Perkara yang merungsingkan saya sejak dah berkeluarga ni, adalah kemalasan/ kealpaan/ kelupaan untuk mengambil gambar. Memang masalah betul. Gambar raya haji kami sekeluarga pun takda. Yang banyaknya, gambar Dyzhwar buat perangai dalam kereta
Tidur cam ni. Tiba-tiba dah tidur |
Nak pakaikan seat belt, tanpa tuannya |
Banyak peel ni. |
Masa ni la nak main dengan babahnya. Tau tak bahaya |
Yang ni nangis sampai tidur pasal nakal. |
Malah gambar makanan pun takde. Hanya kon ni saja saya amik
Kononnya nak buat apam macam ni
Sumber |
Hasilnya?---
Hasil gagal. Pasal tu cuma letak gambar sarung tu lagi sekali hehhe..
Bukan salah resepi, cuma silap teknik saya. Kat dalam resepi dah kata, pakai pengukus tiga tingkat, tapi kat rumah saya cuma ada 2 tingkat. Ingatkan boleh, sekali saya terlupa yang lobang pengukus 2 tingkat saya ni kecil, tak macam lubang pengukus 3 tingkat yang besar-besar. Maka apam tak menjadi, kebanyakkan jatuh daripada lubang pengukus.
Nasib D bertindak bijak tidak bertanya apa khabar apam saya esok paginya pasal dah ingatkan awal-awal, kalau kat atas meja takde apam, maknanya tak menjadi la tu.
Tapi InsyaAllah nak cuba lagi skali, cuma kali ni nak kena pinjam pengukus ibu la nampak gayanya. Kali pertama cuba resepi tak menjadi. Remuk gak hati, dah la tidur pukul 1 pagi. Nasib la bahan-bahannya tak mahal, kalau tak remuk juga wallet nanti.
Giliran raya haji tahun ni di belah saya. Abang-abang saya semua takde pasal giliran di rumah mertua. Jadi masak pun untuk 5 orang makan dan lebihkan sikit untuk hantar pada rumah mertua.
Pagi raya, saya tanakkan nasi minyak hujan panas dan gorengkan ayam goreng berempah. Ibu tak mahu masak ayam berkuah, jadi ayam goreng la pilihan. Kuah lodeh dan rendang ibu masakkan. Tengok, nak tulis masak apa pun tak best pasal takde gambar. Camne nak kongsi resepi.
Harap diri akan kembali rajin mengambil gambar di masa akan datang.
7 ulasan:
Salam Xora...
Memang tak boleh buat apa kalau virus tu melanda, nanti jadi mcm saya ni... tak dpt nak updated blog sebab malas nak ambil gambar...
Eh, nanti tunjuk apam dlm kon tu n cara buatnya boleh...tak pernah pulak tengok apam dlm tu, menarik..serious mula2 ingatkan aiskrim cornetto..hihihi
Intresting nah apam 3 tingkat tuh...kalau bleh nanti wat la step by step...huhuh
Tu la. blog best kalau ada gambar. ni ayat aje, dah cam thesis :P
eh Nisa boleh terus gi kat blog Masam manis. Ada hyperlink terus ke post apam tu kat bawah gambarnya tadi. Siap Kakak tu tunjuk satu persatu cara nak buat.
Azey, gi kat link ni azey. Dah siap tunjuk dr A smp Z
http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/05/apam-ice-cream-cornetto.html
itu la wey. masa ko kasik link tu aku pun cam nak buat. tp bila aku nengok kena buat kon tu, aku cam eih mampukah aku? sah2 tangan ku keras tak kreatippp. tp serius nak buat sbb nak kasik mil *eih. hahaha tp xde kukus :( nak beli mahal.
Catat Ulasan