Lori Surat Khabar Lama

14 Jun 2012

Wall sticker di Tangga Pula

Salam dan hai




Dah 2 hari tak update apa-apa, sedangkan saya bercuti duduk rumah. Saja nak luang masa dengan Dyzhwar tembam ni. Hujung minggu kadang-kadang sibuk dengan rutin mengemas rumah, tak pun ada jemputan perlu dipenuhi, atau mungkin pulang ke Serdang bawa balik Dyzhwar. Jadi masa untuk bersama anak tu memang terhad. 

Memang sepenuhnya 2 hari ni main dengan dia.


Kalau amik vacuum ni nanti dia nangis. Jadi biarkan aje dia main


Air cetek buku lali aje. Biasa la, mak-mak takut anak lemas


Post hari tu, saya ada tunjuk sikit wall sticker kat dinding berdekatan dengan tangga kan?










Lepas saya selesai dengan bilik permainan Dyzhwar, saya teruskan dengan tampal wall sticker kat tangga. Macam juga wall sticker kat bilik permainan Dyzhwar, saya jadikan contoh yang diberi sebagai rujukan. Tapi sudahnya, tak sama juga saya buat pasal ranting dah silap tampal. Jadi teruskan aje la dengan apa yang ada




Sikit demi sikit ditampal




Saya siapkan ranting sahaja dulu






Tampal bunga-bunga sakura. Ni dah banyak kali kedudukan bunga diubah suai. Ni hasil yang saya boleh terima la akhirnya







Tampal wall sticker yang ini paling mudah, saya rasa faktor cat di dinding juga memainkan peranan. Berbeza dengan wall sticker dalam bilik permainan Dyzhwar, yang wall sticker di tangga ni lebih mudah ditanggalkan dan langsung tak menarik cat sekali. Catnya mungkin berbeza kot.




Hasilnya memuaskan hati. Buka pintu bilik tidur, terus nampak wall sticker ni di tangga.


Dyzhwar pun perasan.


Sejak dah discover jari telunjuk, semua benda dia nak tunjuk


Post akan datang, nak cerita tentang rombakan kabinet dapur untuk sekian kali yang ke berapa, pun dah tak ingat. Memang dah lama sangat nak buat, tambah-tambah lagi lepas dah kemaskan stor dan barang banyak alihkan ke sana, banyak laci kat kabinet dapur yang tidak digunakan secara maksimum.


Buruknya tak nampak.. tak pe. hehe

buat rugi ruang lagi..


8 ulasan:

Unknown berkata...

comeinye si Dyzhwar.. excited dpt mandi dlm kolam yep.. berapa jam pula tuh baru leh kuar dari kolamnye..?

Lemon berkata...

Haha. Main tampal-tampal ni memang seronok. My Mum jadi addicted sekejap hari tu. Datang cucunya dicabut-cabut ranting daun segala. T.T

Xora, sori out of topic. Tapi botol-botol mcm botol mayo kosong tu u isi apa selalunya?

Reen Tart Nenas berkata...

kewl. nak beli sticker.

Xora berkata...

kali ni tak lama pun psl dia takde kawan. bosan mandi sorang2

Xora berkata...

harus k.limah copy~

Xora berkata...

kalau botol saiz besar cmtu, saya selalu isi benda berkuah. Macam sos spgty ke, carbonara ke, sup ayam ke pasal lebih ketat ditutup. Kalau botol2 kecik, simpan barang2 macam saya kongsi masa kemaskan stor rumah hari tu :)

Putri Qaseh berkata...

Xora, cantik sticker sakura kt tangga tu..xora dulu belajar interior design ke?sgt kemas dn teratur..btw, upload la video dyzhwar lagi suke tgk ;)

Xora berkata...

Putri, sticker tu mmg dah sedia ada cantik, klu berkenan, Putri jgn lupa beli kat fancybugs ye. Sebenarnya tak kemas mana pun, dah byk kali tanggal2 kan pasal tak kena tempatnya. Eh nak upload video dyzhwar lagi? nnt saya cari video dia yang menarik skit. skrang ni dia tengah bertatih, jadi tak sempat nak pegang phone kat tangan hehe