Semalam kami ke tempat kerja D pasal D dah bosan tak boleh tahan asyik main video game dan tengok movie kat rumah. Dia nak bawa kerja pejabat dia balik rumah, sekurang-kurangnya dia boleh buat kerja sikit untuk tempoh seminggu lagi cuti ni.
Lepas maghrib, kami terus ke KL. Ni kali pertama bawa Dyzhwar ke tempat kerja (..dan kali pertama juga untuk saya. Tak pernah pergi tempat kerja D, walaupun cuma di MidValley. 5 tahun bercinta, hampir 2 tahun kahwin, baru kali pertama datang hehe). Mula-mula risau juga pasal dah malam dan takut Dyzhwar meragam mengantuk.
Babah ada view yang paling best |
Mula-mula takut nak bebaskan dia pasal takut dia pergi selongkar itu dan ini
Kasi dia main kat tempat kerja babah dulu |
--dan memang betul pun Dyzhwar tak boleh dikawal
Operasi menyelongkar bermula |
Lalu.. Dyzhwar pun bermaharajalela
Dyzhwar tak meragam langsung. Ada sahaja benda dia nak main, termasuk stroller sendiri
Rasanya, Dyzhwar tak faham pun apa kerja babahnya. Yang dia tau, dia ada ruang yang lebih besar daripada bilik playroom dia untuk bermain.
Kan bagus kalau di Malaysia ni ada program "Take you son/daughter to work day" kan?
13 ulasan:
Nampak dokumen kontrak tu tau dah babah Dyzhwar kerja jabatan mana...hehehe=)
dekat company kami ade xora.. slalu die buat 3 hari open day setiap tahun.. boley bawak anak2 ke opis tgk mak bapak wat kje cmne..
Laki ko QS ke? mesti kenal ramai kengkawan & senior2 aku nie.
eh ada maa.ky cyberjaya mbr aku keje ape kompeni nth mmg ada ari bawak anak g opis lalu bersukaria pada ari bekeje. eh dyzhwar jalan ada gaya! tangan depang2 gitu~
cam Pingu :P
Dyzhwar, comelnye jalan gitu..
hi dzyhwar. mmuahhhh.
*apesal kite xde bilik sendirik hah? kite patut ada gak tauuu.
mungkin kat opis baru nnt *yg entah bila la kan siap* kita akan ada bilik sendiri. harus la aku hias cam google nye opis la la
aku tak tau laki aku keje apa sbrnya hehe
sekilas aje dah tau hehe
dzyhwar dah berjalan ek?cepatnye..comel
depa kan tgn utk rendahkan graviti :))
haah, dah boleh berjalan, tapi belum berlari lagi. oh cepat erk? tak tau plak saya :))
Catat Ulasan