pintu belakang dan gunakan halaman belakang rumah saya untuk meletakkan besen besar, supaya tetamu boleh letak pinggan kotor di sana. atau mungkin pinggan-pinggan kotor yang diletakkan di sinki, boleh dialihkan ke belakang. Takde la sinki berkecah sangat. 

Cukup kot tanah sekangkang kera ni untuk buat kerja. Air boleh amik daripada saluran di ruang dobi



Kemudian, toskan aje kat tepi tu dibawah sinaran matahari, buat macam gambar google di bawah ni


Sumber



Kena ingat ni, lain kali kalau ada rezeki nak buat makan-makan dalam kuantiti besar, kena buka pintu belakang. Senang nak buat kerja. 

Penting juga kena ada surat khabar lama untuk dilapikkan jadi tos pinggan mangkuk. Nasib la ada surat khabar lama kat rumah kami. Agak rare item pasal kat rumah ni, semua cepat dihantar ke pusat recycle. 

Walaupun banyak pinggan dan cawan kaca digunakan, perkara ni tetap tidak melemahkan semangat saya nak gunakan kaca di masa akan datang :)) Cuma mungkin saya perlu minta pertolongan awal-awal daripada ahli keluarga untuk bantu basuh pinggan dan cawan. 

2. Lebihan makanan 

Makanan kali ni tiada pembaziran, mungkin pasal saya dah siap-siap fikirkan kepada siapa nak diberikan berkat. Lagipun kambing akikah memang kami dah setkan nak beri pada rumah anak yatim berdekatan rumah kami, jadi daripada segi kambing akikah, memang tiada pembaziran.


Jiran-jiran yang datang masa doa selamat, semua tak bawa pasangan dan anak-anak. Jadi, petang selepas majlis bersurai, saya tapaukan semua makanan yang ada, dan bahagi-bahagikan kepada jiran-jiran. Saya tak beli plastik bag baru pasal saya rasa tak perlu. Jadi saya cuma recycle semua plastik bag daripada pasar dan kedai, getah pun sama gunakan semula apa yang ada. Dua barang ni, saya berat sikit nak beli baru. Hehe.

Bila saya sebut tiada pembaziran, bukan bermakna tak berlebihan. Makanan kebanyakkannya semua berlebihan, kecuali dessert. Tapi tu pun, saya tapaukan untuk ahli keluarga mana yang sempat. Macam lasagna, saya dapat buat 3 set, cuma 1 set setengah sahaja yang habis. Bakinya, saya simpan dan D makan pasal dia suka sangat lasagna. 1 set yang tak disentuh langsung tu, saya bagi separuh pada adik saya, separuh saya bawa untuk kawan pejabat. 

Selera orang, kita memang tak dapat nak agak. Kita ingat diorang nak makan A, rupanya seleranya pada B sahaja. Kita sebagai tuan rumah, sediakan sahaja la. Kalau ada rezeki mereka, insyaAllah ada.

3. Tertidur selepas majlis


Boleh ke dikira sebagai kesilapan? Boleh la kot hehe. Saya tertidur ketika menyusukan Dyzhwar. Sedar-sedar dah 6 pagi. 

Walaupun sesetengah orang suka rehat dulu dan sambung kemas esok harinya, tapi saya kurang suka begitu. Sebolehnya, saya nak kemas habis-habis sebelum tidur. Jadi pagi esoknya, tak perlu fikirkan periuk belanga yang masih terendam tak berbasuh, rumah berbau makanan basi ke, lantai berkecah dengan minyak. Saya suka bangun tidur dan lihat rumah kemas serba serbi.

Tapi macam saya cerita la, saya tertidur. Mungkin penat sangat pun ye kot. Tapi sepatutnya sebelum susukan Dyzhwar, saya rendam siap-siap periuk kambing, kari ayam, bekas nasi, jadi esoknya kerak dah lembut dan lebih mudah nak dibasuh. Disebabkan saya tak rendam, maka esok paginya baru rendam, memang la kerak tak lembut lagi. Boleh aje gunakan cara pintas, isi air dan panaskan atas dapur, so kerak akan cepat lembut, tapi saya malas pula. Lagipun D tawar diri nak basuh periuk, so tenaga dia kuat sikit menyental. 


Itu la tiga perkara yang saya dapat fikirkan buat masa sekarang. Kalau ada yang tiba-tiba terlintas di fikiran, saya akan sambung tulis. Mudah untuk saya rujuk di masa hadapan. 

4 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

owh lasagna utk kwn di pejabat. so apesal aku xde rasa pun lasagna ko? apesalll? apesalll? apehalll ko x kasik aku rasa? apehalll?

Xora berkata...

selagi hengkau tak kasi aku baked macaroni, jgn verangan ai akan kasi yuh lasagna hookkeee..

Reen Tart Nenas berkata...

oi gegurl. ngko tu mmg dah dasar reti buat bende alah tu. aku baru2 nie je la reti kan. so ngko tu mmg lebih dari layak nak kasik aku makan lasagna ko tu. xreti2. ahhhh xpuas hati. aku benci ko. benci.

Xora berkata...

bak kata Joker, if you're good at something, never do it for free... hhahahah